Wednesday, September 21, 2011

Arwah Azizi, Karyanya, dan AKU


          Malam tadi, aku ke tapak pesta konvo USM yang telah bermula. Konvokesyen untuk kali ke -44. Jadi adalah peniag2 yang berjual dan pelanggan yang membeli. Ada dalam banyak2 kedai tu, kedai menjual buku2, dan ada buku keluaran PTS.
PTS amat aku perhatikan buat masa sekarang…  aku menantikan novel terakhir beliau aku kira, kerana itu yang diterbitkan untuk kali terakhir. Kerana Ustaz Azizi telah pergi selamanya menemui penciptaNya.
Aku amat sayu dan pilu membaca tulisan2 kawan rapat beliau. Terutamanya yang bertajuk Azizi dalam kenangan, apakah ada anugerah ‘sasterawan rakyat’? oleh H Fansuri dalam www.detikdaily.net. Beliau memberitahu jasa2 Ustaz Azizi selama masa hayatnya.
Ada juga tulisan Dinsman yang menceritakan tentang Arwah Ustaz Azizi yang ‘tidak diendahkan’ oleh kerajaan PAS Kedah. Kalau zaman awal merdeka (kalau Malaysia betul2 dijajah), banyak sastera Melayu mempengaruhi rakyat untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah! Di Indonesia juga sama.
Tapi, bagi zaman ini, karya2 Azizi banyak sekali mempengaruhi pembaca. Terutama sekali aku. Kepayahan rakyat dengan kepolosan mereka yang tetap berusaha untuk hidup menerusi prinsip hidup yang tegar. Karya azizi juga banyak menyentuh tentang pentadbiran yang korap.
Aku barangkali tidak mengenali Azizi daripada dekat, tetapi, aku kenal Azizi daripada karya2 beliau. Harga Sebuah Maruah adalah novel pertama beliau yang aku baca. Itu pun berpunca daripada tugasan kursus Sastera. Aku yang ‘memaksa’ diri untuk merajinkan diri untuk membaca terkesan daripada karya beliau.
Selepas itu, novel Kawin-kawin, Buih, Suriati, Anak Belantara Tropika, dan Seorang Tua di kaki Gunung iaitu novel yang mengangkat nama Azizi di persada penulisan tanah air. Novel yang paling bertuah aku ialah novel Daerah Beta, kerana aku beli sendiri dari tangan beliau.
Novel Daerah Beta aku beli setelah aku emel dan hantar mesej serta talefon beliau untuk membeli novel itu. Dan ketika Azizi datang bercakap tentang novel Interlok di Pusat pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM itulah aku beli novel itu, berserta mendapatkan tandatangan beliau sekali.
Ketika itu juga aku mendapatkan autograph untuk novel Seorang Tua Di Kaki Gunung yang original punya. Azizi juga ada cakap, sekarang ramai orang yang cari novel itu, dan beliau terpaksa photostep kepada mereka yang mahu beli. Tapi aku dapat yang original punya. Amat bertuah rezeki aku.
Yang membuatkan aku rasa bangga juga, dalam page autograph tu, Azizi tulis ‘anakanda’!! Begitu mesra Azizi ‘merakyatkan’ dirinya untuk insan yang tidak pernah mengenalinya. Walhal juga, usia kami jauh berbeza, namun jurang usia itu disamaratakan oleh sikap Azizi yang rendah diri.
Semua novel2 beliau ada semua autograph beliau. Itu membuatkan aku bangga membaca novel2 beliau! Namun sekarang,novel terbaru beliau, Badai Cinta dan akan datang Mandala Dunia Kedua sudah pasti  tidak akan aku dapatkan lagi autograf beliau yang sangat2 berharga bagi aku!!!
Aku kiranya mahu lebih mendekati beliau, tetapi aku melepaskan peluang, beliau pernah menjemput aku ke pejabatnya di CAP belakang Masjid Negeri Penang. Cuma 3 kali aku pernah berjumpa beliau, itu pun dua kali ketika kongsi pengalaman beliau ketika menulis Harga Sebuah Maruah, dan sekali lagi membeli novel Daerah Beta di PPIK, USM. Itulah kali terakhir aku berjumpa belaiu. Selepas itu aku ada bercakap dengan beliau ketika beliau menanti untuk pembedahan jantung.
Selepas itu, ketika aku lepas ambil biri-biri bulan puasa lepas. Cik mesej yang Azizi sudah meninggal dunia! Berbaur perasaan aku. Aku baru mahu mengenali beliau, namun…
Aku sangat suka membaca karya Azizi kerana ketelitian beliau! Daripada sekecil-kecil perkara hinggakan sebesar-besar hal, Azizi kupas jalinaturkan dengan amat ‘mesra’. Sehinggakan sesuatu yang tidak ada perkataan untuk perkara diadakan oleh Azizi. (aku temui dalam novel Harga Sebuah Maruah).
Ustaz  Azizi juga sangat peka. Perkara yang terlepas pandang oleh kita, tetapi sesuatu yang amat bernilai oleh Azizi. Beliau boleh mengupas sesuatu itu dengan lengkap yang jarang aku temui. Contohnya dalam penulisan SN Abdullah Hussin.
Aku fikir, penulisan Azizi mencapai tahap penulisan SN Shahnon Ahmad! Azizi pernah cakap, “cikgu Shahnon kalau tulis pasal korek telinga pun boleh hingga jadi satu buku”.
Tema rakyat yang dibaca oleh Azizi yang memikat aku terus mencari karya beliau. Akan datang tidak tahulah akan ada atau tidak penggantinya…


Notatapakaki : al-Fatihah buat arwah Ustaz Azizi (guruku melalui tulisan)

No comments: