Kalau anda pernah ke Singapura atau ke Kuala Lumpur dan Johor, maka ada satu tempat yang dikenali sebagai Pasar Karat. Ha kalau kat Penang, dipanggil Rope Walk. Tempat ini sememangnya terkenal dengan barang-barang lama atau lebih mudah dikatakan antik.
Barang-barang yang dijual di sini sudah sukar ditemui ditempat-tempat lain, malahan di kedai-kedai besar sekalipun sudah sukar ditemui. Aku juga ada kalanya kalau tidak ada kerja, ada juga aku pergi ke sana. Tapi elok pergi awal pagi, jalan raya juga tidak jem. Dan parking pun tak la penuh. Dan yang paling penting tidak panas dek matahari terik. Kalau anda pergi jam 9 pagi ke atas, maka bersumbat-sumbat la keadaan Rope Walk, nak berjalan pun susah. Tapi jangan pula pergi jam 2 petang atau lebih, sebab anda hanya akan lihat tapaknya sahaja. Penjual sudah kemaskan barang dah pun.
Walaupun di sini barang antik, anda jangan terkejut jika tanya spek Ray Ban cermin BL France harga RM200, Wayfarer punya. Dan ada satu lagi Wayfarer Itali punya, harga RM400. Adui... anda jangan terkejut. Aku yang dengar pun terkejut, lain dengan kedai spec yang ada di kedai-kedai kat shopping, Wayfarer harga RM800 lebih. Itu tidaklah hairan, sebab spec tu pun duk dalam cermin, ada tongkah lagi untuk spec tu. Tapi kat Rope Walk nie, kat atas lantai je letaknya spec nie. Anda juga jangan terkejut apabila dengan pak cik kepala botak akan cakap jika anda tanya jam dalam cermin kacanya, “jam tu, seribu lapan ratus (RM1800).” Ha...memang mahal kan, macam jam baru pulak.
Kat Rope Walk juga ada jual buku-buku agama, dan tempat tujuan aku ialah tempat jual buku oleh uncle Cina yang steady, dan malas. Hehe. Kalau nak beli apa-apa di kedai uncle tu, anda hanya perlu pilih sendiri buku-buku yang tersusun di atas lantai yang dilampik dengan papan lapis. Kala anda tanya, dia hanya akan jawab “situ la situ” sambil tunjuk-tunjuk ke arah buku tanpa arah tujuan. Sebabnya dia juga tak tahu buku apa yang dijualnya, kalau anda tanya judul apa yang anda nak kat uncle itu, sah, uncle itu tak boleh cakap, sebab dia juga tidak tahu, dia hanya jual je. Huhu.
Pada ahad lepas, aku riang juga, sebab dapat temui novel yang Azizi Hj. Abdullah, tajuk Anak Belantara Tropika. Novel lama tu, cetakan pertama, sekarang sudah tidak ada dipasaran, yang ada ialah yang telah diedit edisi baru la mudah cakap, tajuknya pun sudah berubah sikit, iaitu Anak Belantara. Dan Ustaz Azizi juga cakap novel tu diedit dan ditambah juga pantun. Novel yang kedua aku beli tajuk Senator Adila karya Khadijah Hashim. Kedua novel tu harga RM2. Berpatutan la harganya. Novel tu pun aku cari-cari juga.ngee...
Alhamdulilah...
Nur Faisal
20 Mac 2011
No comments:
Post a Comment