WANITA DAN PUTERI UMNO HALALKAN BABI?
Written by Admin
Tuesday, 26 April 2011 12:16
Written by Admin
Tuesday, 26 April 2011 12:16
Oleh: SURIATI MAHMUD
UMAT Islam di Sabah kesal dengan sikap Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO di Sabah yang membiarkan wanita Islam, terutama di bawah umur bekerja di Restoran Cina dipaksa majikan memegang, memasak dan diberi makan makanan yang tidak halal.
Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendedahkan demikian setelah bosan dengan sikap Wanita dan Puteri UMNO yang gagal membantu menyelesaikan kemelut perempuan Islam yang bekerja di restoran Cina kerana terus dirantai kemiskinan.
“Mereka bukan sahaja dipaksa memegang, memasak babi, malah diberi makanan yang tidak halal ketika bekerja di restoran. Kita menasihati pekerja berkenaan mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Wanita serta Puteri UMNO; tetapi tiada sebarang tindak balas daripada institusi berkenaan,” ujar Zainuddin yang memaklumkan pihaknya telah menghantar surat aduan rasmi kepada JHEAINS dan JAKIM.
Kata Zainuddin, isu ini bukan sahaja berlaku di Sandakan, berlaku di seluruh Sabah tetapi paling ketara di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.
“Kebanyakan mereka merupakan pemegang IMM13 dan ramai yang telah mendapat MyPR dan MyKad Malaysia yang diberikan kepada mereka melalui sindiket IC Projek sedikit masa lalu; tetapi isu penting di sini mereka beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah ahli Wanita dan Puteri UMNO,” tegas Zainuddin yang kesal kerana tauke kedai tidak prihatin dengan pantang larang penganut agama Islam dan membayar gaji yang terlalu rendah antara RM150 hingga RM300 sebulan.
sumber : [klik di sini]
Aku :
Ya Allah, sampai begitu sekali jadinya. Kesian tengok. Sampai kena makan dan masak babi.
Tapi ini laporan melibatkan politik. Apa salahnya yang melaporkan membantu. Sebab mereka sudah tahu. Ini mahu memberitahu. Menjatuhkan pihak lawan. Yang diberitahu pun entah pasti mengetahui atau tidak. Tapi yang menjadi mangsa, rakyat.
Kan elok berjuta-juta duit yang hilang dibaham penyangak-penyangak 'pembantu rakyat' dijadikan hab menjana pendapatan kepada rakyat yang memerlukan???
Kesian tengok.
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia pun lebih.
notatapakkaki :- setahu aku rakyat Kelantan yang dikatakan mundur oleh pegawai besarnya sendiri tidak sampai begini rupanya untuk mendapatkan makan sesuap nasi.
1 comment:
aku tak tau la siapa yang buat gambar ni. tapi ni satu fitnah terang². gambar kepala babi dengan gambar asal tak match (warna), potongan kepala babi smooth sampai kat telinga babi tu bole jadi transparent sikit. the heck telinga boleh see tru ibu jari? isi dalam apa talam/besen tu macam isi ayam. halahai... cari la yg power sikit kalau nak buat fintah pun.
Post a Comment