Thursday, March 31, 2011

Jabatan Masalah


Psikologi = ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia.
Jabatan = tempat @ pejabat yang berkaitan pentadbiran.

Ha…kalau digabungkan, jabatan Psikologi tu bermakna tempat berkaitan jiwa manusia.
Mereka nie memang expert la pasal manusia. Pasal pemikiran manusia. Kan ilmu pasal jiwa dan pemikiran manusia.
Tapi kisah aku ini bukanlah pasal aku menkaji soal jiwa dan pemikiran manusia. Aku bukan ahli p-si-ko-lo-gi, hehe tu cara sebutan untuk psikologi dengan betul yang disebut oleh pensyarah aku.
Tadi, aku pi la kat jabatan psikologi USM. Yak mok cik kerani tu nya marah, gila ke apa? Aku cakap la nak ngesah salinan IC, masa tu ada budak MPD mana ntah pakai baju biru kuning. Dah la budak yang jaga kaunter, sepatutnya kerani la. Dia la sepatutnya. Pastu, nya marah kat aku. Tidak adik mari dah kelmarin. Lain kali buat mai sekali selalu mudah. Aku memang buat bebal la. Ikut aku la. Dah kerja kau layan orang, layan je la keranah orang. Bukan aku suruh kau lari pusing USM. Minta cop je. Aku minta bukan suruh! Celaka geram tengok mak cik tu, nak-nak dia tunduk dan tengok aku melalui mata yang dicelik pada atas spek. Gila sial geram! 
lebih kurang gini gayanya.
Pas tu aku tak tengok dah kat dia, ada pegawai psikologi yang ambil salinan IC aku dan dia sendiri pergi cop dan sign. Aku memang masam tak senyum la walaupun memang manis. Nak keluar tu aku palingkan muka aku kat mak cik tua tu. Tapi tak tengok dia. Gila babi nak tengok muka hodoh gitu. Macam pangkat besar sangat nak marah orang. Kerani je pun. Kalu pangkat besar pun taklah halal marah orang, tak boleh jugak.
Tak bersyukur dapat kerja duk dalam air cond, masa tu pun dia duk baca paper, kelmarin aku pi cop pun dok baca paper jugak. Boleh jadi dok baca artikal cara memikat suami yang curang, tak pun artikal tips-tips memikat suami yang melebihkan bini muda. Tu yak singa jadi tu. Singa tua! Haha.
Dah tahu diri tu kerja dengan orang ramai, kena la tenang, kerana orang ramai pelbagai, tak pun bukan kau mak cik tua yang cop, orang lain. Sign kau tak laku. Sebab kau singa tua sebab tu kau tak ada pangkat tinggi, Allah SWT buat molek dah, kalau kau ada pangkat tinggi tak tau la. Boleh jadi orang yang nak cop borang minta kerja pakai menganggur seumur hidup terus. Mulut macam anjing.
Kerja kat jabatan psikologi, tapi jiwa dan pemikiran tak boleh nak kawal. Jadi gila. Sepatutnya pegawai-pegawai yang pangkat-pangkat tinggi tu kena bagi ceramah dan kaunseling kat orang bawahan dia dulu. Nie bangga jadi pegawai psikologi, bagi ceramah sana sini. Control  jiwa dan bagi motivasi pada orang lain. Tapi orang bawahan sendiri jadi jiwa kacau! (macam tajuk drama la pulak)
Tenang boh (boss), tenang! Kalau dah nama jabatan, karenah birokrasi begini pasti akan berlaku. Sepatutnya, pelajar macam aku nie akan jadi lega dan memudahkan kerja jika pergi ke jabatan psikologi. Jabatan lain tidak tenangkan jiwa dan masalah, bila ke jabatan psikologi jadi tenang. Nie punca masalah ada di jabatan psikologi. Tukar nama la wei…!
****************
Lepas balik dan siap hantar permohonan aku yang ada sekali salinan IC yang cop kat Jabatan Masalah. Aku balik dan nak parking motor. Tempat aku selalu parking dekat dengan tempat timbunan sampah yang akan diambil oleh syarikat Cahaya Delima.
Pemandu tu siap kuek la, lambai kat aku suruh lalu tepi lori dia, dia cakap ada ruang lagi nak lalu walaupun lori dia dah penuh satu jalan tu dia parking masa nak punguk sampah.
faisalrazali.blogspot.com
Pak cik lori sampah, main dengan sampah yang dibuat orang orang ofis, busuk lagi. Orang yang duk dalam air cond, duduk kat kerusi empuk, boleh berpusing, ada tayar, punggung pun tak kere’, tapi banyak songeh!
Tak bersyukur betul!
Baik kutip sampah, gaji anda haram! Tok guru abah aku pernah pesan. Abah aku sering kali berpesan pada abang-abang aku yang dah kerja,  “gaji haram nie tak mesti ke main rasuah, tapi kalau kerja tak sembahyang, tak kerja ikut masa kerja, pastu tak buat kerja dengan elok, pastu rasa jijik dengan kerja kita, tu juga gaji haram!”
Jadi, ingat-ingatlah!
Kau makan gaji haram! Kerja kau tapi kau senangkan dan abaikan! Gila makan gaji haram! Makan bara api tu! Weekkk....tercabut cair kerongkong...!!!!

Nur Faisal
31 Mac 2011

kalau Dah Terlebih Pandai


Hari nie, aku pergi ke pusat komputer USM. Bertanya model fon mana yang mereka support untuk wireless USM. Tapi, memang diluar jangkaan la. Mereka (pusat komputer USM) memang pro dan bijak berkaitan komputer dan internet atau yang melibatkan teknologi. Aku memang respek la. Ada sorang pekerja yang cakap,
“sekarang kita dah tak buat dah wireless untuk fon, kami hanya support untuk laptop je. Sebabnya ada model fon yang tidak boleh support wireless. Hanya sesetengah fon je. Lepas mesyuarat kami putuskan untuk sekat dan tak buat dah untuk fon, hanya laptop je.” Kata pekerja tu. Dan aku rasa dan memang kata-kata itu mewakili seluruh mereka di pusat komputer.
Hai...cuba bayangkan, kalau anda seorang guru, jadi pengalaman dan kepandaiaan anda ialah mengajar. Jika anda penyelidik mesti kepandaiaan anda menyelidik. Jika anda seorang doktor jadi kepandaiaan anda mesti merawat, jika anda pustakawan kepandaiaan anda mencari buku dan menyusunnya. Jika anda seorang pentadbir mesti kepandaiaan anda mentadbir. Jika anda bomba mesti kepandaiaan anda memadamkan api. Jika anda pemain bola mesti kepandaiaan anda menyumbat bola. Jika anda seorang suri rumah mesti kepandaiaan anda memasak. Jika anda polis mesti kepandaiaan anda menyaman. Opss...hehe.
Ha...jika kau tu dok kat pusat komputer, bekerja di situ, dan pusat komputer bagi satu USM. Mesti la kau tu pandai dan cemerlang dari aspek teknologi. Kalau dah tahu dulu hanya sesetengah fon je boleh support wireless USM. Jadi, buat la supaya semua jenis fon boleh support ! Nak kata bodoh kan marah pulak. Nak kata pandai kan tak kena pada tempat.
Kalau kau tu tak pernah support untuk satu model fon pun tak la salah kau cakap gitu. Nie kau pernah dan ada support wireless untuk fon, jadi tingkatkan la prestasi kau, bukan hapuskan prestasi yang sedia ada. ‘ Marahkan pagar padi ditebas’, ‘marahkan daun gugur pokok ditebang’. Takkan bodoh gitu!
Eh maaf, aku silap, bukan bodoh, tapi pandai. Kalau support sesetengah fon, nanti akan masalah pula orang lain yang model fonnya tak disupport, jadi baik tak payah support semua model fon. Pandai-pandai. Maaf, aku tersilap tafsir. Kau je yang betul! Kalau nak support semua fon mahal la pula modal, banyak kerja lagi, duit habis banyak. Baik tiap bulan dan akhir tahun buat jamuan, hantar pekerja pergi kursus, duduk kat hotel, pusat peranginan. Ilmu dan makan lagi berguna. Nie nak support wireless, gila ke apa? semua pelajar dan pekerja akan mendapat manfaat pula, nie kan bajet untuk kita je. Jangan jadi bodoh, jadi pandai!
Nur Faisal
31 Mac 2011
(untuk pentadbiran yang korup)

Bukan Lagi rahsia

Cakap-cakap tak selalunya betul. Tapi tidak mustahil salah...

Jadi jika tida menyiasat, manakan tahu rahsianya. Jadi, perlulah jadi spy, siasat. Haa...itulah yang dilakukan oleh lima sahabat dalam novel remaja Rumah Rahsia karya SN Datuk A. Samad Said. Karya ini sarat dengan pengajaran dan memupuk semangat setiakawan, bekerjasama, tolak ansur, toleransi, saling menerima, mendapat nasihat daripada orang yang lebih tua, menghormati orang lain, dan saling bantu-membantu. Banyak lagi sebenarnya, tapi tu yang aku dapat tangkap hasil daripada pembacaan.
Kenalah novel ini dikategorikan sebagai novel remaja, kerana dengan bilangan muka surat yang nipis, hanya 91 muka surat dan bahasa yang mudah difahami serta tidak berat, sarat dengan pengajaran seperti aku cakap di atas, dan diselitkan dengan aksi dan debaran.
Kisahnya tentang Abu, watak utama aku kira, semasa cuti penggal persekolahan, beliau dan kawan-kawanya bercadang untuk menyiasat sebuah rumah yang menjadi cakap-cakap penduduk setempat. Abu dan Majid, Yahaya, Rukiah, dan Esah telah merancanakan perancangan yang rapi untuk mejayakan usaha mereka untuk menjejakkan kaki ke atas bukit tempat rumah rahsia itu berada.
Jadi, sepanjang perancangan mereka jalankan itulah terdapatnya pengajaran dan nilai murni yang patut dan boleh dicontohi oleh remaja pada masa sekarang serta akan datang. Mereka sangat patuh pada ketua, iaitu Abu. Sama-sama menyumbang idea dan tenaga semasa merancang, membuat rakit, dan mencari kayu untuk membaiki rakit itu. Mereka juga tidak gentar dengan cakap-cakap orang kampung yang mengatakan bukit rumah rahsia itu bekas askar dan jepun bertempur, dan mungkin berhantu, dan ada harimau. Mereka lima sekawan tegar untuk menyiasat rahsia yang ada pada rumah itu. Kepastian yang dituntut membuatkan keinginan yang membuak-buak dalam dada lima sekawan itu untuk teguh walaupun diancam bahaya oleh nenek Munah, Rahimah, Pak Yaakub, dan Pak Salim serta igauan Sulaiman dan Baiyah.
SN A.Samad Said bijak menimbulkan saspen pada peleraian novel ini, iaitu semasa mereka lima sekawan dalam perjalanan menuju rumah rahsia ada orang yang mengintip dan mengekori mereka. Orang itu ialah Pak Yaakup yang datang mencari mereka kerana khuatir dengan keselamatan mereka berlima.
Akhirnya, rahsia rumah rahsia terbongkar jua, ternyata cakap-cakap penduduk kampung adalah tidak benar, sebenarnya ada sekeluarga yang tinggal di atas bukit di rumah rahsia itu. Hussein yang mengidap penyakir malaria yang menanam sayur-sayuran di atas bukit itu.
Peleraiannya, mereka bersama-sama membawa anak Hussein ke hospital dan ayat yang suka aku petik pada rangkap akhir ialah :
“Rakit berlayar terus dengan bendera biru masih megah berkibar-kibar dan tidak pernah mereka berasa begitu bererti dalam hidup masing-masing. Bendera biru yang segar berkibar-kibar itu seolah-olah menyokong perasaan yang luar biasa.” (muka surat 91).
Pada aku, Bendera Biru yang diangkat oleh pengarang melambangkan perpaduan semua orang untuk membantu dan berusaha merancang ke rumah rahsia, dam membantu keluarga Hussein. Perpaduan amat dilatardepankan oleh pengarang dalam karya ini. Dapat dilihat, acap kali Bendera Biru muncul dalam karya ini.
Namun! Hehe, puji-puji pun kena la ada juga “namun”. Ha! Novel ini akan menjadi lebih menarik, mantap, bombastik loba-loba, kalau kelemahan ini diatasi. Nak tahu apa? Nak?? Okey-okey, i will tell you baby. Kelemahannya ialah, terlalu banyak kesalahan ejaan perkataan. Aku tengok, sampai 18 kesalahan ejaan perkataan. Memang banyak sangat la. Aku yang membaca pun jadi terganggu dengan kesalahan yang disaja sengaja atau memang sengaja atau tidak sengaja (silap taip). Pada aku memang salah taip la, kalau disengaja, tidak begitu sekali, pasti konteks ayat pun tak lari.
Jadi, aku listkan kesalahan yang aku cari, susah-susah aku cari, takkan tak mau list plak kan. Hehe. Inilah dia kesalahan ejaan perkataan itu :
1.                  aiar - air (ms 3)
2.                  dilakukamn -  dilakukan (ms 14)
3.                  seeliling – sekeliling (ms 19)
4.                  nama – sama (ms 27)
5.                  sesuautu – sesuatu (ms 31)
6.                  iala – ialah (ms 31)
7.                  Rukian – Rukiah (ms 33)
8.                  henak – hendak (ms 38)
9.                  pahir – pahit (ms  41)
10.             tenang – tentang (ms 43)
11.             lembut-lembu – lembu-lembu (ms 51)
12.             lembut – lembu (ms 51)
13.             bileh – boleh (ms 54)
14.             membawa – membaca (ms 54)
15.             sapa – siapa (ms 62)
16.             buruk – burung (ms 64)
17.             sudak – sudah (ms 75)
18.             “Kalau hari saya tidak setuju” (ms 46, ayat ini nampak tergantung)
Pada aku, penerbit tidak menekuni semasa proses penerbitan. Sepatutnya mereka meneliti naskhah novel ini selepas ditaip untuk penerbitan dan dicetak. Jika berlaku kesalahan sebegini, memang mengganggu proses membaca la. Apa-apa pun, novel ini amat sesuai untuk pembacaan remaja, walhal orang muda, dan tua pun boleh sesuai baca. Aku yang remaja nie lagi la sesuai. Wink2. ** hehe.
Nur Faisal
31 Mac 2011

Wednesday, March 30, 2011

Hujan Yang Turun

Sudah dua minggu USM (Penang) dilanda hujan. Kalau minggu lepas setiap petang mesti aje hujan. Petang mesti petang. Petang mesti hujan. Hehe. Tapi minggu nie sudah double, berganda-ganda katakan, pagi hujan bawa ke tengah hari, petang juga hujan bawa ke malam. Berhenti kejap-kejap ada ruang untuk pergi kelas dan makan. Tak juga! Main redah hujan yang banyak...

Banyak hikmah juga hujan nie, tengok, pokok-pokok semua di USM pakat tumbuh naik daun-daun. Kalau sebelum nie renggeh je, musim luruh katakan. Hehe. 
Apabila hujan turun nie, bagai memberi kehidupan baru pada pokok-pokok di USM yang sememangnya banyak pokok. Tunas baru pun galak je tumbuh. Memang nikmat la hujan nie, tapi aku bermotor lagi nikmat, nak-nak kalau balik bilik, dapat main hujan, memang basah berjeruk la. Huhu.
tunas baru galak tumbuh daripada nikmat hujan

Tapi, ada juga sebagai penamatnya! USM kan kat pulau, atas bukit pula tu, jadi angin bukan main kencang lagi, pada minggu nie, dah dua batang pokok tumbang, nasib baiklah tumbangnya pada malam hari, dan tidak dengar lagi menimpa pelajar. Satu dekat gelanggang basketball dan satu dekat Jabatan Keselamatan (low selamat semalam).
Harap-harap tiada la yang menimpa masa orang tengah ramai kat jalan raya, semua pokok di USM nie menyerkup jalan yang tak tahannya. Kalau panas hingga la jadi, tapi kalau angin kencang, naye menimpa. Pokok bukannya sebesar jari, dua tiga pemeluk pun ada, pokok tu zaman Francis Light tak tau la. Hehe.
Pihak USM pun jangan la tunggu ada pokok tumbang baru nak lorat gaduh, kena la sepanjang masa buat pemantauan. Untuk kelestarian sejagat juga. 
Apapun, dalam kedinginan malam, ditambah dengan deru hujan, motor aku dibawah tu kebasahan, aku titik noktahkan pada perenggan ini. Hehe. 

Nur Faisal
30 Mac 2011

Tuesday, March 29, 2011

Selamat Tinggal


Selamat tinggal X3-02 Touch and Type...

Berakhir la sudah, baru tiga bulan beli, dah nasib, tiada duit kena la jual.
Well... dah tiada jodoh dah dengan talefon tu. Jadi jual sajalah, harap-harap lain kali ada rezeki lagi. Harap-harap jugak rezeki tu datang dalam masa yang lama...
sob...sob...

Apa-apa pun, kalau nak beli apa-apa, kena biar kenea (nak sungguh-sungguh) baru beli, kalau tak, nak jual semula jatuh harga dah. Nak-nak talefon, lagi la jatuh harga. Walaupun hanya beberapa bulan je beli pun, dah jatuh harga. Bayangkan kalau kita beli kedai pada hari yang sama juga kita pi tanya nak jual, maka akan terkejut la. Tak payah jauh, dalam kompleks sama kita beli talefon je. Akan jatuh harga.
Lalalalalaa.... cakap banyak tak guna, talefon dah tergadai, tak pun fon tu memang bermasalah pun. Kalau mesej akan pastilah jem, jadi failed, lepas tu kadang-kadang line kena sekat orang hantar mesej tak masuk, orang call pun tak boleh.  Tambahan lagi wifi aku pun tak guna, kat USM tak support fon model tu, mereka back up just fon yang mereka guna je, yang model nokia N dan E, ha yang tu mereka support, sebab mereka guna fon gitu. Sial betul. So, duit dah ada. Simpan aje, yang penting, nak beli tu biar betul-betul kenea, jangan lorat gaduh nak beli. Understand! 

Nur Faisal   
29 Mac 2011