Monday, September 12, 2011

Tua Tak Sedar Diri

" PUTRAJAYA 12 Sept — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun."



tajuk di atas hanya sindiran semata-mata.

Ini sebahagian laporan di akhbar utusan hari ini.

Aku pikir, tapi baik "Lu Pikir La Sendiri", cam si Nabil tu kata.

Anda kan dah berpangkat tinggi, gaji pun dah banyak, hampir mau 30 tahun lebih dari mula bekerja hingga bersara (umur semasa), sudah dapat kehidupan. Sudah ada Gaji. Besar-besar pulak tu. 

Yang melopong!!!! 

Tunggu-tunggu kerja tak dapat.

Hantar permohonan kerja sepanjang masa, dipanggil temudaga, tunggu keputusan 3 bulan tak tiba jua.

Tak mahu menganggur terhormat, pi kerja kat pasaraya, nak bayar balik pinjaman PTPTN.

Yang dapat kerja!!! sedara2 mereka, waris2, sahabat handai!!!!

Mana mereka mahu bersara, kalau mahu masukkan sedara terdekat, saudara terjauh, jiran tetangga, sahabat handai dalam pekerjaan!!!! Tu yang tak mahu bersara awal tu.

Cukup-cukup la. Bersara la, bagi peluang kat muka baru, yang betul-betul baru, bukan yang 'kabel', kalau yang 'kabel' walhal pekerjaan takup tu aje.

Bersaralah...Makan pencen pula...

Yang Berharap
Penulis 

notatapakaki : kami akan menghargai jasa anda kepada Rakyat yang melarat...

1 comment:

Anonymous said...

ye betul. tua tak sedar diri macam nik aziz yg dah 80 tahun tak nak bersara dari jadi mb lagi.