Wednesday, April 20, 2011

Aku Seorang VIP

Jabatan keselamatan...

Wow... gah rasa... rasa didampingi macam VIP (very important person). Yihaaaa.... aku nak duduk. Nak berdiri. Nak berjalan. Nak tidur lagi la senang hati. Nak menerap. Nak berguling. Nak luncur ais apatah lagi. Senang gumbira rasa hati. Ada pengawal keselamatan. Ada Jabatan Keselamatan.
Eh...? kenapa penyambung palam pencucuh (plat) motor aku tak ada nie? Sape yang bintang sial celaka yang curi...!!! sape yang gila sangat kat wayar penyambung plat tu?? Ala menda gitu pun nak curi...??? nak makan ke apa?
Sial betul...!!! dengan kekecewaan dengan pentadbiran dan karenah birokrasi yang korup aku mencatat kat sini. Ya! Kat sini. Blog aku sendiri. Pergi ke jabatan keselamatan US*, hampir sejam lamanya laporan diambil! Aku nak lapor penyambung plat aku yang hilang dicuri oleh si sial je...! tak kan sampai dekat sejam??? Gila kerja betul...macam nak siasat kes aku rasuah curi duit rakyat pulak!
Dari jam 9:10 pagi, aku ke jabatan keselamatan. Mula-mula berjumpa dengan sorang guard (pengawal keselamatan) nie. Aku cakap la nak buat laporan penyambung plat aku hilang kena curi. Dia pun tanya la serba sedikit. Aku dengan tenang fikir, “prihatin jugak jabatan kebentapan nie.”  Eh tersilap luah kemarahan pulak. Maap ye.

Sambung...




   
Selepas tu, guard tu gi tekan-tekan komputer, pah tu panggil aku suruh isikan maklumat diri dan laporan yang aku ingin lapor. Eh? “kan tu kerja dia,” ya kerja dia. Tapi dia ‘sibuk’. Jabatan Kesibukan katakan. Aku pun isi la dengan perasaan maklumat laporan lebih senang aku yang luahkan daripada mereka dengar aku cakap dan misunderstanding pulak. Dan memang dan mis dah pun...!

Kenapa?

Rupanya komputer tu isi laporan yang zaman dinasour punya! Pah tu, ada guard lain pula cakap. Kena guna komputer nie, sambil tunjuk komputer sebelah kanan kaunter Jabatan Kebentapan tu. (kali kedua cakap dah kira halal). Pah tu ada guard tu isi-isi la, yang guard nie ok sikit, rajin dan tak ‘sibuk’ macam yang tadi. Aku bagi kad matrik dan i/c je, pah tu pepandai la ye. Aku pun dah malas...! aku benci pentadbiran yang korup!
Aku ingatkan dah tamat sakat dia je. Masalahnya sistem tu baru. Ada orang lain pula yang datang tolong. Bukan sekali, tapi 4 5 kali mai tolong buat. Pah tu pandai pula cakap ;

maaf ya dik, gini la sistem down.”

Eh-eh... oooo aku jawab, tanda layan je...

Biar rasa nak ambik mouse dan keyboard tu nak buat sendiri.

Dah tu, bukan takat yang dua orang guard mai buat. Mai pula dia punya bos aku kira. Sebab dia pakai kameja biasa. Kalau guard rendah tentu pakai uniform guard kan. Dia pun buat-buat la. Masuk-masuk maklumat apa-apa semua. Pah tu boleh submit la.
Aku masa tu tak duk kat mereka dah. Malas. Sambil fikir “nyesal pula mai report, ingat lagi senang, tapi lagi menyusahkan, ambik tindakan tak tau la. Patut pun ramai yang hilang barang sikit-sikit tak mai buat report pun.” Aku mengeluh dalam hati, sambil masa tu la aku ambik gambar-gambar dengan kamera fon. (resolusi baik apa gambar kamera aku).
Hajat nak balik dah. Tapi, ada salah lagi. Sepatutunya laporan aku dimasukkan dalam sistem yang 3K (kecurian, kemalangan, kecurian). Tapi yang tadi punya laporan masuk dalam aduan. Pegawainya yang bagitahu. PEGAWAINYA...! tu pegawai tu, kalau anak buah tak tahu la. Pakai K.O. Terus!!!
Duk main kongkalingkong situ je. Dia nak isi semula dalam sistem 3K tu. Pah tu dia isi la, than, dia back kat kolum aduan untuk copy anda paste laporan aku tulis. Ok la boleh. Tapi bila dia back balik ke page 3K tu. Semua yang dia dah isi, lost, sebab tak save sebelum nie.
Aduiiii......... aku janji...! aku janji tak kan bagitau ini di Jabatan Keselamatan mana. Aku tak bagitahu! Sumpah makan sate 30 cucuk bak kata P.Ramlee dalam cerita Madu Tiga. Kan bagitahu jatuh la maruah depa. Jabatan dalam U. Tapi penggunaan sistem macam budak kat sekolah pendalaman. Tu la pasal, asyik tahu pegang wokie talkie je. Yang tu mahir sangat.
gini la dik kalau sistem, tambah-tambah nie sistem baru.”
Lainlah... sistem orang yang buat ok dah, kalau tak ok lagu mana boleh lulus untuk Jabatan Kebentapan guna! Sistem yang masalah ke? Engkau guard yang masalah? Selalu je salahkan sistem! Ayat zaman teknologi maklumat. Meluat dengar! Jenis manusia yang ego! Tak mahu mengaku salah sendiri! 

Kan kau orang! Manusia! Sistem tu kau yang buat. Jadi kau kena tahu la...!

Maap. Ini catatan mengkritik pentadbiran yang korup!

Pah tu, siap la report aku buat, masa nak balik tu, mereka cakap la nanti Unit Khas akan ambil tindakan.. Alhamdulillah la gitu. Yang rasa tak puas hatinya. Mereka cakap, sekor tu la tanya sekor lagi. 

“apa sebenarnya hilang.” 

“ala tu je, wayar penyambung plat tu je.”

Memang sial guard pun. Perkataan ‘ala’ dan ‘je’ tu membuatkan aku tak puas hati. Dan aku pun cakap ok takpe la gitu. Terima kasih la. Dan terus keluar. Hampir sejam aku kat situ. Dari jam 9:10 pagi sampai aku keluar 9:50, yang ada hanyalah memenuhi ruang laporan mereka je. Habuk pun tara! Kalau betul ambil tindakan alhamdulillah la.
Aku pun tak hingin dan tak fikir pun akan dapat balik menda tu. Dah kena curi. Orang yang mencuri tu pun sememangnya betul-betul nak curi. Kalau tidak tak kan motor aku yang parking rapat dengan dinding pun dialih dan dicuri wayar penyambung plat tu.
Cuma, laporan aku buat tu supaya mereka (jabatan Kelembapan) tu ambil tindakan dengan letak CCTV banyak sikit. Pah tu buat pemantauan. Pintu utama tu, tutup dan buka hanya untuk pelajar U sahaja dan buat pemeriksaan selalu. Nie tidak, buka je, sampai ada orang luar pun boleh masuk. Sekarang pun ada pelajar kolej komuniti Balik Pulau tinggal kat asrama aku duduk. Keselamatan down terus! Sampai pelajar tu boleh bawa motor keluar masuk keluar masuk. Mana autoriti kami sebagai pelajar U yang sah!
Tapi aku tak tuduh mereka yang curi, tidak sama sekali. Tapi yang aku tekankan, buat la pemantauan betul-betul. Nie tidak, ada sekor guard tu, orang balik masjid hari Jumaat pun tutup jugak gate nak masuk ke asrama. Gila ke apa? Orang gi masjid mana bawa kad matrik! Tapi ada jugak dia buka gate tu. Tapi time tak ada apa-apa aral. Dia akan buka la. Nana betul.
Dan apabila balik ke asrama aku, aku berhajat la nak gi tengok rakaman CCTV yang dipasangkan betul-betul mengadap motor tempat aku parking semalam. Memang betul-betul arah motor aku. Tapi, kerani tu pulak cakap, CCTV tu bukan mengarah kat parking motor situ. Habis untuk apa CCTV tu, beli yang murah ke apa? Boleh fokus satu tempat je. Ke CCTV beli pasar malam?
Dah! Tutup! Yang hilang kena curi tu kira tak ada rezeki la. Lets gone by gone. Yang aku tuntut! Tak kan berlaku lagi selepas ini. Biar barang yang dicuri tu ala atau je. Tapi keselamatan telah tidak aman lagi dan terancam! Aku pun tak mau fikir dah. Aku pun dah beli yang lain. RM5 jugak yang si sial guard tu cakap ‘ala’ dan ‘je’ tu. Kalau ala dan je tu, barang harga 10sen boleh tahan kira.
Malulah kalau jabatan keselamatan. Tapi US* tak selamat 100%. baik buat tanaman hidroponik kat dalam jabatan tu, boleh juga buat makan dan jana pendapatan. Kan pertanian itu perniagaan sekarang.

Aku menentang pentadbiran yang korup...!!!

Dah3. Kerja3. Kan anda sibuk kan.

Sekarang...! aku dah mula merasai aku memang VIP. Mean? Very Idiot Person. Huhu. (gelaran nie aku dapat sama masa tingkatan 4 kelas Sains. Kami semua pelajar lelaki dapat title VIP nie. Tapi sains SPM aku membuatkan cikgu tu cakap.....)

“Aik...? dah habis?”

“Iye la habis dah. Kenapa?”

“Eh tak kan situ je? Nak dengar lagi cerita kau!”

“Cerita apa?”

“Tu yang kau jadi VIP dan apa cikgu tu cakap?”

“Ooooooo.........”

“Apa oooo? Cakap, cakap tu x!”

“Hai marah...”

“Ok, aku dan kawan dapat title tu sebab tak pandai masa tingkatan 4 sains. Ph tu...aku malas menulis lagi....”

Bersambung......

“eeeeeeeeeeeeeee.........!”

Nur Faisal
20 April 2011

No comments: