Monday, September 12, 2011

Tanah Melayu Pusat Pelancongan 'penjajah'

Aku masih ingat lagi dulu, masa belajar sejarah sekolah menengah, sebab yang aku belajar sejarah di sekolah rendah dah pupus dalam ingatan. Cikgu sejarah pernah kata, kita MERDEKA pada 31 OGOS 1957. Hari sebelum tu, Tunku Abdul Rahman (TAR) berarak di MELAKA selepas membawa khabar gembira British mahu berikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. 

Lepas tu ada la dalam buku teks tu, gambar TAR menjulang tangannya, simbolik sambil melaungkan MERDEKA 7 kali. TU ada cakap dalam buku teks sejarah. Ada terdapat raja-raja Melayu dan pegawai-pegawai British duduk di kerusi melihat TAR 'berbuat sepertinya'.

Di London sebelum tu, angkatan TAR 'merayu' kepada British untuk memerdekakan Tanah Melayu. Baik pula Ratu Elizebeth (kalau ejaan loghat aku) bagi kemerdekaan kepada Tanah Melayu selepas mereka lunyai, jijok, jek, pulas, perah, cincang2 dan segala perkataan seangkatan denganya.

Rupa-rupanya.....

Semua itu bohong belaka.....

Eh! mana ada tipu, mana ada bohong.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Tu pantun amaran orang dulu-dulu.

Tapi tiada tipunya, mungkin British datang pun untuk 'melancong', jadi angkatan TAR pun pergi melancong balik. Malu mata juga kalau orang mai tempat kita, kita tak pi kat orang. 

Tetapi yang aku hairan!!! Kenapa setelah 54 tahun kita Merdeka, baru ada suara-suara mengatakan kita tidak pernah dijajah???

Pangkat tinggi-tinggi, Profesor, yang Emiritues (salah ejaan disengajakan), yang dato tan sri pun buat hal jugak! yang mantan pun bersuara!!! Sebulat suara pula Prof dan Tun ini, hari tu pasal apa entah (malas sebut perkara itu) si Tun marah kat si Prof, si Prof mengata kat si Tun. Bagus jugak ada tanda sepakat membawa berkat.

Ikutkan perjanjian Pangkor, betullah apa mereka cakap.Betul!!! Aku pun sokong! Tapi kalau tengok pada realiti, perjanjian itu tinggal perjanjian. 

Dalam buku sejarah pun ada cakap!BUKU TEKS SEJARAH!! Tanah Melayu dijajah dengan cara British membawa masuk penasihat kepada raja-raja Melayu untuk tujuan menjajah! Tak Baca Buku Teks Sejarah ke mereka nie???

Ini la masalahnya kalau ilmu yang terlebih tinggi!!! Yang cincai2 diberi tipu kepada budak sekolah, yang kaw-kaw masuk mulut beribu-ribu sebulan pada mereka. Sudah fakta itu betul, lagi mahu diperbetulkan.

Kalau lagi betul tidak ada masalah, Lagi menyalahkan ada la!

Kalau betul Tanah Melayu tidak pernah dijajah, apa yang terjadi pada 1511 - 1957 ? Musim mengawan barangkali...

notatapakaki : mungkin lepas ini akan ada suara mengatakan "Tanah Melayu dijajah oleh orang Melayu sendiri"

No comments: