Badai Cinta dan Anak Belantara, dua buah novel Azizi Hj. Abdullah yang terbaru. Terbitan ameen kreatif.
Waaa.....
Aku nak novel tu...!!!
Tapi kat mana nak dapatkan, kalaulah bulan ini bukan bulan exam, mau terbang (walaupun naik bas) ke KL Lumpur. (orang kg. aku kata) Hehe.
22 April – 1 Mei, ini akan ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dibuat kat PWTC. Memang besar la pesta buku di sini. Memang betul-betul kow dan pow la...!
Ha...kenal tak sape dia tu, bapak pemimpin Malaysia pun ada juga! Dato’ Seri Mohd Najib tu. Beliau melawat ketika pesta tahun lepas. Beliau pun beli buku juga! bukan kucing je beliau beli. ** Yang paling penting, ramai penulis-penulis buku akan ada bersama kat pesta tu, jadi, boleh minta autograf yang penting tu. Ada aura sikit nak baca.
Tapi, dengan harapan tiada hampa akan menimpa, aku cari punya cari dalam internet, dapat la satu maklumat yang, kat Kepala Batas pun ada satu pesta buku, tapi tak la segah kat PWTC tu. Nie dia punya banner...
Nanti 28 April – 2 Mei, boleh la aku gi cari buku. Bolehlah curi masa sekejap untuk ke Dewan Millenium kat Kepala Batas tu, dengar kata sampai 100 lebih juga booth akan dibuka. Maknanya ramai dan besar juga la pesta buku tu.
Pada aku, yang lain tak penting, yang paling penting dan tersangat penting sekali (cikgu BM dan LKM400 aku pasti marah, salah tatabahasa), akan ada buku lama-lama yang dijual dengan harga borong! Ha... tikaman mata hati aku tiada lain ialah pada buku yang ada dijual dengan harga RM1. Hehe. Ok apa? Buku jugak! Rezeki! Buku tu biar buruk dan burok serta lusuh lapok sekali pun, ilmu tu ada!
Jangan jadi macam usop welca? Walca? Walcha? Tah pape la. “kita bakor je” ha... jangan... tapi kena tukar ayat tu kepada “kita baca je!” hehe. Haaa...sedap sikit dengar...
Dengar kata juga, ada buku potongan sampai 70%. Lumayan tu untuk dibeli...! kalau kat Queensbay awal tahun dan hari perayaan ada Less, jadi buku pun ada less! Buku berilmu, baju seluar, pakai lama koyak rabak la, dah tu tak boleh pakai lama-lama, paling lama dua hari, dah kena basuh! (nampak sangat pemalas basuh baju kain). Tapi buku tak kena basuh, tapi ilmu yang ada dalam buku tu yang basuh kita! Basuh? Ha a, tapi tak payah sabun dan pelembut, hanya perlu baca, dan ilmu tu akan basuh otak dan sikap kita...! (cakap macam ahli palasapah pulak) .
So.. akhir kata yang belum berakhir, InsyAllah akan ada secarik masa untuk ke sana. Harap-harap ada harapan dan rezeki. Boleh cari buku jahat sikit. Harapan novel ustaz Azizi tu akan ada la kat pesta buku Pulau Pinang nie. Wasalam...
Notatapakkaki :
- jahat – banyak.
- Palasapah – falsafah.
Nur Faisal
18 April 2011
No comments:
Post a Comment