Saturday, April 23, 2011

Makan Babi di STARBUCKS


Semalam, ada kawan mai kat bilik aku. Dan dia tertengok la ada gelas STARBUCKS kat atas meja aku.

“Ja (aku) gi STARBUCKS ke?” tanyanya tanpa segan silu. (nak malu apa kan kawan..!hehe)

“tak la,” berdalih, sambil aku ambil gelas kertas STARBUCKS tu, dan tunjuk kat dia, ada lubang kat atas penutup gelas tu.

“ooo...” jawabnya ringkas.

“kita gi hari tu, nak try rasa STARBUCKS sekali, pah tu gelas nampak comel kita buat celeng (tabung),” aku menjelaskan tanpa mahu berahsia. Hehe.

“ya? tapi a.Sham dengar STARBUCKS tu tak HALAL. Ada kandungan TULANG BABI dalam campuran kopi dia,” kawan aku menjelaskan.

“biar betul, makan BABI la gitu kita.” Aku berseloroh dengan risau jugak.

Ha...pastu, aku mula mencari la, betul ke STARBUCKS tu HARAM. Sebab masa aku nak beli tu, ada kat belakang kaunter order memang-memang ada logo HALAL Malaysia punya. Tu sebab aku tanpa was-was dan kerisauan beli dan minum tu.
Hasil daripada pencarian dalam internet :
Sumber : [klik di sini] 
PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.
Ertinya : Sila ambil perhatian bahawa semua minuman coklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides yang berasal dari haiwan (babi). Raspberry Frap menggunakan ceri yang telah dicampur alkohol & tiramisu mengandungi RUM.
Hah…!!! Terkejut mak…(pinjam dialog Azwan Ali) terkejut jugak aku! Biar betul datuk! Aku makan babi la jawabnya…??? Weeekkk….
Ha cari punya cari, dapat jumpa la kat satu blog tu, ha…tu kat bawah tu yang aku jumpa, hai lega sikit, kan betul aku cakap daripada tadi, ada logo HALAL kat kedai STARBUCKS tu, alhamdullillah HALAL la tu jawabnya. JAKIM yang jawab tu, buka artis Malaysia.
Tarikh Aduan:
28/04/2008 - 11:16:52
Jawapan :
Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal. JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih
Jadi, dapatlah dibuat kesimpulan oleh aku, yang STARBUCKS tu HALAL, di Malaysia la menurut JAKIM tu. Dan air kopi yang aku minum tu, aku minum kopi je, bukan dengan tulang babi.
Kalau aku tahu betul ada TULANG BABI baik aku makan TULANG AYAM PAHA. Biar baloh gaduh dengan Sam. Huhu
Tapi susah la nak minum lagi, sebab mahal, aku pun tak rasa teringin nak minum lagi pun. Beli air STARBUCKS segelas, boleh makan nasi kat cafe IK di USM dua hari sekali dengan air milo bean lagi. Tu pun masih ada lagi baki. Huhu.
Anda yang dah biasa dengan STARBUCKS pasti tahu kan maksud aku? Pasti tahu harganya. Pasti kata aku kolot. Tapi ikut aku la, kau ada duit banyak, kau beli la. Aku ada duit, baik aku menabung buh dalam celeng daripada gelas kertas STARBUCKS yang aku buat tu.

So...minumlah susu ibu bagi bayi yang sedang menyusu...hehehehehe...(lari topik terus)

Notatapakkaki :- kalau kat kg., STARBUCKS nie kedai kopi Pok Mat dalam parit air je.

Nur Faisal
22 April 2011

2 comments:

nurul asyikin said...

haha..lcu la entri ni..fuhhh nsb bek halal.....xleh blah la ayt yg kta pengesahan halal bkn mai dr artis..huhu

Nur Faisal said...

nurul asyikin,
ha a nasib baik la halal. blh la minum kalau berkemampuan. hehe...tu ayat mahal tu.

Nur Faisal

 
;