Sarat awan membawa air
Air itu petanda hujan
Digelar mendung
Manusia tak mahu hujan
Kalau tak perlu
Aku awan itu
Mahu aku menjaga air dalam tubuhku
Yang meresap, menyerkup seluruh tubuhku
Membina membentuk aku menjadi mendung
Aku tak mahu air ditubuhku hilang
Kelak kau akan digelar hujan!
Namun
Kesaratan yang amat
Kau hilang dariku menjadi hujan
Aku merelakan dalam terpaksa
Walaupun aku hilang nama
Untuk seketika kau bergelar hujan
Kelak
Baliklah membentuk aku menjadi mendung
Kembali membentuk aku.
Nur Faisal
April 2011
No comments:
Post a Comment