Wednesday, July 25, 2012

Harga Nikon D90 Julai 2012

Tarikh survey - 25 Julai 2012
Baru tadi 12.01 pm aku call dua kedai nie. Daripada aku survey dan tengok2 baca di forum sepanjang aku survey kamera DSLR nie aku membuat kesimpulan dua kedai ni dikatakan member harga yang memuaskan kepada pelanggan. Untuk area utara (Penang) la, tempat lain aku tak pasti macam di Lowyat tu. Tapi aku ada survey di Shah Alam dekat seksyen 19. Di Alamanda Putrajaya pun aku ada survey jugak. Tapi kesimpulannya aku buat, Penang lagi murah.

Subjek survey aku ialah D90 dan 50mm 1.8D. Sebab aku nak guna dua subjek ini untuk DSLR pertama aku. Ada pekedai yang cakap buat apa beli 50mm, tu xboleh focus dekat, kena berada 50mm jarak antara subjek yang mahu disnap dengan kamera. Kalau tak gambar jadi kabur. Kalau nak beli kamera kena ada yang lensa zoom dan di cadangkan kepada aku lensa 18-55mm. (dialog pekedai di seksyen 19)

Hai aku apa heran, dah tu takat bajet aku ada sekarang!!!

Punya pasal la...sebab aku rasa aku lebih kepada portrait. Kebanyakan otai pun cakap yang 50mm sharp untuk portrait. Jadi beli mengikut keperluan. Nak beli kena tahu untuk apa kita beli.

Disini aku lampirkan hasil survey aku untuk dua kedai di area Komtar.

Click & Snap
Pakej 1 - D90 (body only) = RM 2050
Pakej 2 - D90 (body only+bag+8GB) = RM2100
Pakej 3 - D90 (body only+bag+8GB+tripod) = RM2150
50mm 1.8D = RM390 (aku lupa tanya dengan filter sekali atau tak, aku rasa asing)
Jadi,
D90 (pakej 3) + 50mm 1.8D = RM2540
 
Mega Star
D90 (body only+bag+8GB) =RM1950
50mm 1.8D = RM360
Filter = RM40
Jadi,
D90+50mm1.8D+filter = RM2350

Kedai Seksyen 19, Shah Alam
D90 (body only) = RM2150

**benda lain aku tak Tanya sebab kesuntukan masa nak balik Penang.
**aku sebolehnya nak bantu penjual melayu, tak dah jual mahal. Sape mau beli?
peta kedai Mega Star Photo
Kesimpulannya, anda boleh tengok dan simpulkan sendiri. I’Allah aku akan pi beli 3hb 8 2012.

TQ tu be...

Notatapakaki : rebutlah masa muda sebelum datangnya tua.

Friday, July 20, 2012

Dia Mai Dah...


Selamat Berpuasa Semuanya…

Biasanya akan dipaparkan gambar ini kan bila ramadhan…kerana kita dituntut untuk mengimarahkan masjid...

Tipu je, padahal ini akan lebih bermakna sebenarnya… 
Ini Barang Baik..Akok Keduk

Ayam Madu

macam-macam ada

Butir Nangka

Taik Itik (Taik yg paling berharga..hehe)

Kepik Hidung

Nasi Ayam

nie special sikit kena besarkan, Nasi Kerabu

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal (prof izi tak silap aku)

notatapakaki : aku sekarang berada di Penang, xleh merasa la juadah dari Kelate yang sedap2. Tapi best berbuka di Masjid USM.

Thursday, July 19, 2012

Seperti Pungguk Rindukan Bulan


Semenjak daripada Mei lepas, sekarang sudah masuk Julai. Itu pun tinggal lagi 11 hari nak masuk Ogos.

Aku bukan mengira bulan, tapi inilah nasib. Kita merancang dan perancangan kita tidak semestinya menjadi, tapi kita tidak salah merancang. Namun sebaik-baik perancangan daripada Allah SWT.

Berbalik kepada aku mengira hari, 

Aku amat berharap dapat membeli kamera DSLR. Sudah lama aku inginkan, tapi bermula Mei yang lepas, keinginan itu semakin membuak-buak. Aku mengikat perut untuk simpan duit. Makan pun biskut cap Hup Seng, sekali dua je Chips More.
RM2000 - Harga pasaran Penang
RM370 - Harga pasaran Penang
Aku berkira-kira nanti dapat gaji aku kerja untuk bulan Mei dan Jun maka dapatlah aku beli DSLR Nikon D90 dengan lensa 50mm 1.8D. Namun, harapan tinggal harapan, bila dapat gaji 17 Julai lepas, perancangan untuk duit melebihan duit yang ada. 
ginilah rupa kamera D90 & len 50mm tu.

Maka…senyap je la aku. Menyimpan hasrat untuk kemasukan gaji yang akan datang. Itupun entah jadi entahkan tidak.

Boleh jadi, nak dapat rezeki yang lebih lagi kot. D7000.haha. mantap beb...up sikit daripada D90.
Apa pun fikir positif. Ada rezeki InsyAllah Taala akan dapat.

Notatapakaki : berdikari

Thursday, May 31, 2012

Rezeki

Alhamdulillah. Pada 18mei yang lepas aku telah tamat Latihan Mengajar. Pengalaman semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga tidak akan dapat aku lupakan. Lebih2 lagi bersama murid Pendidikan Khas.

Velan yang mudah hilang tumpuan tapi meminati bola sepak serta sokong Kelantan, Chee Boon yang suka mengacau kawan dan lambat membuat kerja serta mengelakkan melakukan kerja, Atikah yang mudah terganggu oleh Chee Boon dan lambat buat kerja tapi betul hasil kerjanya, Chand yang menjadi rebutan antara Velan dan Chee Boon, Puteri dengan lagu2 jiwangnya, Mahathir... hmmm...apa ea. Apa lagi, yang sering tak mai sekolah. Helmi yang kita harus pandai bermain dengan kata-katanya. Wai Kit yang bercakap dalam tengkok. Farahim yang pandai memanipulasikan orang lain. Mus yang suka mengganggu kawan. Junyi yang sentiasa mahukan tempat pertama dan ipadnya serta selalu mahu menang. Hidayah dengan nyanyianya. Hanisah yang sentiasa perlu dibetulkan tudung oleh PPM. Chobe seorang yang pandai muzik dan suka pada nyanyian. Humairah...adui ini murid yang diingklusifkan pada arus perdana. berhati-hati dengan murid ini. ABC kita cakap ABC lah akan tersebar keseluruh sekolah tanpa ada silap ejaan atau nahunya.

Dan aku... mengajar kelas 2. Bahasa Malaysia dan Kemahiran Hidup serta Pendidikan Jasmani. Sesungguhnya masa 3 bulan setengah tidak cukup untuk mengajar murid2 ini. Pada aku, aku masih memerlukan masa untuk membuatkan tajuk yang diajar pada hari ini dan dilupakan pada hari esok supaya murid ingati semula bagi memudahkan aku mengajar tajuk yang lain.

Begitulah hakikatnya murid pendidikan khas. dan itu hanyalah satu kelemahan mereka. Bagi pensyarah yang tidak memahami walhal bergelar Dr dalam bidang itu. Sungguh menyedihkan apabila dia sendiri tidak fahami murid dan memberi komen yang tidak membina semasa aku mengajar.

Apa2 pun. Latihan mengajar telah tamat. Sekarang aku telah bekerja sebagai Pembantu Penyelidikan pensyarah aku sendiri di USM. Dapatlah aku isi masa lapang sebelum aku posting kemana-mana negeri yang aku sendiri pun tidak tahu. Namun aku berharap dapat ditempatkan bagi sekolah bermasalah penglihatan dan semestinya di negeri aku sendiri. KELANTAN DARUL NAIM...!!!

notatapakaki : aku dapat membuat perbezaan dengan murid sekolah kampung dengan murid sekolah bandar...menghormati guru! itu yang membezakan walaupun kepala halian!

31 Mei 2012
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia.