Thursday, April 21, 2011

Biarkan Mereka Menyanyi


Gym terbuka
Halaman cinta USM

Dilauti anak-anak Siam
Berasal dari negara jiran
Kelakuannya bukan kepalang

Anak Siam
Kamu menziarah ke bumi Mutiara
Salju yang sangat damai
Dari sahara yang membakar

Anak Siam
Kamu semua melompat riang
Bermain bergurau berjenaka
Sayang
Aku tak faham sepatah haram
Tutur kata bahasa hatimu
Yang dipancarkan oleh kegembiraan

Woi...balik la!
Sangat keras jerkahan itu
Tapi diserap ditempis angin lalu
Jerkahan mahasiswa kepada anak Siam
Tidak sampai ke pangkal otak mereka
Yang sedang melompat riang

Anak Siam
Kita bersaudara
Aku juga dari seberang
Darah Siam dialur uratmu
Juga mengalir dalam pembuluh jantungku

Woi... woi...
Mahasiswa kedepan otak kejang
Kamu tidak mengerti hakikat gembira
Anak Siam
Masih bersenda bergurau riang
Melompat ke kiri ke kanan
Berkek...kek...
Tapi sayang
Bahasa tutur hatimu
Mereka tak faham

Anak Siam
Di sini kamu mengenal kebebasan dan erti hidup
Dari cengkaman penjajah pemerintah
Di sini kamu boleh memanjat bukit
Tanpa ditarik kaki belakang
Tanpa benteng halangan kawat berduri
Tanpa duri-duri darah tajam

Anak Siam
Tekadkan pendakianmu di sini
Kerana
Di sana pisau halus diktator menunggumu

Aku,
Biarkan mereka bernyanyi memecah alam
Kerana di sana
Peluru gila mencari habuan.
Nur Faisal
20 April 2011

No comments: