Tuesday, March 9, 2010
Saturday, January 2, 2010
Tabahkan Dirimu
Duhai anak seluang,
Menetas berwarna hitam,
Tidak kenal mana parit atau sawah,
Berjuang hidup bersaing sendiri.
Kecilmu makanan sepat liar,
Rumah rumputmu diselerak tangan manusia,
Kawananmu semua kucar kacir.
Seribu kesukaran payahnya membesar,
Menjadi haruan yang perkasa,
Menjajah serata parit yang luas,
Merantau dari sawah ke sawah.
Sepat lari lintang pukang,
Belalang tidak sempat terbang,
Bayangan manusia tangkas dipatahkan.
Berkat kecekalanmu dari kecil dahulu,
Engkau haruan perkasa digeruni lawan.
Berada di bawah tidak semestinya lemah.
by,
N.A. Faisal
02 Januari 2010
USM, Penang.
Tuesday, November 10, 2009
cinta kita
Cinta kita dijanji
Siapa kamu yang dulu?
Dari mana tempat asalmu?
Berjanjikah kita untuk ketemu?
Dibawah rimbunan pohonan bambu,
Diiringi hembusan lembutnya sang bayu.
Maha Mengetahui telah berjanji,
Tika kita enak di syurgawi,
Kita bertemu suatu hari nanti,
Menagih cinta yang ditakdiri,
Menikmati keindahan hati ke hati.
Di alam fana kita mencari,
Masa dan keadaan memagari,
Kita tersimpan di alam seni,
Sebelum kita menjumpai.
Tali pertemuan tiada tersangka,
Hanya singgah untuk seketika,
Menghubungkan nur silatulrahim kita,
Gelombang kasih memeluk jiwa,
Mengikat kejap dua jiwa.
Masa dan hari telah distrategi,
Bertemu mata berputik cinta,
Di alam realiti bukan mimpi,
Maha Bijaksana mengatur janji.
By,
N. A. Faisal
01 November 2009
Thursday, November 5, 2009
pantun - buat simanje...
Pantun
Taman bunga kerusi besi,
Tempat senda honey dan darling,
Abang sedia menanti dikerusi,
Sayang datang sambil menjeling.
Kembang pagi sibunga matahari,
Mekar segar melebar senyum,
Assalamualaikum pembuka seri,
Waalaikummussalam menghadiah manis kuntum.
Bunga kekwa kembang sudah,
Tumbuh pula bunga setawa,
Sayang menjelir hujung lidah,
Abang terkejut dalam tawa.
Taman bunga berseri-seri,
Tumbuh juga pohon rambutan,
Abang mengirimkan muka ngeri,
Sayang balas dengan cubitan.
Sungguh cantik bunga teja,
Molek disemat dirambut adinda,
Abang beradui sakit manja,
Sayang menguraikan ketawa senda.
Sayang kemboja ditepi kolam,
Sepat berliindung dari sejuk,
Sayang emh panjang,
Abang ketawa mengajuk.
Daun kemboja berbayang seram,
Takut-takut ada penjaga,
Sayang mula marah geram,
Abang memujuk madah pujangga.
Keindahan taman amat tenang,
Hati kita erat sekuntum,
Sayang senyum lebar senang,
Abang kenyang 1000 tahun.
Rama-rama dibalik bayang,
Bunga dirosak kumbang jahat,
Nikmatilah selamat adindaku sayang,
Abang jaga daripada kianat.
Kura-kura merangkak terhegeh-hegeh,
Terjun ke kolam membawa kubis,
Apa lagi kita terhegeh-hegeh,
Jom makan sebelum habis.
By,
N.A. Faisal
Oktober 2009
Tuesday, October 6, 2009
aku bertatih...
Benarkah Aku
Thursday, August 06, 2009
1:25 AM
Benarkah langkahku ini?
Bisakah aku berdiri?
Gagahkan aku lalui?
Atau aku hanya berilusi?
Ditengah-tengah fantasi duniawi.
Aku baru dilahirkah?
Atau aku sudah mampu berlari?
Ataupun aku sudah disenja hari?
Yang menanti ajal Ilahi.
Adakah aku berpeluang lagi?
Mengejar kilat dan senja mentari,
Yang sudah mula menyembunyikan diri,
Atau aku yang asyik masyuk sendiri?
Mungkinkah aku pendatang baru direaliti ini,
Yang mula membuka mata dari selaput yang tertutup rapi,
Adakah aku bisa meniti,
Dilautan yang penuh onak dan duri,
Hanya untuk memenuhi lumrah keinginan hati.
Ah! Mungkin aku sudah lama berdiri,
Hanya aku yang tak mengerti,
Bakat dan kurnia dari Ilahi,
Hanya aku yang menyepikan diri.
Ah! Tak mungkin,
Aku tak pernah memegang sebatang pena,
Pena yang mampu membangkitkan dinihari yang berseri,
daripada buta mata buta hati.
Aku mesti,
Kerana aku juga yakin,
Benak fikiranku juga selari,
Aku bisa berdiri,
Dengan petunjuk dan bimbingan Ilahi.
By,
N.A. Faisal
06 Ogos 2009