Alhamdulillah...
Anda nampak pada gambar di atas?
Batang sad’ belakang motor aku yang tidak berskru.
Haaa... aku sangat bersyukur pada Allah SWT.
Hampir pengsan aku bila masa ride, aku tengok-tengok intai la kat break belakang, dan tak semena-mena kau ternampak yang batang sad’ tu yang tak berskru... Masa tu kat USM dah la, keluar makan petang.
Allah, seriau jadi salur darah jantung, rasa nak pecah paru-paru, pucat lesi rasa. Allahuakbar, Allah masih menjaga aku tanpa mahu aku tercedera. Alhamdulillah... kalau tak tak tahu nak kata la tadi.
Aku jam 1:50 pm - 2:50 pm, dari Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah. Atas highways, lepas tol Sungai Dua, naik jambatan Penang. Sampai USM dengan selamat. Dengan keadaan sad’ belakang motor aku yang tak berskru.
ALHAMDULILLAH...
Berkat doa naik kenderaan, bila ingat ALLAH, maka ALLAH akan ingat pada kita.
Nur Faisal
2 April 2011
Opss...: lepas tu kena ‘nasihat’ ko Sam. Hehe. alikatonaksamah (arigatorkosaimas- jepun punya terima kasih da...)
No comments:
Post a Comment