Sam punya novel |
Dua hari yang sangat baik,
Hehe gembira juga pada dua hari cuti ini. Sabtu di Komtar dan ahad di Rope Walk. Letih juga mencari walaupun tidak ditemui, namun ada juga beberapa naskhah yang dibeli dan pengubat hati.
Hari sabtu, aku ke Komtar dengan tujuan mahu mencari novel tajuk Jibam yang ditulis oleh Ujang. Anda kenal Ujang? Tak kenal? Hai...anda jenis tidak meminati komik majalah lawak nie. Kenal tak dengan majalah Ujang? Majalah lawak antarabangsa yang diterbitkan oleh syarikat MOI tu. Ha...! Majalah lawak antarabangsa tu asalnya sejarah dibuka dan dimulakan lawaknya oleh si Ujang penulis novel Jibam tu la. Tapi sekarang Ujang dah tidak lagi melakarkan lawaknya pada majalah tu, walaupun namanya masih lagi dijadikan nama majalah tu, mungkin untuk pengiklanan kot. Kan majalah ujang sudah dikenali ramai.
Ok! Balik kepada cerita asal. Terpinga-pinga aku di komtar dek cerita yang pusing-pusing tu. Aku naik la ke tingkat atas sekali, sebab tempat tujuan yang aku mahu pergi ialah POPULAR. Kedai yang popular sebab namanya POPULAR. Hahaha. Mugkin kot.
Nak dijadikan cerita, alahai premis tu sudah kosong. Sudah berpindah tempat. Rupanya ada kat Penang Road atas MayBank dah. Alahai, naik tinggi-tinggi, terpaksa turun la pulak dah. Naik baik naik dan turun guna eskulator. Hehe.
Dan apabila pergi ke kedai POPULAR tu, mak ai, punya manyak itu buku. Penuh. Nak jalan pun susah juga, dipenuhi oleh buku. Tapi tempat lain pun banyak juga. POPULAR lagi banyak buku dari Muda Osman la. Banyak juga apa?.
Sam! Mana nie? Tak jumpa. Adui, puas aku mencari-cari, walaupun tidaklah susah, sebab besar-besar premis POPULAR yang penuh dengan buku dan orang ramai (kebanyakannya Cina bersama anak mereka, dikedai buku mana-mana pun ada situasi sama juga, tak caye perhatikan), hanya ada satu rak novel remaja, satu rak buku keagamaan, dan satu rak lagi ialah rak khusus untuk novel penglipur lara moden, novel cinta cintun. Ha.. tu je rak buku yang bertulis bahasa Melayu. Yang lain Cina dan Inggeris.
novel remaja karya SN A.Samad Said |
Dan menambah keterkilaan aku ialah, novel JIBAM aku nak tidak ada! Adui sakit hati juga, muka memang masam la, nasib baik jadi manis semula sebab ada pengubat hati, Rumah Rahsia, novel remaja tulisan SN A.Samad Said. Aku sudah baca pada bab pertama, sedap juga, dan tidak sabar untuk membaca habis, walaupun aku risau untuk membacanya, takut kena penyakit. Sebabnya takut habis cepat, dan sudah tak ada lagi untuk dibaca. Penyakit tu la yang sering melanda aku apabila sudah habis membaca satu-satu novel atau cerpen. Nak baca lagi, nak lagi tapi sudah habis. Aku gelarkan penyakit untuk situasi itu. Huhu. Sekarang tengah baca cerpen-cerpen tajuk antalogi tu Mawar Merah di Jambangan karya Khadijah Hashim, selepas tu baru nak baca novel remaja Rumah Rahsia tu. Wait maa..
Selepas itu, aku ingatkan dah habis penderitaan aku mencari buku satu demi satu dirak buku yang banyak-banyak buku tu untuk mencari novel Jibam. Tapi berjangkit pula kat Sam, dia jadi nana pulak nak cari novel yang bagus. Untuk permulaannya. Jadi, aku sama-sama jadi nana mencarinya juga. Akhirnya, aku cadangkan novel Si Kaca Mata. Hehe. Macam best je novel tu. Cepat-cepat baca biaq habis tau, Flint nak pinjam dan baca pula.
Sebelum pulang dan membayar buku yang dibeli, aku ada bertanyakan pada kaunter novel Jibam tu, tapi sedihnya mereka kata novel itu tiada dalam sistem mereka, bermakna seluruh POPULAR di Malaysia tiada novel tu. Padahal aku pernah emelkan kat penulisnya, dia cakap novel tu ada merata di kedai-kedai buku terutmanya kedai POPULAR. Pada malamnya pula, pegawai POPULAR pula talefon aku, dan memberitahu novel itu sudah tiada dalam pasaran kerana sudah lama. Dan penerbitnya Creative Enterprise Sdn. Bhd. pun sudah ‘tutup kedai’. Aku timbul persoalan... betul ke? Setahu aku, novel ini sudah diulang cetak untuk kali ke-10. Jarang benar novel di Malaysia diulang cetak sampai 10 kali. Entahlah, terpaksa tunggu yang kedai Mahasiswa USM order la macam nie. Kesian!
Untuk hari ahad, pada entri seterusnya...hehe.
Nur Faisal
20 Mac 2011
No comments:
Post a Comment