Tuesday, October 4, 2011

Nyawa = RM100

Nyawa hanya berharga RM100

.

Sangat murah dan amat jijik nyawa manusia di mata manusia.

Pada Ahad yang lepas, aku berada dikampung untuk hantar Cik balik kampung lepas konvokesyen si USM. Aku balik kampung pada hari sabtu, dan pada hari ahad, aku dalam perjalanan ke Lati. Lepas selekoh jalan BSN Pasir Mas, aku mula memecut, untuk mempercepatkan perjalanan aku yang mengejar masa.

Sampai kat simpang dekat Tabung Haji di Pasir Mas yang berhanpiran market Bilal. Ada la seekor kancil nie yang dipandu oleh semanusia pak cik tu yang buta aku kira. Sudah la keluar jalan besar, slow2 pulak tu macam itik pulang petang. Kalau betul2 itik tak mengapa, aku pijak terus mampus itik itu.

Ini kereta kancil yang dipandu oleh seekor pak cik! Tadi semanusia, ini dah seekor!

Pada masa itu, aku nampak kereta tu keluar, aku yang tengah laju, tekan la hon moter, peeeeeekkkkkkkk...... aku nampak betul2 nak langgar tengah kereta tu. Tapi nasib aku baik. Aku mengelak sikit, nak aku rungkas (panjat) depan bumper kancil tu, dan terseret dalam kadar jauh 10 meter kot... dalam 4-5 langkah gitu. Aku pun tak sempat nak ukur sebab terkejut. Dan mana ada masa nak ukur, kereta pun banyak!

Lepas tu, aku terseret macam filem Hantu Bonceng tu, yang part Zizan jatuh motor sebab hantu ada tepi dia tu?ingat? Ha... macam gitu la aku jatuh motor!

Alhamdulilah aku hanya luka di tapak tangan, dan ibu jari. Mungkin terheret masa pegang atas tar masa terseret. Kesan di tapak tangan pun masih ada lagi! Kaki aku juga tercalar sikit, dan nasib baik juga aku pakai seluar jeans, kalau tidak memang terlolos habis betis aku di makan tar! Seluar jeans LOIS aku pun ada tercalar warna sikit dimakan tar! (tu yang paling sedih, dah la baru beli)

Masa tu, aku bangun dan cakap dengan sendiri Astagfirullah al-Azim dan Allahuakbar beberapa kali! Aku cuba kawal marah aku. Aku tengok yang pandu kereta kancil adalah seekor pakcik! Jadi walaupun dia yang salah, tidak salah bagi kita untuk bersabar!

Polis pun ada juga masa itu! Polis pun ada bagi pilihan, untuk aku buat laporan kat Balai atau settle sendiri kat situ! jadi aku ambil keputusan untuk settle kat situ aje. Aku pun tak la luka mana. Alhamdulilah sangat2.

Pak cik tu kata selesai lalu la dok. Berapa nak?..amboi3 sedap mulut je! Aku siap terseret atas jalan raya, dia rilek je duk dalam kereta, salah dia, dia boleh main tanya nak berapa.

Aku pun cakap, pakcik nak bagi berapa. Dia pun kata bagi Rm100 la. Aku pun kata tu banyak juga motor punoh, kena beki lagi. Dia pun kata kita pun tak dok pitis jugak. Pas tu aku cakap, tak boleh, Polis pun cakap tu salah pak cik. Dia pun wat keluar la duit Rm100 dan bagi kat aku.

Aku pun kata halal nie pak cik duit nie. Dia pun cakap ya sambil angguk kepala.

Aku pegang motor dan pijak kat pemijak kaki yang bengkok rapat di kulit enjin. Dan... patah! Aku pun apa lagi... masa tu di adok tengok2 kereta dia yang tercalar dek cat motor aku. Dan aku pun mintak RM50 lagi! Aku kata tu kalau setakat bengkok boleh lagi betul2kan semula, nie dah patah kena beli lain dah nie!

Yang aku geramnya... dia nak bagi Rm10! Naik angin la aku! Aku cakap eh tak boleh, tu patah tu kalau bengkok tak apa lagi! Aku tegaskan suara aku! Sedap2 je nak bagi RM10! Ada apa dengan RM10?beli top up habis licin! Beli ikan selayang pun dapat dua kilo je!

Dia pun keluarkan RM50 dan bagi kata aku dengan muka nampak nak marah. Aku pun ambil je la, apa aku peduli! Dah memang salah dia! Boleh jadi pengajaran pada dia dan aku!

Dia – pastikan tengok kiri, kanan, dan kiri, dan kanan... dahulu sebelum melintas, dan bila keluar tu, lajukan kereta itu, buka maca itik pulang petang!

Aku – bila naik motor tu perlahan sikit, nak2 dekat ada simpang!

Aku pun start motor dan teruskan perjalanan ke Lati...

Notatapakaki : pastikan baca doa kenderaan agar kecelakaan dielakkan dan kelukaan diatasi!

No comments: