Novel Harga Sebuah Maruah merupakan novel pertama yang aku baca. Permulaan aku memupuk minat atau lebih tepat aku rasa pemaksaan diri untuk minat membaca. Sebabnya mudah, masa aku tahun satu semester ada pensyarah aku cakap dia masa belajar kat USM buat ijazah dia akan spend duit dalam RM200 untuk beli buku, walaupun tidak digunakan tetapi dia baca. Tujuannya ialah untuk pupuk minat anak dia akan datang untuk minat membaca.
Aku pun jadi terkesan la dengan kata-kata dia. Aku yang liat macam ulat tua malas membaca jadi berfikir. Kalau aku malas membaca, macam mana generasi aku akan datang untuk aku pupuk minat mereka untuk membaca, padahal aku sendiri tidak minat untuk membaca. Pepatah Inggeris pernah berkata, like father like son. Pepatah Melayu ada, lagi hebat, bapak borek anak rintik. Jadi tak hairan la orang Cina berpusu-pusu membaca anak mereka ke kedai buku untuk mereka menemani anak mereka membaca dan mereka juga sama membaca.
Ha jadi, maknanya, jika kepala bapak tu penjahat kaki lebong (penipu besar dalam loghat Terengganu), jadi tidak mustahil anaknya juga akan mengikuti jejak langkah kepala bapaknya. Sama la juga kalau kepala bapak tak minat membaca, jadi anaknya juga akan tiada terus minat untuk membaca. Seram betul. Macam mana ek kalau kepala bapak tu pemakan harta rakyat atau kaki rockers? Jangan salahkan sistem pendidikan ye. hehe.
Dan selepas novel Harga Sebuah Maruah, novel tu aku baca lebih kepada untuk buat kerja kursus. Tapi itu permaksaan diri untuk membaca apa! Selepas itu aku memaksa meminati novel Laskar Pelangi, dan Kawin-kawin, dan seterusnya banyak lagi (walau hakikatnya tidak banyak). Pengembaraan mencari ilmu tidak pernah padam walaupun ketika mata tertutup rapat otak berehat dan hanya berhenti ketika roh keluar dicabut malaikat Allah SWT.
Dan sekarang, aku tidak pun spend duit untuk beli, janji aku rasa nak beli, dan sedap untuk dibaca, aku beli dan baca. Memupuk minat biarpun tidak daripada rebung, tapi buluh muda, hehe, kalau dah jadi buluh tua yang warna koko oren dan bintik-bintik hitam tak jadi apa dah, buat wau tanggung gitu. Hehe.
Nur Faisal
07 April 11
No comments:
Post a Comment