Wednesday, April 6, 2011

Mata malam

Malam
Bintang hilang
Bulan dicuri malam
Malam sungguh kelam

Lengang
Tiada cengkerik melalak
Cengkerik menjadi bisu tak tentu
Burung hantu lama mati

Sepi
Tiada angin menderu
Tiada awan berlari
Tiada cahaya menyelerak

Semua hilang
Ditelan malam
atau
Mata yang dipejam
Mata menjadi punca malam
Mata itu buta
Kerana malam itu kelam.













Nur Faisal
April 2011

No comments: