Cerita 1
Duit
RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya, "Oit,lama tak nampak.
Mana ko pergi?" RM50 menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi
stadium tengok bola, tengok konsert AF, naik STAR Cruise, pegi Bali
naik AirAsia, lepak One Utama, Pavillion.. Urmm tempat-tempat camtu
lah. Eh, ko camna pulak?" RM1 menjawab perlahan seraya
menunduk, "Hmm..biasa lah. Balik-balik tempat sama saja. Surau,
masjid, surau, masjid.."
(sumber: aku pun tak tahu)
(Moral Of the Story : Tak ada
moral punya story…haha)
Cerita 2
RM1 :
owh, siapa tu nampak megah?
RM50 :
siapa lagi, aku la. Nilai yang paling femes. Tuan aku baru masukkan aku tadi. Wartawan
ramai mengambil gambar aku dan tuan aku.
Rm1 :
terkenalnya kau...
Rm50 :
mesti la ! Lihat dalam semua kertas di dalam tabung ini aku yang paling tinggi
nilainya.
RM1 :
Ya betul engkau paling tinggi nilainya. Tapi cuba kalu lihat dalam tabung ini.
Dipenuhi nilai sama seperti aku. Melebihi nilai kau apabila dikumpul-kumpulkan.
Dan jumlah kami RM1 semakin bertambah setiap hari dengan nilai yang sama.
Sayangnya hanya engkau seorang sahaja RM50, walaupun sangat terkenal.
(sumber : dalam kepala hotak aku)
(Moral of the story : sikit2
lama jadi bukit. Dan apa guna tinggi nilai jika hanya sekali itu sahaja.)
1 comment:
Wah setiap kali saya masuk ke blog ini pasti layout baru. Cantik!
Post a Comment