Dimana? Dimana? Chowrasta! Hutan Buku!
Chowrasta. Aku mengetahui tentangmu daripada Sam. Hanya bayangan, shadow in the night. No light. No shine. No women no cry. Hehe. Acecece... madah berhelah spelling London plak (dialog Mak Eton dalam cerita Bujang Lapok).
Sam pernah beritahu yang ada satu tempat yang penuh dengan buku-buku. Tapi tidak tahu nama tempat tu. Tu aku cakap shadow in the night tu. Tapi bila aku tengok-tengok dalam internet, aku temui dalam blog kaki novel, yang kat Bazaar Chowrasta ada satu tempat jualan buku-buku lama yang sangat banyak. Banyak sangat.
Ha, kan aku dah cakap, banyak kan buku kat sini. Kalau anda pergi ke Bazaar Chowrasta, naik ke tingkat dua, sebelum itu, kalu nak makan sebelah kanan ada kedai makan. Ha...Bazaar Chowrasta seakan kat London punya Bazaar la. Nak tahu kenapa? Ada seorang anak muda, berupa seperti Ito kumpulan Blues tu, dengan gitarnya, menyayikan lagu-lagu seperti mendendangkan pengunjung yang sedang menjamu selera di situ. Seakan London bukan? Ada penyayi jalanan tu. Kalau anda pemurah, bolehlah letakkan not atas selera masing-masing dalam beg di depannya.
Back to the main point, hehe. Sila belok kiri ya adik kakok pok cik mok cik, anda akan melihat ada penjual menjual pakaian, sah seperti Bazaar Siti Khadijah di Kelantan nuh. Kiri kanan menjual pakaian. Yang bezanya kat sini ada cina dan mamak yang menjual, tapi di Bazaar Siti Khadijah, ramai Melayu yang menjual, dan perempuan. Hehe. Mungkin perempuan orang KELANTAN suka berniaga, suka tengok duit kot. Bling bling money dalam mata mereka. Hehe.
Ok, pada hujung Bazaar, akan kelihatan papan tanda “KEDAI BUKU – lama dan baru” dan menunjukkan arah belok ke kiri. Opss..terlanggar baju, belok kanan la Flint. Nah, jika sudah belok, anda jalan empat lima tapak, dan tengok belah kiri, mak ai! Punya banyak! Bertingkat-tingkat! Dalam kepala otak aku masa tu, ‘macam mana nak cari buku nie?’.
Sebelum tu, aku nak cerita la sikit, kenapa aku jadi kiri kanan belok belok tu. Hehe. Gini, aku tanpa peta dan pemandu pelancong hanya dengan pemandu sendiri (bawa motor sendiri), mengisi minyak penuh-penuh, memulakan perjalanan ke mencari Bazaar Chowrasta. Yang aku tahu masa tu, Chowrasta tu dekat dengan Komtar. Aku pun memasang strategi yang terancang bersama Sam supaya arah tujuan kami tidak diselerakkan oleh angin laut. Strateginya ialah dengan bertanya orang. Hehe. Itu lah startegi yang paling mudah dan berkesan. Bak kata pepatah, “malu bertanya sesat jalan”, “malu makan perut tak kenyang”. Aik? Yang rangkap kedua tu pepatah ke mematah? Keliru **
Yes, aku pun bawalah motor DV4107, motor berjasa, sampai kat satu bangunan tu, aku belok kanan la, dan berhenti sekejap di tepi jalan. Dengan tidak semena-mena, pek!pon! alahai baru berhenti kejap dah kena hon kat orang. Kejap je boh! Nak tanya sape nie... nak tanya sape nie...? ha tu ada seorang uncle datang bawa air, dia seorang penjual gerai bergerak kat tepi jalan dekat petak parking di tepi bangunan depan menara Komtar. Aku pun tanya la dia, ramah juga uncle nie. Aku tanya “uncle nak tanya, kat mana Chowrasta? Yang tempat jual banyak jeruk-jeruk tu.” Nak tahu apa jawapannya, “hah, itu jual barang-barang lama punya tempat ka?” adui, bukan la uncle, tempat jual jeruk, banyak kali juga aku cakap tempat jual jeruk, tempat jual jeruk, tapi jawapan yang sama juga aku terima, “itu barang lama punya tempat ka?” Hai, last-last dia kata pi tanya itu Amin, itu penjaga parking baju kuning dia sedang makan, dia Melayu sana” sambil menunjukkan tempat ada seorang lelaki dan perempuan di hujung sana tempat yang ditunjukkan olehnya. Tapi, aku juga tidaklah berat bibir untuk mengukirkan senyuman dan berterima kasih kepadanya walaupun tiada jawapan yang diberikan daripada soalan yang ditanya. Uncle tu peramah, dan sedia membantu walaupun masa tu di sedang berat bimbit sebaldi air untuk memulakan perniagaannya.
Jadi aku pi la kat si Amin tu. Tapi dengan berhati-hati sebab melawan arus jalan sehala, kan tak pasal-pasal kena tepuh. Penang bukan boleh caye sangat dengan pemandu-pemandu nie. Si Amin dengan di perempuan mak cik nie juga ramah, mereka memberitahu jalan ke arah Bazaar Chowrasta, dengan terperinci dan tetap sekali. Hehe.
Mereka cakap, “adik keluar ikut jalan sini, lepas tu belok kiri, pergi depan patah balik arah jalan ke Komtar. Lepas tu jumpa trafic light belok kiri, pi depan, jumpa jejantas cabang tu, belok kiri, lepas tu belok kanan, jumpa trafic light belok kanan lagi, lepas tu pi depan ada bangunan belah kiri, situ la Bazaar Chowrasta.” Hehe. Yang lucunya mereka siap tanya “faham, faham”. Aku dengan gaya selalu, senyum, ooo... faham-faham, angguk-angguk. Gaya faham la konon.Hehe. Sam pun macam happy je, sebab aku nampak macam faham dan aku jumpa Bazaar Chowrasta dengan sekejap lagi. Hehe cian Sam.
Sam tanya “flint faham ke dia cakap apa”, aku apa lagi, "tau apo nyo kata tak tau." Hehe.tapi aku faham la sikit-sikit. Memang aku gini, kalau nak beritahu sesuatu, jangan serius sangat, sebab aku hanya akan angguk. Sebab aku lebih suka cari sendiri. Nak cakap pun santai je. Hehe.
Pengembaraan bermula, yeah...aku dua kali pusing dekat Komtar Walk, dan jalan mana entah dekat kawasan Tune hotel, Malaysia hotel, kubu lama tepi laut dua kali juga aku pusing tak jumpa juga Bazaar Chowrasta. Maka masa tu juga la lalu dekat macam persatuan beca, dekat perhentian teksi, jalan sehala, hotel kiri kanan, ada laut kat seberang jalan, kereta laju-laju tak payah cakap la, dah roleknya (kebiasaanya) di Pulau Pinangnya begini. Adui...masa orang cakap elok-elok tak masuk pun dalam otak. Last-last sesat. Opsss..! bukan sesat, tapi pusing-pusing melancong Penang. Huhu.
Tu sebabnya aku jadi kiri kanan, sebab apa yang dicakap oleh mak cik dan si Amin tu tak masuk ke otak, dan aku pusing-pusing melancong tak jumpa lorong ke Chowrasta. Hehe. Pening bebeh!
Dan, sedang aku ikut masuk je mana-mana lorong sehala tu, termasuk la satu lorong tu, sepanjang jalan tu seakan dengan jalan di London tu. Jalan mesra OKU, bagus sini, kedai menjual kiri kanan jalan, ada pokok rendang tepi jalan. Hai dah macam London pulak. Sesat di Malaysia nie. Ngee... ha! Masa berhenti kat satu trafic light tu, aku terpandang Mydin dan di depannya Ibu Pejabat Polis Kontijen P.Pinang. Menurut mak cik dan si Amin tadi, Bazaar Chowrasta tu dekat sangat dengan bangunan Mydin dan IPK P.Pinang tu. Jadi kalau dah aku jumpa dah Mydin dan IPK, bermakna aku bakal jumpa Bazaar Chowrasta.
Yipee...hehe. Aku berhenti la kejap masa tu nak cucuk duit kat 7E, Sam pi tanya la seorang untie kat mana Chowrasta, lucunya, untie tu blur, tak tahu punya dia, dengan muka nana. Atau mungkin untie tu tak faham apa yang dicakapkan oleh Sam. Dan masa tu juga ada pak cik yang dengar Sam tanya untie tu, dia la la yang cakap, “tu kat depan tu Chowrasta, orang Kelantan?” Eh? Tetiba tanya orang Kelantan...lucu betul, mungkin loghat percakapan kami dia dah detect kami orang Kelantan, tak pun nombir plat motor. Tapi memang boleh puji la, memang peramah dan tak lokek untuk memberitahu arah jalan. Tapi kami yang tanya pun tak la lokek untuk berterima kasih dan senyum...^__^.
Yipee...hehe. Aku berhenti la kejap masa tu nak cucuk duit kat 7E, Sam pi tanya la seorang untie kat mana Chowrasta, lucunya, untie tu blur, tak tahu punya dia, dengan muka nana. Atau mungkin untie tu tak faham apa yang dicakapkan oleh Sam. Dan masa tu juga ada pak cik yang dengar Sam tanya untie tu, dia la la yang cakap, “tu kat depan tu Chowrasta, orang Kelantan?” Eh? Tetiba tanya orang Kelantan...lucu betul, mungkin loghat percakapan kami dia dah detect kami orang Kelantan, tak pun nombir plat motor. Tapi memang boleh puji la, memang peramah dan tak lokek untuk memberitahu arah jalan. Tapi kami yang tanya pun tak la lokek untuk berterima kasih dan senyum...^__^.
Akhirnya...ketemu juga Chowrasta...hehe. empat buah buku juga aku beli, walaupun mula-mula diberi peringatkan supaya beli dua saja. Hehe. Tajuknya Kepulangan karya Fatimah Busu, Ranjau Sepanjang Jalan dan Srengenge karya SN Shahnon Ahmad, dan Suriati karya Azizi Hj. Abdullah. Yes! Bertambah lagi koleksi buku aku. Hehe. Aku dapat dengan harga RM30 untuk empat buah buku tu. Boleh dikatakan mahal la juga dengan harga tu. Tak mengapalah, first time beli. Tapi novel Suriati tu masih baru punya, edisi baru, aku juga sedang berusaha mengumpulkan karya-karya Ustaz Azizi. Gembira sebab menambah koleksi. Lain kali kena kaw-kaw la tawarkan harga, mamak kedai buku tu macam nak ‘makan’ aku je. Buku lama pun nak jual mahal! Rope Walk pun RM2 sebuah. Lagi murah.
Tapi serius cakap, memang pening la nak cari buku-buku. Nak tunduk tengok judul buku pun susah. Kalu pikul beg kena pecat dulu, kan terlanggar buku-buku yang diikat oleh penjual, kan tak pasal-pasal kena marah. Malu besar la. Kena betul-betul berhati-hati la. Bau buku syok. Tapi bau buku lama la. Bukan bau macam kat Borders di Queenbay tu. Situ semua buku baru punya.
Ok sekian, berjumpa lagi Chowrasta di lain hari.
Chow...!
Nur Faisal
23 Mac 2011
2 comments:
salam,chowrasta tu senang sgt broo..apa2 lain kali tempat2 lain boleh contact gua je..anak penang sejati..hehe
semua maklumat dlmni betul..asalnya hutan buku ni terletak di macalister road (berhampiran bsn besar) sebelum berpindah ke chowrasta..tmpt ni la dulu2kami slps hbis setiap exam srp dan spm jual buku2 ulangkaji kt situ nk buat tambang balik dr asrama..hehe
Post a Comment