Hari ini, Sabtu 12 mac 2011.
Bukan rezeki aku pada hari ini. hujan yang turun daripada pagi tadi nampaknya bukan mahu serik, tapi lagi banyak turun dengan lebat lagi. air hujan pun macam mau banjirkan bandar ini saja. adui, bukan rezeki aku pada hari ini. fuss... berkepul-kepu asap rokok dunhill dihembus ke langit oleh pak haji. dia yang sedang berteduh dibawah anjung kedai cino kedai makan terpaksa dan nampak perit sangat disitu juga terpaksa berteduh. walaupun sesekali ada seekor dua anjing lalu lalang. situ memang kawasan orang cina. anjing tu biasa. asap-asap yang dihembus pak haji tidak jauh terbang, tapi dipecah-pecahkan gumpalannya oleh butir air hujan.
"orang semakin ramai ni, rugi aku, rugi!" pak haji berkata seorang diri. jika diikutkan pada waktu masa begini sudah dua tiga puluh duit masuk dalam gengaman rezekinya. pak haji mula timbul kekesalan tidak membawa paung ketika turun dari rumah tadi.
ketika sedang memakai kopiah, dan mengambil tongkat serta mencapai tasbih, dia ditolak oleh mak haji, dibangakkan oleh mak haji.
"sudah pukul enam ni orang tua, orang kat pasar malam tu tak tunggu awak," kata mak haji untuk membangakkan pak haji. masa kata rumah sudah mula mendung, pak haji juga mahu mengambil payung, dia mahu masuk semula dalam rumah, ketika melangkah anak tangga mozen emas dia ditahan, ditolak. hampir jatuh terduduk pak haji dengan tolakan mak haji. usia yang sudah 90 tahun mana ada tenaga gagah lagi. tidak seperti umur 30 tahun dulu, mak haji disepak macam gemuloh Mokhtar Dahari sepak bola dan menjaringkan gol.
kini, usianya yang sudah 90 tahun lebih, dia menjadi hamba mak haji pula. mak haji masih ada tenaga. mak haji 15 tahun lebih muda daripada pak haji. hamba bukan untuk mak haji sahaja. tapi untuk tuan-tuan yang pak haji besarkan dahulu.
pak haji teringat-ingat kelakuan mak haji dirumah tadi, sehinggakan dia sendiri tidak sempat mengambil payung kerana ditolak oleh mak haji untuk membangakkan dia pergi mencari rezeki. kerana pada pukul 6 petang pasar malam berhampiran dengan usm sudah mula dibuka, penduduk sekeliling yang hampir enam tujuh bangunan tinggi-tinggi akan keluar untuk membeli di pasar malam itu. yang paling penting buat mak haji ialah pelajar usm. mereka pemurah dan terlalu pemurah.
wook...wook...
"siuk...siuk...syuh...," anjing yang menyalak tiba-tiba dihadapan pak haji dihambat kerana mengejutkan pak haji yang asyik mmengelamun dan lamunan tentang mak haji yang muka hitam, gigi jongang, hidung kepek macam jambu air melugakan tekak pak haji. sesekali dilihat anjing yang menyalak dihadapannya tadi semacam dengan mak haji. hodoh. bengis. jahat. kotor. najis. "ya! memang mak haji najis!" pak haji mengiyakan dalam hatinya yang isterinya yang dibencinya dahulu dan sekarang macam anjing rupanya. kisah lama akan kembali dalam otaknya. "memang, aku tidak kehendak kawin dengan mak haji, aku tak hingin, kalu tak disebabkan abang mak haji tu kaki gengstar, kepala persatuan berkuasa, sumpah mati hidup balik aku tak kawin denga mak haji! tengok muka pun luga." pak haji semacam memberontak dalam hatinya. dia tahu anak dalam perut mak haji masa itu bukan anak dia. dia bukan tak tahu mak haji tu siapa. dari kota bharu sampailah ke pengkalan kubur, pergi pula pasir putih. siapa tak kenal mak haji?tiada. tiada yang tak kenal. dari iman pakai semutar besar bakul denga ekor cicak sampailah budak bermain guli, semua kenal. budak-budak muda tak payah cakaplah. budak muda yang nakal lagi kenal luar dan sangat mengenali dalam tentang mak haji. harga murah layanan berpatutan walaupun hodoh macam babi. anjing lagi cantik lagi comel dari mak haji!" pak haji mula mengimbas cerita lama. senggang masa hujan untuk dia berehat membolehkan dia mengibas peristiwa yang mula menggelapkan dunia hidupnya.
mak haji kupu-kupu. tidak kira siang atau malam, tok bilal azan subuh atau manghrib, kalau masa itu dia mahu, dia akan cari jantan-jantan yang mahukan tubuhnya. sememangnya jantan lapar pasti mahu maratah tubuhnya, kerana murah. jantan liar lebih rela berpuasa makan ABC apabila kenyang dengan tubuh mak haji. sangat murah membuatkan mak haji disanggupi oleh jantang gila untuk tubuhnya. walaupun rupa paras mak haji macam babi yang mempunyai hidung menadah air hujan. mak haji masa muda kupu-kupu lebar sayap, panjang tengkok, kuat cengkamannya. sebab itu dari kota bharu sampai pengkalan kubur pergi pula ke pasor putih semua mengenalinya. dia terbang tinggi, melayang jauh, menyewoh garang, memerhati tajam, mencengkam ganas. pak imam tidak berani menegur perbuatannya. sekali pernah di pasir putih pak imam menegur dan menangkap ketika mak haji mengganas. keesokan harinya, masjid disitu tok bilal yang menjadi iman menggantikan pak imam yang digantung kaki, bertampal sana sini. dengar-dengar kata, hampir sebuah bas melumatkan batang tubuh pak imam. abang mak haji kaki gengstar dan kelapa Firaun persatuan yang mulakan dulu. abang mak haji yang menumbuk muka pak imam sampai gigi arnab dua batang pak imam tercabut. apabila pak imam meludahnya ke tanah disuruhnya ambil semula dengar mulut dan ditelan. pak imam enggan. masa itu lah abang mak haji menggunakan pengaruhnya sebagai kepala persatuan dengan hanya mengeluarkan arahan lanyak. pengikut abang mak haji macam anjing-anjing liar berebutkan seketul tulang paha ayam.
pak haji mengingat kembali, masa mula-mula dia kawin dengan mak haji, dia seorang yang kacak. gantang. ramai gadis kampung yang pinggang cekak, muka pinang muda, hidung cotek, bibir congek, gigi susun pagar yang mahukannya. tapi, mak haji masa itu baru lepas memuaskan batang tubuhnya. singgah dikedai kopi di pengkalan kubur. pak haji sedang minum kopi melepaskan lelah balik kerja. dek terpandang pak haji, mak haji mula jatuh cinta walaupun dia tidak mengenal cinta dan tiada cinta. mak haji memulakan dramanya, menawarkan batang tubuh lebam dengan bekas cap tangan jantan keparat kepada pak haji. mak haji mengenakan tawaran percuma. kerana mak haji mula terpikat dengan pak haji, tidak ada sebarang caj untuk pak haji. tapi pak haji menolak. dipujuk lagi akan pak haji oleh mak haji. dalam masa memujuk menawarkan tubuh lebam itu, mak haji mengesok sedikit demi sedikit, hampir makin hampir, dan tersentuh dada lebam mak haji di bahu pak haji.
"hisy.. apa ni, cari jantan lain la, aku tak macam kau, dasar kupu-kupu lapar!" pak haji memarahi mak haji dengan maki hamun jijik sekali diludah ke muka mak haji. dengan perasaan tidak malu sedikitpun diwajah babi mak haji, di memberi amarah kepada pak haji dan akan menerima akibat daripada perbuatannya.
memang betul, tidak sampai sehari, petang itu juga abang mak haji datang ke pengkalan kubur, padahal rumanya di kota bharu. abang mak haji mencari pak haji untuk dikawinkan dengan mak haji pada petang itu juga. mak haji membuat fitnah yang dia sedang mengandung dua bulan anak daripada perbuatan durjana pak haji. abang mak haji bukan datang seorang, bukan berdua, bukan bertiga, tapi sebuah bas, lima buah kereta, berpuluh-puluh motor. abangnya kumpulan gengstar dan kepala persatuan, jadi ramai pengikut. sebelah kanan tanga abang mak haji memagang pedang samurai. pedang itu akan melibas kepala pak haji jika pak haji menidakkan perbuatannya dan enggan berkawin denga mak haji walaupu hakikatnya bukan angkara jahar pak haji. mau tidak mua, petang itu juga pak haji bergelar suami kepada kupu-kupu liar yang macam babi.
Pak haji menaruh dendam. Hatinya sudah lama terbakar. Jantungnya sudah lama hangus. Paru-parunya sudah lama jadi abu. Perasaannya sudah lama mati. Dendam mesti dibalas. Memang, selepas dua tahun berkawin paksa, dengan mendapat seorang anak, abang mak haji si kepala persatuan mati. Dengar kahabar ditembak ketika pergi ke sempadan Thailand untuk mengambil dadah dan betina disana. Ditembak oleh rakyat sini juga, tapi yang lari dan menetap di sana. Musuh lama kata orang kuat abang mak haji. Sejak itulah mak haji sudah tidak berguna walaupun abangnya bekas kepala persatuan. Takhta itu diambil oleh orang kuat abangnya yang cakap-cakap orang yang bersubahat sama menembak abang mak haji. Bermula dari situlah, mak haji jadi bola. Ditendang, disepak, ditampar, ditumbuk oleh pak haji. Dendam lama sudah ada waktu untuk membalasnya. Cara dibalasnya juga sekenyang-kenyangnya. Mak haji tidak dicerai, kerana memikirkan anak yang sudah masuk dua orang.
Hujan sudah berhenti, pak haji terputus lamunannya, dia berjalan ke tempat dia duduk seperti minggu-minggu sebelum ini. Tempat itu bawah dengan linangan air hujan. Tempat itu dia akan duduk bersila. Menadah gelas besi, membuat muka kesian, dan menghulurkan tangan meminta apabila ada orang yang lalu dihadapannya. Jika ada duit kerta yang dimasukkan dalam gelas besi itu, dia akan cepat-cepat memasukkan duit kerta itu not RM1 itu dalam kocek baju melayu lusuhnya. Supaya orang lain tidak menyangka dia sudah mendapat banyak duit. Hanya duit syiling dibiarkan ada dalam gelas besi itu dan akan di kocok-kocok jika ada orang lalu dihadapannya untuk menarik perhatian orang dan meminta simpati dan meruntunkan jiwa orang untuk memasukkan duit dalam kelas besinya.
Namun tempat itu basah dan bergenagan air hujan, pak haji mengembuskan asap rokok dunhill yang dihisapnya, dan berlalu dari pasar malam itu, menuju pulang dengan tiada rezeki. Jika mak haji memaki hamunnya, dia akan menjawab rezeki tiada. Dia juga tahu seperti sebelum-sebelum ini, dia akan berpuasa sehari semalam
dan tidur diluar rumah. Pak haji mengeluh sambil berjalan pulang, “rezeki tiada.”
Nur Faisal
Mac 2011
dan tidur diluar rumah. Pak haji mengeluh sambil berjalan pulang, “rezeki tiada.”
Nur Faisal
Mac 2011
No comments:
Post a Comment