Thursday, May 31, 2012

Rezeki

Alhamdulillah. Pada 18mei yang lepas aku telah tamat Latihan Mengajar. Pengalaman semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga tidak akan dapat aku lupakan. Lebih2 lagi bersama murid Pendidikan Khas. 
Velan yang mudah hilang tumpuan tapi meminati bola sepak serta sokong Kelantan, Chee Boon yang suka mengacau kawan dan lambat membuat kerja serta mengelakkan melakukan kerja, Atikah yang mudah terganggu oleh Chee Boon dan lambat buat kerja tapi betul hasil kerjanya, Chand yang menjadi rebutan antara Velan dan Chee Boon, Puteri dengan lagu2 jiwangnya, Mahathir... hmmm...apa ea. Apa lagi, yang sering tak mai sekolah. Helmi yang kita harus pandai bermain dengan kata-katanya. Wai Kit yang bercakap dalam tengkok. Farahim yang pandai memanipulasikan orang lain. Mus yang suka mengganggu kawan. Junyi yang sentiasa mahukan tempat pertama dan ipadnya serta selalu mahu menang. Hidayah dengan nyanyianya. Hanisah yang sentiasa perlu dibetulkan tudung oleh PPM. Chobe seorang yang pandai muzik dan suka pada nyanyian. Humairah...adui ini murid yang diingklusifkan pada arus perdana. berhati-hati dengan murid ini. ABC kita cakap ABC lah akan tersebar keseluruh sekolah tanpa ada silap ejaan atau nahunya.

Dan aku... mengajar kelas 2. Bahasa Malaysia dan Kemahiran Hidup serta Pendidikan Jasmani. Sesungguhnya masa 3 bulan setengah tidak cukup untuk mengajar murid2 ini. Pada aku, aku masih memerlukan masa untuk membuatkan tajuk yang diajar pada hari ini dan dilupakan pada hari esok supaya murid ingati semula bagi memudahkan aku mengajar tajuk yang lain.

Begitulah hakikatnya murid pendidikan khas. dan itu hanyalah satu kelemahan mereka. Bagi pensyarah yang tidak memahami walhal bergelar Dr dalam bidang itu. Sungguh menyedihkan apabila dia sendiri tidak fahami murid dan memberi komen yang tidak membina semasa aku mengajar.

Apa2 pun. Latihan mengajar telah tamat. Sekarang aku telah bekerja sebagai Pembantu Penyelidikan pensyarah aku sendiri di USM. Dapatlah aku isi masa lapang sebelum aku posting kemana-mana negeri yang aku sendiri pun tidak tahu. Namun aku berharap dapat ditempatkan bagi sekolah bermasalah penglihatan dan semestinya di negeri aku sendiri. KELANTAN DARUL NAIM...!!!

notatapakaki : aku dapat membuat perbezaan dengan murid sekolah kampung dengan murid sekolah bandar...menghormati guru! itu yang membezakan walaupun kepala halian!

31 Mei 2012
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia.

Thursday, March 22, 2012

sudah minggu ke Lapan

Ha ini sudah berada pada hari kedua terakhir unfuk minggu ke-7 aku bertugas sebagai guru praktikal di Sekolah menengah Kebangsaan Tanjong Bunga, di Penang.
Aku kurang pasti, adakah aku perlu merasa keberuntungan atau perlu aku balik semula pada tahu2 kebelakangan ini. menjadi seorang pelajar universiti untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Atau terus menunggu untuk entah bila dapat penempatan sebagai guru setelah tamat praktikal nanti.
Kalaulah sudah tersurat rezeki aku terus posting, alhamdulillah amat2. tapi kalau sebaliknya..... entah la, cuma aku berharap aku mendapat rezeki dengan dapat sambung pengajian pada peringkar yang lebih tinggi.... I'Allah Taala...!
Apa2 pun,hadap praktikal nie dulu Moga aku cepat posting dan cepat bersamanya......

Monday, February 6, 2012

Rosak

SekarangsudahberadadiUSm.danmepunyaimasalahdengankeybordlaptopapabila
balikbaikiseasacutilepas..makinbaikiakinrosak.gongmolek

Saturday, January 21, 2012

Sunyi Sepi

Balik kampung hari ini...

tapi siang hari ini, duduk secara haram di Desa Restu...

memang sunyi sepi la di  USM. Suara burung Ceh Raya kukuk pun dengar dekat bukit depan desasiswa nie.

notatapakaki : menikmati cuti selama dua minggu sebelum mula Latihan Mengajar.

;;

By :
Free Blog Templates