Tuesday, April 5, 2011

Ustaz Azizi


Petang tadi aku sempat call ustaz Azizi (Azizi Hj. Abdullah) bertanyakan khabarnya. Dia cakap, sekarang sudah lebih seminggu dah masuk wad, unit jantung. Pada 25hb Mac lagi. Masa tu jadi sukar nak bernafas. Dan terus dia pi check kat hospital. Dan doktar kata ada paru-paru berair. Dan berlaku saluran darah tersumbat. Doktor pun tak bagi balik, dan perlu buat pembedahan segera.
Apa tu saluran darah tersumbat? Jadi aku try surf internet la cari maklumat sikit, nie aku dapat : pembedahan pintasan jantung sebagai satu proses pintas bagi memulihkan pengaliran darah ke bahagian jantung. (klik di sini untuk selanjutnya)
Jadi bermakna, saluran arteri jantung sifu aku tu tersumbat. Dia pun ada cakap dulu pernah masuk wad sebab jantung jugak, lepas tu elok. Nie kena lagi. Tapi dia pun sempat lagi berlawak, dia kata dah nak kena macam nie nak buat lagu mana, fikir-fikir orang lain lebih lagi kan. Hai sedang sakit pun sempat lagi melawak.



Sepatutnya esok pembedahan pintasan tu, tapi ada masalah teknikal, doktar kata kena tunda ke dua tiga hari lagi. Dengar suara macam ustaz puas dah dok kat wad. Dia pun meminta aku untuk doakan dia selamat jalani pembedahan tu.
Jadi, aku meminta la sesiapa yang singgah ke blog aku nie untuk sama-sama berdoa untuk keselamatan dan kesihatan Ustaz Azizi. Semoga ustaz cepat sembuh dan sihat dengan selamat dan dapat kembali menulis.
Aku memang sedih dan terkejut la. Semoga Allah SWT permudahkan urusan pembedahan tu dan ustaz dapat kembali sihat seperti sedia kala.




Nur Faisal
05 April 2011

No comments: