Friday, April 29, 2011

Bahaya Sumpah...

Akibat tak sahut sumpah


PROF. MADYA DR. MOHD. RADZI OTHMAN, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam (USM).


PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan ZULKEFLI HAMZAH, AZMAN ANUAR dan ROKIAH ABDULLAH di pejabatnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Jumaat lalu, Dr. Mohd. Radzi menghuraikan secara terperinci mengenai mubahalah.
Pensyarah Jabatan Pengajian Islam itu telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.

Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat.

Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.

Dalam temu bual selama lebih satu jam itu, Dr. Mohd. Radzi menyifatkan sumpah laknat sebagai perkara serius kerana ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa kepada pelbagai reaksi daripada masyarakat yang pelbagai pengetahuan dan latar belakang.

Katanya: “Tanggapan yang diberi pula datang dalam pelbagai bentuk. Saya khuatir perkara ini boleh membawa kekeliruan, perpecahan dan kekecohan kepada umat Islam. Penyelesaian secara mubahalah sesuatu yang jarang berlaku. Ia satu sejarah pada umat Islam di Malaysia.”

MINGGUAN: Apakah kedudukan sumpah dalam Islam dan adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?
DR. MOHD. RADZI: Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.
Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua.

soalan : Sumpah ini ada kategori tertentu atau hanya bagi menentukan kebenaran kes-kes jenayah?
DR. MOHD. RADZI: Tidak hanya dalam kes jenayah, dalam isu pertikaian harta benda pun boleh bersumpah. Sumpah juga boleh dibuat untuk menentukan kebenaran kes-kes peribadi. 

soalan : Bagaimanakah cara bersumpah yang sah dan betul?
DR. MOHD RADZI: Bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.

soalan : Sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini, apakah kedududkannya dalam Islam?
DR. MOHD. RADZI: Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku. 

soalan : Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?
DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.
Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.
Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi. 

soalan : Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?
DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”
Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.

soalan : Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu, adakah kita boleh melihatnya?
DR. MOHD. RADZI: Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.
Dalam sejarah Syiah, pengikut Syiah banyak merujuk kepada cara mubahalah. Mereka memang lebih suka cara mubahalah.

soalan : Bolehkah diberikan contoh-contoh mubahalah yang dilakukan oleh orang Syiah?
DR. MOHD. RADZI: Berdasarkan satu catatan dalam laman web Syiah, terdapat beberapa kes mubahalah yang berlaku pada zaman Jaafar al-Sadiq. Orang Syiah bermubahalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada waktu itu. Ketika itu mereka melakukan mubahalah dengan meletakkan jari-jari kedua belah tangan secara berselang seli antara satu sama lain dan kemudian berkata, “Ya Allah, andai kata si polan ini engkar kebenaran dan menerima kebatilan, maka kenakanlah dia dengan balasan daripada langit atau azab daripada engkau, ya Allah, dan melaknatnya sebanyak 70 kali.”
Mubahalah itu dilakukan pada waktu subuh iaitu ketika antara naik fajar hingga naik matahari. Orang Syiah memang biasa dan kerap bermubahalah. Cuma bagi kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah jarang-jarang berlaku. Apabila wujud kes-kes pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara lain, baru mubahalah digunakan. Sumpah itu jarang digunakan kerana ia mengakibatkan perkara buruk yang boleh menimpa pihak-pihak yang berkenaan.

soalan : Adakah pernah berlaku kes mubahalah dalam sejarah masyarakat Islam di Malaysia?
DR. MOHD. RADZI: Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah dengar ia berlaku di Malaysia.

soalan : Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?
DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.
Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

soalan : Adakah sumpah mubahalah ini sama dengan hukum li‘an yang dinyatakan dalam Ayat 6-10 Surah An Nur?
DR. MOHD. RADZI: Li‘an hanya boleh berlaku di antara suami isteri sahaja iaitu seseorang suami yang bersumpah untuk tidak mendekati isterinya dalam tempoh tertentu manakala mubahalah pula memang ada unsur sumpahan dan ia boleh berlaku di kalangan suami isteri atau sesiapa sahaja.

soalan : Apakah cara bermubahalah yang paling tepat?
DR. MOHD. RADZI: Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

soalan : Apakah syarat-syarat khusus mubahalah?
DR. MOHD. RADZI: Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

soalan : Adakah ada syarat-syarat tertentu yang lain?
DR. MOHD. RADZI: Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.
Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.

soalan : Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?
DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

soalan : Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?
DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.
Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.

soalan : Bagaimana pula jika kes yang dipertikaikan itu dibawa ke mahkamah?
DR. MOHD. RADZI: Bagi kes yang dibawa ke mahkamah, mubahalah boleh berlaku di mahkamah andai kata pihak mahkamah merasakan pihak yang terbabit perlu bermuhabalah. Tujuan mubahalah adalah untuk mencari kebenaran. Antara dua pihak yang terlibat, walau apa pun yang diperkatakan, mereka sudah tentu lebih mengetahui perkara sebenar daripada mana-mana pihak yang lain. Kekeliruan mungkin berlaku apabila salah seorang enggan bercakap benar, menyebabkan pihak yang merasakan dia berada di pihak yang benar inginkan pembelaan. Maka mubahalah menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.

soalan : Adakah mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?
DR. MOHD. RADZI: Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.

soalan : Dalam mubahalah yang baru berlaku, timbul isu mubahalah telah dieksploitasi oleh pihak lain?
DR. MOHD. RADZI: Isu dieksplotasi, itu perkara lain. Yang penting, mubahalah adalah untuk menyelesaikan masalah.

soalan : Dalam satu kes mubahalah pada 15 Ogos lalu, timbul persoalan kononnya cara orang yang bersumpah laknat memegang al-Quran macam perbuatan orang Kristian. Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?
DR. MOHD. RADZI: Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.

soalan : Apakah cara sumpah laknat yang betul?
DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup.
Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.

Alhamdulillah Innalillah...

 VS

Alhamdulillah atau Innalillah...

     Aku pun tak tahu nak kata mana satu luahan yang patut aku ungkapkan untuk si Punyumpah yang bersumpah... (macam pelik pulak perkataan penyumpah tu).

   Pasti satu Malaya dah tahu kan, nak2 yang ada kata masjid Amru al-As kat bandar Baru Sentul petang tadi selepas sembahyang Jumaat.[klik di sini]
gambar yang bakal menyemakkan paper esok
     Si penyumpah tu, namanya Datuk Shazryl Eskay Abdullah, tak salah sebut, sebab dalam paper hari ini dan sebelum2 ini dan akan datang pun dah sebut banyak dah nama dia selaku salah seorang Trio Datuk T. 

    Alhamdulillah diucapkan kerana berjaya bersumpah laknat, walaupun bukan dari isi hati aku yang luahkan ucapan Alhamdulillah tu, tapi aku tahu, ramai yang setuju Si Eskay tu bersumpah laknat akan gembira dan cakap Alhamdulillah.

     Maka, bertambah2 la kepercayaan rakyat terhadap si Eskay nie gamaknya kan? Kesian... untuk yakinkan rakyat, Si Eskay nie perlu dan kena bersumpah laknat... hanya untuk rakyat yakin yang video blue (lucah) yang disebarkan oleh Trio Datuk T tu adalah benar dan tiada keraguaan penganiayaan terhadap DS Anwar Ibrahim.

kesian...

    Dah la kena bersumpah, akan kena dakwa pulak bawah akta menyebarkan bahan lucah pulak tu. Lucu dan kesian betul...[klik di sini]

     kalau ariel kena penjara 5 tahun atas kesalah menyebarkan video lucah [klik di sini],  Trio Datuk T akan kena berapa tahun ek? atau bagaimana? boleh dilindungi? [klik di sini] , tapi, la pulak dah... [klik di sini].

Innalillah...

      Juga aku ucapkan kepada Si Eskay yang bersumpah laknat. Yang aku faham la, bila bersumpah gitu, maknanya kalau salah apa2 yang dikatakan oleh si Eskay tentang sumpahan dan tuduhan beliau ke atas DS Anwar, maka di berani akan dilaknat ???

Innalillah...

   Bagaimana seseorang manusia yang bergelar seorang Islam bagaikan meminta-minta untuk dilaknat...???

Nauzubillah...

       Baik minta nasi kerabu bubuh sambal tumis dengan telur masin campur budu. sedap pun sedap. Nikmat pun nikmat. Kenyang pun kenyang. Haram? Tak! kan makan untuk dapatkan tenaga, tak haram.

Tapi...
    si Eskay tu berani bersumpah, pasti ada sebabnya, dan aku pun tak tahu kebenarannya disebalik video itu. Aku kat sini dah lama tak tengok TV. dengar2 khabar ada berita di TV3 siarkan video tu. Jadi aku tak sempat tengok la. Kalau tak, boleh juga aku menambah dosa menengok cerita seks orang tua. hahaha. Baik tengok Miyabi yang dikhuatiri oleh Kosmo masa Tsunami Jepun tu. hehe.[klik di sini]

     Adui... macam video masak2 bersama Chef Wan pulak video lucah sekarang, boleh ditayangkan di kaca TV umum yang seluruh rakyat Malaya melihatnya. Mungkin ini salah satu daripada Pendidikan Seks kot yang akan diserapkan dalam kurikulum sekolah.

Tapi...
     Tadi tak pasti pula semua Trio Datuk T tu sumpah tak. Dalam paper laporkan hanya si Eskay je. Alhamdulillah dan Innalillah la aku ucapkan atas keberanian beliau dan Keterburuan beliau. [klik di sin]

     Yang bertambah lucu, dari semalam lagi si Eskay nie dok mengajak DS Anwar bersumpah sama. Atau dalam ayat media, mencabar. hehe. Macam ajak makan KFC la pulak dah. 

"mari, mari adik kakok, abe2, pok cik mok cik kecik besar tuo mudo mari make gula kawoh nie...!"

     Hehe... ada juga munasabahnya kalau ajak makan gitu. Nie ajak bersumpah. Duit 10sen pun tak dapat. hehe. Nasi sebutir pun tak boleh. Air seteguk pun haram ada. Tak kan la si DS Anwar tu nak, DS Anwar pun cerdik, tidak tak kan la dapat jadi DS dan MP. Dan tak la dapat jadi Timbalan Perdana Menteri masa pentadbiran Tun Mahathir dulu. Orang sebarkan fitnah dan aib dia, dia pulak nak bersumpah sama bukan dia. Bukan kan bodoh tu. 
     Inilah masalahnya, Kalau kat kampung2. Perkara gini mesti Jarah dan Jenab akan cakap jaga tepi kain orang kat Soba kalau cerita begin disebarkan. Tapi bila dalam media gini, menyebarkan dan menfitnah serta membuka aib orang dikatakan, versi memoralkan rakyat. Bijak2.
     Kalau ustaz2 nak mengajar perlu belajar berpuluh-puluh tahun baru dapat ilmu untuk mentarbiahkan (memoralkan) anak muridnya.

    Kalau guru perlu belajar di universiti buat Ijazah 4 tahun baru dapat ilmu baru boleh mengajar (memoralkan) pelajarnya.
 
     Kalau Polis kena kursus 6 bulan untuk belajar di Akademi Polis untuk medapat ilmu bagi menjaga (memoralkan) keamanan negara.

Tapi...
     Trio Datuk T, hanya perlu sedikit video Klip lucah untuk memoralkan rakyat. Hanya beberap minit je...(daripada maklumat dalam paper)

     Jangan kata aku tengok pulak video tu, aku tengok gambar yang ramai blogger Snapshot je, Berlambak-lambak dalam blog. Nak tengok? Cari sendiri la, tak kan aku nak share link blog mereka kot! molek2 aku tak ada dosa yang berkaitan, nak tambah lagi dosa. Biar mereka je la main ciku cak aa... main kongkalikong dengan dosa2 yang mereka sendiri cipta. Kita sebagai rakyat....

bangun pagi ke sawah
celik mata ke laut
boleh pitis samah (50sen) 
balik kena taut (mata kail)

notatapakkaki :- tak sabar menanti 16 Mei.

Nur Faisal
29 April 2011

Renungan






Nur Faisal
29 April 2011
1:40 a.m.

Thursday, April 28, 2011

Menyedihkan

WANITA DAN PUTERI UMNO HALALKAN BABI?

Written by Admin   
Tuesday, 26 April 2011 12:16
 
Oleh: SURIATI MAHMUD
UMAT Islam di Sabah kesal dengan sikap Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO di Sabah yang membiarkan wanita Islam, terutama di bawah umur bekerja di Restoran Cina dipaksa majikan memegang, memasak dan diberi makan makanan yang tidak halal.
Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendedahkan demikian setelah bosan dengan sikap Wanita dan Puteri UMNO yang gagal membantu menyelesaikan kemelut perempuan Islam yang bekerja di restoran Cina kerana terus dirantai kemiskinan.
“Mereka bukan sahaja dipaksa memegang, memasak babi, malah diberi makanan yang tidak halal ketika bekerja di restoran. Kita menasihati pekerja berkenaan mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Wanita serta Puteri UMNO; tetapi tiada sebarang tindak balas daripada institusi berkenaan,” ujar Zainuddin yang memaklumkan pihaknya telah menghantar surat aduan rasmi kepada JHEAINS dan JAKIM.
Kata Zainuddin, isu ini bukan sahaja berlaku di Sandakan, berlaku di seluruh Sabah tetapi paling ketara di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.
“Kebanyakan mereka merupakan pemegang IMM13 dan ramai yang telah mendapat MyPR dan MyKad Malaysia yang diberikan kepada mereka melalui sindiket IC Projek sedikit masa lalu; tetapi isu penting di sini mereka beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah ahli Wanita dan Puteri UMNO,” tegas Zainuddin yang kesal kerana tauke kedai tidak prihatin dengan pantang larang penganut agama Islam dan membayar gaji yang terlalu rendah antara RM150 hingga RM300 sebulan. 

Aku :

Ya Allah, sampai begitu sekali jadinya. Kesian tengok. Sampai kena makan dan masak babi.
Tapi ini laporan melibatkan politik. Apa salahnya yang melaporkan membantu. Sebab mereka sudah tahu. Ini mahu memberitahu. Menjatuhkan pihak lawan. Yang diberitahu pun entah pasti mengetahui atau tidak. Tapi yang menjadi mangsa, rakyat.
Kan elok berjuta-juta duit yang hilang dibaham penyangak-penyangak 'pembantu rakyat' dijadikan hab menjana pendapatan kepada rakyat yang memerlukan???
Kesian tengok. 

Kata dulang paku serpih
Kata orang dia pun lebih.

notatapakkaki :- setahu aku rakyat Kelantan yang dikatakan mundur oleh pegawai besarnya sendiri tidak sampai begini rupanya untuk mendapatkan makan sesuap nasi.

Tuesday, April 26, 2011

Rani Mukherjee VS Kajol

      Ha... pada 20/04/2011, ada berita kat Kelantan, tajuk ''Kajol' sanggup mati pertahan imej lembut'. Ha... malam nie baru aku teringat dan teringat pasal Kajol tu, dengan Rani Mukherjee. 

      Sebelum tu, anda boleh la baca berita pasal Kajol kat sini. [klik di sini] 

     Ha... bukan Kajol yang Bollywood tu. Tapi Kajol Kelantan, nama si Kajol tu Mohd Hafiz Jafri, umurnya 24 tahun. Nama hebat gak. Tapi kena tangkap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) sebab pakai pakaian tak elok. 
“Saya tidak mampu untuk berubah dan sampai bila-bila saya akan terus begini," katanya ketika dihubungi di sini semalam. 
      Tu kata-kata si Kajol tu. Nauzubillah... Aku rasa, dulu la macam nie, pakaian elok jugak. Pakai macam lelaki la. 
eh, bukan gini, nie musim dia pakaian pelik dah.
     Ha... gini la gaya dia dulu. 
     Ok...kita tinggal dulu pasal si Hafiz Jafri nie. haha...

      Yang aku nak cerita sebanarnya ialah, Hal Rani Mukherjee. Hai, jangan kau fikir dalam kepala otak kau tu Rani ini.
      Kalau Rani ini, aku pun minat. hehe...
     Masa aku tingkatan 5 tak silap, kat kampung aku, Kg. Aur China, ada la buat anak-anak muda berdikir barat. So...ada la tiap malam geng-geng muda berdikir, dan ada orang kampung yang mai tengok.
     Pastu, ada la si lelaki, yang bergila-gila sebagai perempuan. Dia nak menjadi si Kajol Kelantan la. Menyanyi dikir dengan nada suara perempuan. si lelaki tu, menggelarkan namanya sebagai 'Rani'. haha... lucu betul...!
      Masa malam tu dia mari, ramai la orang, tempat dikir tu di buat atas stage la, pentas, stage tu orang Kelantan yang panggil. Jerman katakan. 
      Masa dia naik tu, ramai la awok-awok yang sorak macam mengalu-ngalukan dia. Rani pun tersekat tak boleh naik. Memegang-megang telinganya. Terkial-kial tak nampak melepaskan sesuatu yang tersekat. Pas tu ada awok-awok yang mari tolong. Adui-adui Rani tersakit-sakit. Lepas tu je baru boleh dilepaskan. Bila ada awok-awok mai tolong. Orang kampung pakat suko dah ko Rani tu.
    Haha...lucu la. Rupa-rupanya, masa dia nak naik tu, subang yang dia pakai, tersangkut pada pukat (pukat orang tahan ikan). Subang tu kan pakai kat telinga, bila tersangkut, dia tak nampak la keadaan subang tu. Kena orang lain mai tolong baru boleh lepas. Dia yang nampak malu dah. Tu la pasal, dah tau jantan, pakai subang sangat.  
     Nak tau, sekarang si Rani celup tu, dah ada anak dua tiga orang dah. Lucu betul! Ada orang kampung cakap la. "Lembut-lembut pun boleh anak jugak". haha... tu aku dengar orang kampung bercerita. Lembut luar, dalam strong. haha. 
Notatapakkaki :- lepas tu Rani menyanyi tak sedap dah sebab malu. haha... 

Nur Faisal
26/04/2011 


Aku Belum Merdeka.!!!

Terus Dijajah



Merdeka di Chowrasta

Petang tadi, 25/04/2011 selepas Sam merdeka, aku dan dia berkunjung ke Chowrasta, kali ke dua la petang nie. Hmm..
          Untuk sambut kemerdekaan Sam, bukan Sam dijajah atau jadi hamba sepanjang hayat. Tapi Sam lepas habis exam last dia. Bukan last untuk Semester ini sahaja. Tapi, untuk sepanjang pengajiannya sepanjang 3 tahun kat USM. Kira Sam boleh cakap gini la pas nie.

“awak ngaji mana sekarang?”

“saya tunggu graduate je.” 

Hehe...

Best la dia.

Ok!

Balik kepada cerita asal ke Chowrasta.
Masa sampai tu, lucunya, ada geng ‘anu dalam botol’ area Chowrasta. Bukan kat aku parking motor, tapi dekat jual rojak depan pintu masuk area parking, bersebelahan Ibu Pejabat Kontijen Polis. Tapi ini bukan yang lelaki pure tu, ini yang timbul timbal ditempat yang tak timbul. Adui...aku pulak malu tengok. Tak tengok kan rugi...hehe.
Tak lah! Kalau aku tak tengok, tak ada modal la nak menulis, tambahan, yang timbul-timbul tu bukan original, tapi palsu. Dan bukan timbul perempuan pure punya, tapi lelaki yang jadi perempuan! Jadi boleh tengok kan? (ha kau dah angguk setuju dengan aku)
Yang aku lagi malu, nak beli rojak jugak pun tak jadi, kat timbul tu, hujung timbul tu, tertimbul terus! Tak pakai baju dalam! Adui...!
Kesian mereka, bukan sorang, tapi 3 orang mereka tu, tapi sorang je yang tak ada timbul-timbul.
Kesian...
Ok!
Balik ke tujuan asal, iaitu beli buku! Masa cari-cari tu, masuk kat tempat jual, adui...bau busuk giler ****, tapi tahan jugak, nak cari buku tujuan asal. Masa cari buku tu, jumpa la novel remaja Aku Mahu Jadi Superbibik, novel tu terkenal jugak antara novel remaja keluaran PTS Fortune. Tapi...alahai mahal sungguh, nak jual RM12 ringgit. Buku asal pun harga RM18. Tu pun novel kat Chowrasta, mahal giler. Ha...masa cari-cari buku tu, tertengok la kat bawah pasar Chowrasta tu, ada ayam yang tak sembelih lagi, patut busuk pun bau. Kat tingkat bawah tu, ada pasar jual ikan ayam barangan basah, kedai buku tu tingkat atas.
Aku pun gi la kedai pak cik mamak yang aku beli buku hari tu. Cari-cari la buku-buku yang besat. Sam cari buku remaja yang best, aku pulak cari buku novel yang lama. Sebab aku mencari novel yang lama. Hehe.
Masa cari tu, Sam berkenan la novel Lasykar Cinta. Kisah hal percintaan la gitu. Sam nak beli dah, tapi yak mamak tu nak jual RM8. Mak aii...mahal giler. Aku letak balik la. Tambah-tambah kisah gitu, Sam pun tak la berapa minat. Dia nak cari novel best dan seronok.
Lepas tu, Sam cari-cari lagi, terjumpa la novel inggeris, novel kisah ahli siir gitu. Tapi, yak nak bagi RM5. Aku fikir kejap. Nak! Masa tu tertengok buku cerita kanak-kanak bahasa inggeris. Dalam tu cantik la. Ada dalam 6 buah buku. Macam small books gitu. Ada kisah putera katak, the repunzal, dan ada banyak lagi. Kisah dalam tu, pendek-pendek la. Tapi buku-buku tu duk dalam kotak. Kotak tu ada penutup. Pastu ada tangkai tali. Memang kiut (cute) la kotak tu. Ada gambar-gambar kartun gitu. Tapi...
Yak mamak tu nak jual RM25! Cis! Mahal giler ****! Dah la buku tu kecil-kecil. Bukan tebal dan besar pun buku tu. Yak mamak tu napok kami nak, dia katok mahal pulak. Cis betul! Aku letak semula la! Tak larat nak beli mahal-mahal, Chowrasta jah pun! Buku lama!
So... cari je la buku lain. Masa cari tu, Sam jumpa novel Twilight atau dalam erti bahasa Melayu, Senjakala. Sebab novel tu dalam bahasa Melayu. Dan mamak tu bagi RM18 ringgit. Dan aku pun nak beli novel Konserto Terakhir karya SN Abdullah Hussain. Dia bagi RM5. Aku pun minta kurang. Dia bagi RM20 ringgit.
Aku minta kurang lagi. Mamak tu yak tak bagi dah. Katanya novel Senjakala tu baru lagi. Masa aku minta lagi untuk kurang tu, napok tak mahu layan dah, nak marah je nampak. Lucu betul. Aku pun beli la, sebab macam berpatutan dah. Biar mahal lagi pun. Jadi...aku  beli la dengan harga RM20 dengan 2 buah novel tu.

Notatapakkaki :- lepas tu dapat free dua buah buku. Rezeki orang tak mahu.

Nur Faisal
26 April 2011

Monday, April 25, 2011

Keliru...?

Hai mana satu nie???

Tapi, ini pulak lain, tapi tempat sama je...

Sangat pelik....!!!




Jum berpoco-poco…!!!

Hai…dua hari tiga minggu nie bising pulak hal poco-poco nie. Yang tu kata haram, yang nie kata halal. Nie masam muka haram, nie suka hati halal. Main kongkalikong gitu je.


Yang kata haram pun ada betulnya jugak.


Yang kata halal pun memang betul jugak.
Ha kat bawah tu aku kongsi keputusan yang majlis Fatwa Kebangsaan buat :
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah. [klik di sini] 
Betul jugak Majlis Fatwa Kebangsaan cakap, kalau dah poco-poco tu dijadikan senaman, mendatangkan peluh, kira ok la boleh buat tarian poco-poco nie. Dan syarat tak melanggar peraturan yang ditetapkan seperti yang dicakapkan di perenggan di atas dan seperti seperti peraturan di bawah.
Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu[klik di sini]
Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan-amalan kebudayaan dan keseniaan tradisional yang mengandungi unsur-unsur mistik dan kebatinan, tahyul serta khurafat adalah ditegah oleh ajaran Islam kerana ia boleh menjejaskan akidah umat Islam.
Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Harussani Zakaria
          Aku juga nak kongsikan Majlis Fatwa Perak yang kata haram poco-poco tu, 

Ha... ada sebabnya jugak kn..?
     Tapi, pada aku, elok jugak haram, dan sememangnya kena haram. Tengok dalam main halal pun langgar ikut se jugak.
      Ha.... cuba tengok...masyarakat kita menari @ senaman tu, bukan dalam rumah. Pastu bukannya pakai elok dan sedap mata memandang. Juling mata memandang atau keranjang mata memandang orang memandang. Aurat tak tutup. Pastu bukannya sorang-sorang, malah kat orang ramai, ada menari ramai-ramai lagi. Tu pada aku molek haram la. Jadi pelindung diri sikit untuk tidak menari. Baik joging, tak pun main badmintan tau senaman lain. Menari poco-poco tu bukan keluar peluh banyak pun. Pastu, ada persamaan dengan kelakuan agama lain pulak [klik di sini]. Jadi, kalau was-was, baik tinggal la, kalau nak sangat keluar peluh, nak senaman, baik joging atau senaman lain la. Bersuka-suka je poco-poco nie.
gambar hiasan...hehe.
Nur Faisal
25 April 2011



Sunday, April 24, 2011

Rahsia Ketika Kecil ?

Hujan la pulak dah petang nie...

Masa –masa begini memang sedap la tidor...

Huhu, malam jadi musang lagi.

Ha..tetiba aku teringat kepada lagu kanak-kanak masa aku sekolah rendah dulu, aku memang ingat la, tapi sekarang lupa la pulak. Mujur nasib ada Sam, dia masih ingat.

Begini lagunya,

Hujan rintih-rintih – rambut
Air bergelora – dahi
Emak bagi seposen  - mata
Ayah bagi seposan – juga mata
Adik pun pergi sekolah – bentuk wajah
Cikgu tanya, tiga tambah tiga – telinga
Jawabnya enam – hidung
Cikgu pun cakap betul – mulut (right – orang kelantan kata. hehe)
hehe...inilah hasil kekreatifan aku
Ha gambaran jelas, ada pada gambar dibawah, masa aku belajar dengan Sam. Hehe.
Malu bertanya sesat jalan, malu menyanyi rakam saja, malu melukis tak boleh jadi Latif Mohiden. Hehe. 
     Ha...nak tahu, dulu aku tak tahu juga. nyanyi lagu hujan rintik-rintik tu bagus, dapat mengajar dan melatih kanak-kanak bermain sambil belajar. kan3... Kita bermain nukis-nukis, dalam masa yang sama melatih motor halus. Iaitu jemari dan belajar mengira, sambil melatih bercakap, ketika menyanyi tu. Kita juga dapat melatih diri menjadi kreatif. hehehe... Dulu pakai nyanyi dan nukis je. Sekarang dah tahu rasionalnya. hehe.
ha... nie hasil kerja Sam. huhu
tandatangan aku...
Nur Faisal
24 April 2011