Wednesday, April 20, 2011

Video TRIO Pak Teh

     Ha... hai berjumpa lagi untuk kesekian kalinya, walau pun kita tidak bersua muka, hanya bersua hati. Eh...hati? hehe, tak la, bersua pada tulisan-tulisan pada blog ini.
Hatiku telah dimiliki, acecece... (macam lirik lagu la pulak)
     Hai lari tajuk selalu (sokmo orang kelantan cakap). Aik...! kan selalu tu pun orang Kelantan punya loghat jugak tak? hehe, tu loghat membuatkan orang luar... fening-fening jadinya. Selalu tu maksudnya sentiasa la bro(boy) & bre(girl).
     Kalian, kali ini buka puisi yang mahu dikongsi, tapi video, bukan Trio Datuk,* tapi video anak buah aku sendiri. Budak-budak. Anak buah aku nie umur darjah satu, umur berapa ek? malas pulak nak kira. Lama dah tinggal sekolah rendah. Ha... 7 tahun. (kupaksa jugak otakku congok (kira)).
     Nie dikatakan perkembangan bahasa dan pertuturan la. Sebab, budak-budak nie, pada waktu umur begini la mula bersosial dan membentuk komunikasi dengan rakan sebaya dan terus dapat petah berkata-kata. Dengan keyakinan yang tinggi, mereka akan cepat mendapat kemahiran berbahasa. Dan hasilnya, jadi bobel macam anak buah aku tu la.

notatapakkaki : anak buah aku yang kena cekik tu takut benar kat aku, sebab aku pakai spek...huhu, kesian aku.

Nur Faisal
20 April 2011







No comments: