Monday, July 22, 2019

Kukirim Rindu

Bonda
Semakin meningkat usiaku
Ingatan padamu termimpi-mimpi
Sudah kuterima lama dahulu 
20 tahun meniti hari-hari sukar
Aku merasakan sendirian
Hilang dalam erti sebenar-benarnya hilang

Ikan masak pedas
Sambal lada kering
Nasi goreng merah
Pulut ikan kering
Mengembalikan kenangan di rumah lama

Nisan penjuru ubunmu kuusap
Masih segar air mataku
Mengharap bonda bangkit kembali
Tika kucupan penghabisan
Membelai kami yang masih keanak-anakan

Keriuhan anak-anak bermain
Nyanyian buah hati pengarang jantung 
Kukirimkan rindu padamu
Agar bisa ketemu dihari muka

NA Faisal 
21 Julai 2019

Monday, July 30, 2012

Rupa-rupanya...

Aku ingatkan sudah dapat beli body D90 hari ini. Rupa-rupanya hampa lagi. Tunggu gaji aku masih 15hb 8 la jawabnya... Pada sabtu lepas aku sudah beli lensa 50mm 1.8D kat jalan penang. Hike Enterprise. dapat RM370 sekali dengan UV filter. Body cadang nak beli kat Mega Star Photo tapi....


Wednesday, July 25, 2012

Harga Nikon D90 Julai 2012

Tarikh survey - 25 Julai 2012
Baru tadi 12.01 pm aku call dua kedai nie. Daripada aku survey dan tengok2 baca di forum sepanjang aku survey kamera DSLR nie aku membuat kesimpulan dua kedai ni dikatakan member harga yang memuaskan kepada pelanggan. Untuk area utara (Penang) la, tempat lain aku tak pasti macam di Lowyat tu. Tapi aku ada survey di Shah Alam dekat seksyen 19. Di Alamanda Putrajaya pun aku ada survey jugak. Tapi kesimpulannya aku buat, Penang lagi murah.

Subjek survey aku ialah D90 dan 50mm 1.8D. Sebab aku nak guna dua subjek ini untuk DSLR pertama aku. Ada pekedai yang cakap buat apa beli 50mm, tu xboleh focus dekat, kena berada 50mm jarak antara subjek yang mahu disnap dengan kamera. Kalau tak gambar jadi kabur. Kalau nak beli kamera kena ada yang lensa zoom dan di cadangkan kepada aku lensa 18-55mm. (dialog pekedai di seksyen 19)

Hai aku apa heran, dah tu takat bajet aku ada sekarang!!!

Punya pasal la...sebab aku rasa aku lebih kepada portrait. Kebanyakan otai pun cakap yang 50mm sharp untuk portrait. Jadi beli mengikut keperluan. Nak beli kena tahu untuk apa kita beli.

Disini aku lampirkan hasil survey aku untuk dua kedai di area Komtar.

Click & Snap
Pakej 1 - D90 (body only) = RM 2050
Pakej 2 - D90 (body only+bag+8GB) = RM2100
Pakej 3 - D90 (body only+bag+8GB+tripod) = RM2150
50mm 1.8D = RM390 (aku lupa tanya dengan filter sekali atau tak, aku rasa asing)
Jadi,
D90 (pakej 3) + 50mm 1.8D = RM2540
 
Mega Star
D90 (body only+bag+8GB) =RM1950
50mm 1.8D = RM360
Filter = RM40
Jadi,
D90+50mm1.8D+filter = RM2350

Kedai Seksyen 19, Shah Alam
D90 (body only) = RM2150

**benda lain aku tak Tanya sebab kesuntukan masa nak balik Penang.
**aku sebolehnya nak bantu penjual melayu, tak dah jual mahal. Sape mau beli?
peta kedai Mega Star Photo
Kesimpulannya, anda boleh tengok dan simpulkan sendiri. I’Allah aku akan pi beli 3hb 8 2012.

TQ tu be...

Notatapakaki : rebutlah masa muda sebelum datangnya tua.