Assalamualaikum...
Bismillah...
Ha..bertemu kembali dalam misi mencari buku bahasa melayu.
Kelmarin (20/04/2011), aku sempat berkunjung ke Gurney Plaza. (padahal memang nak ke sana pun). Ha tempat tujuannya ialah ke MPH yang kat tingkat 4 Gurney Plaza tu tak silap. Sebelah kiri tingkat tu, kalau naik lif tangga tengok belah kiri memang nampak la.
Aku gi sana nak cari novel Melayu. Bukan tajuk Melayu atau Saya juga Melayu tulisan Zaid Ibrahim (Dato’) tu, tapi novel-novel yang ditulis dalam bahasa Melayu.
Masuk MPH tu, sempat juga la bergambar, sebab timbul pula minat baru, untuk bergambar kenangan ke mana saja tempat buku yang aku gi. Kira kenangan la. Bukan bukti. Betul bukan bukti! Betul...! Tapi tak sempat lagi nak uploadkan, sebab ada dalam fon Sam.
Fon aku tak ada dah, kan dah jual kat Rope Walk. Huhu.
Ha...nak dijadikan cerita yang memang aku nak cerita, aku mencari novel Jibam. Sebabnya masa aku cari kat MPH bookstore memang ada novel tu. Kira gumbira la sebab nak beli novel aku minat. Walaupun aku dah pun habis baca.
Aku baca novel Jibam yang dipinjam dari PHS (Perpustakaan Hamzah Sendut) USM. Tu pun dalam tiga kali pinjam. Sebab kekangan masa, nak fokus baca tak boleh sangat, masa mula-mula pinjam aku gi lewat dah, dalam jam 2 lebih, baca sampai jam 4.30 petang, nasib, bahagian arkib tu dah nak tutup. Terpaksa hantar la. Kali kedua baca sempat empat lima bab je, dah kena hantar. Ada kelas. Eh? kelas makan. Ha a kelas makan. Kali ketiga baca masa minggu belajar lalu, dan tamat...
Tapi tak puas hati juga, nak miliki dan baca pula. Jadi di MPH nie la aku rasa rezeki aku untuk ada peluang membelinya. Lepas aku banyak Jibam yang betul-betul kepunyaan aku, boleh la lepas tu buat ulasan.
Novel kedua yang aku memang nak beli ialah novel Di bawah Lindungan Kaabah. Tulisan Prof. Hamka. Aku tak pernah membaca karya-karya tulisan Hamka. Nie boleh dijadikan permulaan la. Huhu.
Prof. Hamka |
Nak dilanjutkan cerita, cari-cari tu, tak ada la pula. Bukan buku yang tak aku temui. Tapi site (bahagian) novel-novel Melayu. Cara mudah ialah, dengan tanya kat counter survice. Aku tanya la, pas tu di tunjuk la, kat sana bahagian novel-novel Melayu. Semua ada kat sana katanya.
La... terkejut juga aku. Aku lalu dan tengok-tengok dah bahagian tu. Tapi kenapa sakni tak nampak pun??? Hhmmm... patut pun, MPH kat Gurney boleh dikatakan besar juga, tapi ciput je rak untuk buku bahasa Melayu. Terasing terus...
Tapi dengar SN Anwar Ridhwan cakap, MPH memperbanyakkan ruang (jualan) buku-buku tulisan dalam bahasa Melayu. [klik di sini]
So... senyap je la. Sebab kedai tu pun bukan aku yang punya, Ahmad Albab yang punya (silap dialog da...) ha orang lain yang punya. Mesti dia nak jual hasil tulisan yang majoriti orang baca kan. Tak salahkan mereka juga.
Aku cari-cari tak ada juga novel Hamka aku nak tu. Selepas itu, Sam pula gi tanya kat area mana ada novel Hamka. Dan bagus juga, mereka tolong cari. Kejap je dah jumpa. Huhu. Mereka yang atur susun, mesti la mereka tahu kan.
Tapi yang pilunya, tu tajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Bukan Di bawah Lindungan Kaabah. Aku tak mahu yang tu.
Nak buat macam mana. Huhu. Letak semula la novel tu. Dan aku pun mulakan minat aku yang terakhir. Iaitu, melangkah keluar dari kedai tu. Tu aku paling minat kalau dah tak ada tujuan lagi dalam kedai. Huhu.
Tetapi, masa nak lepas keluar tu, ternampak la satu lambang tu.
Aku kenal lambang tu. Bukan lambang NAZI atau virus yang dikalutkan oleh orang masa KOLONY yang kecoh kat BN tu. Tapi ini lambang kedai buku POPULAR. Aku tanpa banyak soal, gi je la. Mana tahu ada banyak buku.
Dan sememangnya banyak sungguh! Banyak bukan main buku kat situ. Aku belum pernah tengok lagi kedai buku POPULAR yang besar cam gitu. Macam bentuk U buku kat situ. dan seperti biasa. Buku bahasa Melayu, di susun teratur pada satu dua rak. Banyak dah tu!
Aku tanya la kat kaunter tu, dan menerima nasib yang sama, buku Hamka tak ada terus kat kedai tu. Sedih betul...huhu. masak lomak cili api betul!
Tak mengapalah. Ada rezeki boleh acu cuba try teh gi tengok kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC nanti.
Kat sana mesti ada macam-macam punya buku. Lebih banyak dari Chowrasta!
Kesian...papai...
Notatapakkaki :- barang kali kalau sebuah kedai semuanya buku bahasa Melayu apa akan jadi ek?
Nur Faisal
22 April 2011
2 comments:
akum..
mak mntk aku cr tafsir al azhar prof hamka.dia sgt mahu memiliki tafsir tersebut.aku pn google la kt mn leh aku dptkn tafsir tsebut.alih2 lain yg aku dpt. aku bc kt blog2, diorg sgt mengagumi nvl2 prof hamka.oo prof hamka ada tls nvl rupanya.x tau lak aku. (aku mmg cetek psl prof hamka ni). aku bc nvl yg plg dsukai ialah di bwh lindungan kaabah dn Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Alhamdulillah ada org yg sudi share link utk dl nvl di bwh lindungan kaabah. dn skang sdg mencr nvl Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. dn at last aku jmpa blog ko. hurm.. sggh mengecewakan bila ko kata mph n popular x de nvl2 tsebut. aku br igt nk g cr esk. tu la kelemahn umat skang ni, nvl yg leleh2 berlambak kt rak2 kdai buku. nvl pembangunan jiwa, tak mandang pn kata org perak.. uhuk` tq bro 4 your post.
untuk mencari novel tenggelamnya kapal Van Der Wijck-kat kedai buku USM Penang ada jual. dan masih lagi available. mungkin kat sini orang pun tak berminat. dan ada lagi 4 buah tulisan Prof. Hamka dan tulisan anak dia tetang Prof Hamka di kedai buku USM. nanti mai beli la, terbuka di sini. pada hari bekerja sahaja.
Post a Comment