Wednesday, April 6, 2011

Ulasan Anak Belantara Tropika.

Novel yang diterbit pada tahun 1992, cetakan pertama. Kalau edisi keduanya sudah ditukar tajuk pada Anak Belantara. Aku kira ini kisah benar yang berlaku diceruk pedalaman Baram, iaitu di perkampungan Uma Bawang. Nama pun pelik, hehe. Tapi bukan di pedalaman tu je ada nama pelik, kalau kat kedah area jitra tak silap aku, ada satu kampung namanya kampung Suka Menanti. Hehe. Boleh jadi orang kampung tu penyabar semuanya, sebab memang hard core suka menanti. Aku tahu pun masa aku ke Changloon dari Yan menaiki motor. Takde pung**** beb, dua jam nonstop duk atas motor. Ha lari tajuk dah! Melarat kalau dibiarkan...Ada satu tempat lagi nama Janda Baik, kat Pahang. Tempat semua perempuan dicerai dan kematian suami. (tekaan je).
Jadi kalau Uma Bawang tu jangan pelik la ye. Yang perlu dipelikkan adalah peristiwa yang berlaku di Uma Bawang seperti mana yang berlaku dalam novel Anak Belantara Tropika ini. Watak utama novel ini ialah Uloi Jau, anaknya Imang Jau dan abangnya Obong Jau. Bukan Jauhari yang tak kenal manikam, tapi Jau je.
Kisahnya kawasan hutan hujan tropika di kawasan Baram dan Marudi khususnya dan lain-lain kawasan sekitarnya sudah dimamah oleh pembalakan haram yang berlesen. Aik? Kata berlesen, apa yang haramnya? Ya ke tak hang nie?
Betui la... memang pakai lesen, tapi yang beri lesen tu bukan penduduk desa yang hutan tropika tanah adat pusaka mereka dirampas. Sepatutunya merekalah yang berhak ke atas tanah hutan itu. Lagi, pembalakan itu dikatakan haram kerana yang mendapat lesen tidak membalak seperti yang ditetapkan oleh si pemberi lesen, iaitu kerajaan. Kompeni yang bersalah wewenang melakukan pembalakan haram.
Banyak kemusnahan telah berlaku dalm hutan hujan tropika itu, termasuklah pokok-pokok balak yang telah beratus-ratus usianya telah rebah menyembam bumi, kawasan hutan yang pada dengan balak telah menjadi padang bola tanah merah yang dipenuhi dengan selut dan tidak lagi menjadi kawasan tadahan hujan, sungai yang menjadi sumber minum mandi pakai penduduk telah tercemar. Apa semua ini??? Yang paling berat ialah, sumber rezeki penduduk kampung yang bergantung pada hasil pemburuan dan makanan telah tiada. Binatang termasuk kijang babi telah lari ke tempat lain kerana kawasan hutan tempat pembalakan sudah tidak selamat.
Jika semua ini tiada dan musnah, bermakna penduduk Uma Bawang diancam dan terancam.
Uloi yang pernah berhijrah ke semenanjung telah belajar daripada kerancakan kehidupan belantara telah mencapai tingkat kesedaran untuk menentang daripada Pak Halim dan Jalaluddin di kota kalut Kuala Lumpur. Peristiwa penentangan pengambilam tanah kawasan setinggan yang telah dijanjikan menjadi hak milik penduduk telah dicabuli oleh pihak yang berjanji ketika pilihanraya.
Bertitik tolak daripada kurang ajar dan keberanian Pak Halim dan Jalaluddin dan penduduk kampung Janji Manis telah membuatkan Uloi mendapat nafas baru untuk menentang pencerobohan hutan dara dan tua di kawasan perkampungan yang ceroboh oleh pihak kompeni dan penghulu. Penghulu???
Bukankah kalau suku kaum kat Serawak atau mana-mana tempat penghulu adalah pihak yang menjadi kepala menentang pencerobohan atau yang menggugat anak buahnya? Tapi dalam Anak Belantara Tropika tidak terjadi sedemikian! Tidak sama sekali! Penghulu Ngau Wan lebih memihak pada kompeni yang pada aku telah ‘dibayar’ sehinggakan kawasan hutan tanah adat pusaka mereka diceroboh pun beliau masih lagi menyebelahi kompeni yang menyalahkan anak buahnya kerana menyekat kerja penebangan balak oleh kompeni.
Dari mula nama Ngau Wan muncul pada muka surat 137, sudah terpacak satu simbolik pada watak penghulu ini. Dan sehinggalah tamat pembacaan aku, aku gariskan pada namanya. Selepas menutup novel itu aku mula berfikir, siapa dan kenapa nama Ngau Wan digariskan sedemikian oleh penulis. Aku mula membandingkan dengan alam realiti. Dan sah! Sah pada fikiran aku yang pendek ini, Ngau Wan sememangnya melambangkan seorang Ketua Besar di Sarawak yang menggadaikan maruahnya untuk kompeni pembalakan dan menindas penduduknya sendiri. Dan beliau selesa dengan pemerolehan yang diumpankan kepadanya. Jahil!
Novel ini diakhiri dengan peristiwa tragis apabila hampir seluruh penduduk kampung Uma Bawang yang bersatu membuat benteng supaya pihak kompeni tidak boleh memasuki kawasan pembalakan untuk tujuan menebang sebatang pokok Giam yang sama jenis menimpa dan membunuh Obong Jau yang sedang memasang jerat pelanduk.
Pokok Giam yang tinggi gagah lurus itu adalah perlambangan kepada kegagahan dan keberanian Uloi dan penduduk kampung penentang pembalakan haram oleh pihak kompeni. Dan pihak mahkamah juga telah memutuskan Uloi, Paran dan Jali tidak bersalah atas tuduhan membuat benteng ke kawasan pembalakan dan Lim tauke pembalakan itu terpaksa akur dengan keputusan Anak Belantara Tropika.
Yang aku dapat tengok juga ialah, penindasan kuasa besar pada penduduk yang daif dan tidak mengambil tahu tentan dunia luar, tapi kisah dengan hutan tanah adat pusaka mereka. Penindasan ini berlaku secara berleluasa dan hanya bermotifkan keuntungan semata-mata. Ketidakbertanggungjawaban pihak yang sepatutnya memihak tidak berlaku, tetapi banyak membunuh.
Selain itu, pada aku, cadangan untuk novel ini ialah, perlu dihabiskan atau dileraikan kisah penduduk kampung Janji Manis, Pak Halim, Jalaluddin, Mariam, dan Zakiah di Kuala Lumpur kota kalut. Kerana kisah mereka tiada penghujungnya.
Sekian...
(terasa serius pulak pada ulasan ini, hehe)
Nur Faisal
06 April 11

No comments: