Thursday, January 12, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia

Alhamdulillah...
Pagi tadi aku dengan kawan2 pi la nk tengok sekolah sambil cari rumah sewa untuk latihan mengajar nanti. 
Tapi sebelum tu, dapat berita hari ini dah boleh ambil Baucer Buku 1Malaysia.
Kami pun apa lagi sebelum kompleks Cahaya Gemilang dipenuhi pelajar lain, kami pun rebut peluang la.

Lepas ambil tu kami pi tengok sekolah dan cari rumah sewa dulu...

Ha... sampai bab aku nak cerita dalam sini...

Bila balik tu, kami pi la kedai buku USM. Koperasi USM kat anjung semarak tu. Bila masuk tu orang tak ramai lagi. Aku mulalah mencari-cari buku-buku yang aku dah lama idam-idamkan... iaitu novel tulisan arwah Azizi Haji Abdullah. Namun sayangnya hanya ada novel Suriati. Laaa ...aku dah ada dah novel tu. 

Kat koperasi USM tu tak banyak stok buku...huhu.

Jadi, aku ambil la buku “Anak Raja dengan Anak Papa”. Novel nie terjemahan oleh Pendita Za’ba. Tulisan asal oleh Mark Twain. Namun... kulit novel tu sedikit carik. Dan hanya ada satu tu je... hai bukan rezeki. Aku pun sangat memilih yang hardcore tentang buku nie. Mesti nak yang terbaik. Harga pun mahal jadi kena la terbaik. Rm40 kot. Aku tak jadi beli. Nanti beli di Dawama la di Perda.

Tup2.. aku tengok buku, kitab la aku kira. Tafsir al-Quran... mai rasa dalam hati berkenan. Lama dah juga nak beli tapi tak berpeluang dari segi kewangan. Jadi bila sudah dapat yang free gini. Apa salahnya kan?

Jadi kitab tu dah jadi milik aku sekarang. Timbul satu rasa lega bila dapat apa yang kita mahu.

Tapi masih ada yang tersangkut. Aku ada dua pilihan, tiga aku kira. Eh tidak! Empat!! Antaranya :

1.     Semua koleksi Harry Potter
2.     Novel2 arwah Azizi Haji Abdullah
3.     Semua koleksi novel sains fiksyen Ahmad Patria Abdullah
4.     Dan novel Prof. Hamka

Hhmmmm....

Entah la yang mana satu. Baucer tu hanya masih ada RM100 je lagi dengan aku.
Tapi tadi pun, dua kawan aku, sorang pakai habis terus Rm200. Sorang lagi RM150. Fuh! Pakai licin terus tak dan satu hari.

Tadi pun aku tengok, ramai yang datang berpusu-pusu beli buku. Rupa-rupanya ramai yang berminat dengan buku. Cuma harga buku yang mahal! Jadi, bila ada duit baucer buku begini, ramailah yang ambil peluang membeli buku. 

Jangan risau, semua buku dalam koperasi tu buku-buku ilmiah, walau ada satu bahagian rak novel cinta-cintun...huhu nak ambil bahagian jugak katakan.

So.... aku pun perlu fikir2kan lah nak beli buku mana antara empat pilihan itu? Bak kata penceramah tu, “fikir-fikirkanlah dan selamat beramal”. Ha! Dapat agak siapa?


notatapakaki : nampaknya tiap tahun kena buat macam gini. tak salah kan? pelajar IPG pun dapat bonus buku. free kot.

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Wah best lah dapat baucar buku. Em nak tanya buku arwah Azizi tu novel apa lagi yang tak ada? Dan karya Prof Hamka saya baru ada tiga.

Nur Faisal said...

salam,
best memang best, tp hanya rm200. tapi tak mengapa, bersyukur dengan apa yang ada. masih banyak lagi novel arwah Azizi yang tidak saya miliki. Cerpennya “Haji Salikun Cuba Berkhalwat” yang mengundang kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah. cerpen ini top untuk dibaca. Arwah pernah cerita ketika datang ke USM. yang daripada cerpen ini, beliau sampai tak balik rumah kerana ada orang nak pukul. Tahniah saya ucapkan kepada saudara, kerana sudah memiliki 3 buah novel Prof Hamka. nanti bolehlah tambahkan lagi koleksi ilmu itu.