Ada juga kat tecso extra rupanya. Harap-harap dalam usm selamat la. Duduk di rantau orang beginilah rupanya, dapat ilmu, dapat pengalaman, dan ilmu yang paling berharga ialah pengalaman.
Petang tadi 18 Mac 2011, jam 4-5 petang, aku bermain badmintan dengan Sam, aktiviti yang aku minat dan Sam juga minat sama. Kira serasi la, walaupun Sam banyak kalah dek aku. Haha. Apabila selesai main sejam itu, aku pergi makan dan ke tesco extra yang sangat popular dalam kalangan pelajar usm dan penduduk setempat. Kerana di situ tempat paling dekat untuk mencari bekalan harian. Apabila sampai, aku parking motor dekat dengan pintu belakang tesco extra itu. Terdetik dihati tidak sedap rasa juga, sebab selepas jumaat tadi, mata kiri aku asyik tergedik-gedik saja. Orang tua kata, kalau mata kiri tergedik, ada alamat yang tak baik, dan begitu juga sebaliknya. Itu orang tua-tua yang cakap, daripada pengalaman mereka.
Jadi, nak dijadikan cerita ke-malang-an aku pada petang tadi, kasut sukan Sam, aku letak dalam raga motor, sebab dari court badmintan tadi pun memang dok dalam raga tu juga. Jadi tanpa ragu dan curiga, aku pun masuk la dalam tecso extra itu dan membeli apa-apa yang mahu dibeli. Apabila keluar, dan pergi dekat motor untuk balik. Nah! Tergamam aku. Macam tidak percaya dan nana (pening-pening), kasut Sam tiada dalam raga motor dan hanya ada baju aku yang basah dek peluh selepas main badmintan tadi.
Alamamak! Kena curi...!!! Adui, tiada rezekinya. Allah lebih mengetahui segalanya. Sampai saat aku tulis entri ini pun aku masih tidak percaya kasut itu boleh hilang. Dan hilang itu bukan main sorot-sorot macam aku dan budak-budak kampung main susut (sorok) selipar masa pergi sembahyang Terawih dulu di kampung masa budak-budak. Dan bukan juga macam aku dan kawan-kawan sekolah rendah dulu main susut kasut sekolah selepas sembahyang Zohor sebelum masuk kelas fardu-ain. Ini dicuri yang tidak akan dapat kembali kasut itu, melainkan dengan Kekuasaan Allah. Dan tidak mustahil semua ini. Kalau ada rezeki, ada la. Yang lucunya, baju aku yang basah peluh tu tidak pula dicuri, mahal tu baju aku, cop KELANTAN lagi, mat leh minat baju KELANTAN, buta seni betul.
Pengalaman ini yang pertama aku kira pada aku dan Sam. Aku kena lebih berhati-hati menjaga barang, tidak boleh berharap sangat, kerana sikap dan perangai orang kita tidak ketahui. Walaupun di tesco extra, dekat degan usm, universiti yang ramai orang terpelajar, juga ada berlaku kecurian. Tapi pada aku sendiri, kesian la pada orang yang mencuri itu, dia tiada kasut, sebab itu dia mencuri, ataupun dia tiada duit, sebab itu dia mencuri dan mahu menjualnya. Kesian!
By the way, Sam, ada rezeki Flint beli yang baru. Ha...tengok ada hikmah disebalik kasut Sam dicuri, Sam bakal dapat kasut baru, kan hikmah tersembunyi tu. Insyallah Taala ada rezeki kita.
Nur Faisal
18 Mac 2011
No comments:
Post a Comment