Ha...hari nie aku kira masih lagi dalam mood mengundi lagi kan. Biar dah lepas dua hari dah pun, nampak ramai dan dah sememangnya ramai yang menulis tentang mengundi kat Sarawak untuk mengundi DUN mereka tahun 2011. Jadi, aku nak juga ambil bahagian...
Mengundi nie memang sedap la, nama pun raya. Kalau hari Raya lagi sedap, nak-nak Raya Korban dan Raya Puasa. Eh eh eh... puasa lagi empat bulan kau dah cakap pasal raya??? Apo kono kau nie jang? Eh silap awang! Jang tu orang nogori punya nick name. Tapi biar la, aku nak sebut jugak hal raya, sebab pilihanraya nie sangat sedap juga seakan raya dua tu.
Yang sedapnya bagi penunggu pos (tempat utama/depoh urusan semasa berkempen), banyak benda la yang disajikan, nak-nak rokok. Hah ROKOK! Ha a, masa mengundi, rokok kretek? Apa ke nama pun aku tak ingat dah, ha rokok jenama NUSANTARA dan SAAT yang dikatakan murah oleh pelajar U. Dan diiyekan sedap bila dihisap. Huh! Padahal duit dah ciput hujung semester, ada hati nak hisap rokok, terpaksa la baham yang murah pun yang realitinya tidak sedap. Awal sem tak main la NUSANTARA atau SAAT, nu dilupakan la jawabnya.
Hai...berbalik kepada cerita kesedapan semasa pilihanraya, ha...atas pos tiap malam la rokok terkenal ada, yang aku rasa la, sebab orang-orang tua. (memang dah tua pun) akui rokok itu sedap, dan sekarang pun kenaikan harganya menyukarkan untuk dibeli kepada orang yang ciput duit. (aku rasa la, sebab aku tak hisap rokok, tak tahu la) Rokok apa teka?
U - UMPAMA
N - NERAKA
H - HIDUP
I - IBARAT
L - LAYANG
L - LAYANG
Ha…dah dapat jawapannya, aku bagi ciap dengan akronimnya lagi, memang sohor la akronim nie. Masa mengundi memang rokok DUNHILL nie kaya la kat atas pos, sebab bukan penunggu pos yang keluarkan duit sendiri tapi dibiayai…hehe. Macam bagi biasiswa je kat budak universiti perkataan 'biayai' tu. Alkisah yang biayai tu, tak pasal la cerita. Kan? Tak payah la kan? Nak tahu jugak????
Nak???
Angguk-angguk…
Geleng-geleng…
Okey aku cakap la, kalau nak tahu, tengok bendera apa yang ada kat pos tu, tuan punya hak bendera tu la yang bagi. Baik #*$ ataupun *%#@ sama saje.
hadiah daripada pemimpin kepada rakyat. hehe. |
Apa-apa pun, tahniah la kepada yang menang, dan yang kalah tu, cepat-cepat hantar proposal petisyen kat mahkamah selagi masih ada guruh dilangit, ikan dikali. hehe.
Dan lagi, kepada yang menang tu, senyum suka, suka juga, jangan lupa yang memperbanyakkan undi anda, yang menjurangkan majoriti anda, yang senyum bila anda baca manisfesto yang setiausaha anda buat tu. Senyum tu...Senyum ada makna tu. Senyum dengan harapan !
p/s : Bilalah agaknya guru kat pedalaman sana akan berhenti tolak perahu...dan bilalah agaknya guru yang pedalaman sana nuh akan mula melupai niat menyambung pelajaran semata-mata untuk mendapat tempat dibandar sedikit. Jawapannya... Apabila manisfesto ditunaikan, dan kekayaan diagihkan sama rata.
Ikan aya ikan siakap,
Masak pedas enak dirasa,
Datuk kaya makan sedap,
Kamek nga mahu merasa.
p/s :- nga = juga (bahasa suku Kadazan, Dusun dan Kimaragang)
p/s :- nga = juga (bahasa suku Kadazan, Dusun dan Kimaragang)
Nur Faisal
18 April 2011
No comments:
Post a Comment