Saturday, October 8, 2011



Alhamdulillah, semalam Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak selamat membentangkan bajet 2012. Banyaklah perkara2 baru terjadi dan dilipat gandakan. Yang untung dan sentiasa tersenyum tidak lain tidak bukan, penjawat awam. 
 
Penjawat awam, atau lebih dikenali kerja kerajaan adalah insan yang paling beruntung, kerana, Perdana Menteri ada cakap semalam merekalah yang membantu kerajaan dalam pentadbiran, dan perancakan pembangunan negara. Sangat beruntungnya mereka. Walaupun kerja kerajaan yang ada memihak parti pemerintah atau pembangkang, bila dapat habuan begitu, yang benci pun senyum, yang menyokong tu sama telah la.

Yang aku nak cakap nie, pelajar Universiti pun dapat habuan juga! Ini yang aku nak dengar, rezeki katakan, 

Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.” Tu aku petik daripada akhbar utusan hari ini.

Yang aku nie pelajar universiti, aku pasti akan menunggu habuan yang telah dijanjikan itu, RM200 baucar buku. Aku pasti akan menantinya. Atau ini hanya untuk pelajar baru??? Zalimlah kerajaan, aku pasti akan sokong pembangkang!!!

Pada aku, biasanya orang atasan sentiasa cakap3, akan beri itu beri ini. Mereka sudah memberikannya. Tapi yang menyedihkan ialah, orang2 bawahan! Orang bawahanlah yang korap!! Atau lebih sesuai dikatakn, lebih sudu dari kuah! Bantuan dan segala macam yang dijanjikan oleh orang atasan seperti Perdana Menteri melimpah ruah. Kalau betul seperti yang diberikan sejujurnya kepada rakyat, rakyat sudah boleh mendabik dada senang hati dengan pemerintahan dan pentadbiran BN. Tapi ini yang berlaku sebaliknya.

Itulah sebabnya sudah 20 tahun lebih BN tidak boleh menang dan menawan kembali Kelantan daripada kerajaan PAS. Kalau lihat pada pentadbiran Perdana Menteri, dan sejujurnya habuan dijanjikan diberikan, aku pasti, Kelantan boleh ditawan oleh UMNO untuk pilihanraya tahun ini.

Biarlah ada yang mengatakan bajet kali ini lebih kepada bajet umpan pilihanraya, bukannya bajet membangunkan negara, tapi kalau rakyat mendapat kesenangan, kami rakyat menerimanya denga hati yang terbuka.

Kadar kenaikan pangkat guru juga membuatkan guru2 tersenyum, daripada dahulu 10 tahun perkhidmatan baru boleh naik pangkat, sekrang diturunkan kepada 8 tahun. jadi ramailah guru2 akan tersenyum…

Ini yang buat aku tak sabar nak habis belajar dan posting awal2.haha.

Apa2 pun, orang atasan perlu sentiasa memantau perkembangan dan perjalanan agihan bajet 2012 berjalan dengan tertib dan adil!!

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2012 hari ini mengumumkan pembinaan lebih 75,000 unit PPR di bawah RMK-10; pembinaan Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan Syarikat Perumahan Negara Berhad”

Ini satu lagi, yang banyak dikorapkan oleh orang2 bawahan, kat kampung aku banyak sangat rumah PPR yang diselewengkan oleh pihak pentadbiran bawahan UMNO! Ada tu, orang dah kaya, tapi diberikan juga rumah tu, lepas tu sekarang rumah PPR yang dibina dijadikan dapur oleh orang tu. 

Jadi? Mana miskinnya orang itu. Orang itu mendapat rumah itu sebab dia baik dan bersaudara dengan ADUN Pengkalan Pasir yang menang ketika pilihanraya kecil tapi kalah kepada PAS ketika pilihanraya umum. Itu telah membuktikan beliau tidak ikhlas bekerja untuk rakyat, oleh sebab itu rakyat tidak mahu dia jadi ADUN.

Kalau sekali lagi UMNO meletakkan belas ADUN tu sebagai calon di Pengkalan Pasir, alamatnya kalah lagi la UMNO. Aku dapat jamin!!!

Notatapakaki : tak sabar menunggu pilihanraya umum akan datang, ura2nya sudah ada!!

No comments: