Nyawa hanya berharga RM150.
Sangat murah dan amat jijik nyawa manusia di mata manusia.
Pada Ahad yang
lepas, aku berada dikampung untuk hantar Cik balik kampung lepas konvokesyen si
USM. Aku balik kampung pada hari sabtu, dan pada hari ahad, aku dalam
perjalanan ke Lati. Lepas selekoh jalan BSN Pasir Mas, aku mula memecut, untuk
mempercepatkan perjalanan aku yang mengejar masa.
Sampai kat simpang
dekat Tabung Haji di Pasir Mas yang berhanpiran market Bilal. Ada la seekor
kancil nie yang dipandu oleh semanusia pak cik tu yang buta aku kira. Sudah la
keluar jalan besar, slow2 pulak tu macam itik pulang petang. Kalau betul2 itik
tak mengapa, aku pijak terus mampus itik itu.
Ini kereta kancil
yang dipandu oleh seekor pak cik! Tadi semanusia, ini dah seekor!
Pada masa itu, aku
nampak kereta tu keluar, aku yang tengah laju, tekan la hon moter,
peeeeeekkkkkkkk...... aku nampak betul2 nak langgar tengah kereta tu. Tapi nasib
aku baik. Aku mengelak sikit, nak aku rungkas (panjat) depan bumper kancil tu,
dan terseret dalam kadar jauh 10 meter kot... dalam 4-5 langkah gitu. Aku pun tak sempat nak ukur
sebab terkejut. Dan mana ada masa nak ukur, kereta pun banyak!
Lepas tu, aku terseret
macam filem Hantu Bonceng tu, yang part Zizan jatuh motor sebab hantu ada tepi
dia tu?ingat? Ha... macam gitu la aku jatuh motor!
Alhamdulilah aku hanya
luka di tapak tangan, dan ibu jari. Mungkin terheret masa pegang atas tar masa
terseret. Kesan di tapak tangan pun masih ada lagi! Kaki aku juga tercalar
sikit, dan nasib baik juga aku pakai seluar jeans, kalau tidak memang terlolos
habis betis aku di makan tar! Seluar jeans LOIS aku pun ada tercalar warna
sikit dimakan tar! (tu yang paling sedih, dah la baru beli)
Masa tu, aku bangun dan
cakap dengan sendiri Astagfirullah al-Azim dan Allahuakbar beberapa kali! Aku cuba
kawal marah aku. Aku tengok yang pandu kereta kancil adalah seekor pakcik! Jadi
walaupun dia yang salah, tidak salah bagi kita untuk bersabar!
Polis pun ada juga
masa itu! Polis pun ada bagi pilihan, untuk aku buat laporan kat Balai atau
settle sendiri kat situ! jadi aku ambil keputusan untuk settle kat situ aje. Aku
pun tak la luka mana. Alhamdulilah sangat2..
Pak cik tu kata selesai
lalu la dok. Berapa nak?..amboi3 sedap mulut je! Aku siap terseret atas jalan
raya, dia rilek je duk dalam kereta, salah dia, dia boleh main tanya nak
berapa.
Aku pun cakap,
pakcik nak bagi berapa. Dia pun kata bagi Rm100 la. Aku pun kata tu banyak juga
motor punoh, kena beki lagi. Dia pun kata kita pun tak dok pitis jugak. Pas tu
aku cakap, tak boleh, Polis pun cakap tu salah pak cik. Dia pun wat keluar la
duit Rm100 dan bagi kat aku.
Aku pun kata halal
nie pak cik duit nie. Dia pun cakap ya sambil angguk kepala.
Aku pegang motor dan
pijak kat pemijak kaki yang bengkok rapat di kulit enjin. Dan... patah! Aku pun
apa lagi... masa tu di adok tengok2 kereta dia yang tercalar dek cat motor aku.
Dan aku pun mintak RM50 lagi! Aku kata tu kalau setakat bengkok boleh lagi
betul2kan semula, nie dah patah kena beli lain dah nie!
Yang aku geramnya...
dia nak bagi Rm10! Naik angin la aku! Aku cakap eh tak boleh, tu patah tu kalau
bengkok tak apa lagi! Aku tegaskan suara aku! Sedap2 je nak bagi RM10! Ada apa
dengan RM10?beli top up habis licin! Beli ikan selayang pun dapat dua kilo je!
Dia pun keluarkan
RM50 dan bagi kata aku dengan muka nampak nak marah. Aku pun ambil je la, apa
aku peduli! Dah memang salah dia! Boleh jadi pengajaran pada dia dan aku!
Dia – pastikan tengok
kiri, kanan, dan kiri, dan kanan... dahulu sebelum melintas, dan bila keluar
tu, lajukan kereta itu, buka maca itik pulang petang!
Aku – bila naik
motor tu perlahan sikit, nak2 dekat ada simpang!
Aku pun start motor dan teruskan perjalanan ke Lati...
Notatapakaki : pastikan baca
doa kenderaan agar kecelakaan dielakkan dan kelukaan diatasi!
No comments:
Post a Comment