Cakap-cakap tak selalunya betul. Tapi tidak mustahil salah...
Jadi jika tida menyiasat, manakan tahu rahsianya. Jadi, perlulah jadi spy, siasat. Haa...itulah yang dilakukan oleh lima sahabat dalam novel remaja Rumah Rahsia karya SN Datuk A. Samad Said. Karya ini sarat dengan pengajaran dan memupuk semangat setiakawan, bekerjasama, tolak ansur, toleransi, saling menerima, mendapat nasihat daripada orang yang lebih tua, menghormati orang lain, dan saling bantu-membantu. Banyak lagi sebenarnya, tapi tu yang aku dapat tangkap hasil daripada pembacaan.
Kenalah novel ini dikategorikan sebagai novel remaja, kerana dengan bilangan muka surat yang nipis, hanya 91 muka surat dan bahasa yang mudah difahami serta tidak berat, sarat dengan pengajaran seperti aku cakap di atas, dan diselitkan dengan aksi dan debaran.
Kisahnya tentang Abu, watak utama aku kira, semasa cuti penggal persekolahan, beliau dan kawan-kawanya bercadang untuk menyiasat sebuah rumah yang menjadi cakap-cakap penduduk setempat. Abu dan Majid, Yahaya, Rukiah, dan Esah telah merancanakan perancangan yang rapi untuk mejayakan usaha mereka untuk menjejakkan kaki ke atas bukit tempat rumah rahsia itu berada.
Jadi, sepanjang perancangan mereka jalankan itulah terdapatnya pengajaran dan nilai murni yang patut dan boleh dicontohi oleh remaja pada masa sekarang serta akan datang. Mereka sangat patuh pada ketua, iaitu Abu. Sama-sama menyumbang idea dan tenaga semasa merancang, membuat rakit, dan mencari kayu untuk membaiki rakit itu. Mereka juga tidak gentar dengan cakap-cakap orang kampung yang mengatakan bukit rumah rahsia itu bekas askar dan jepun bertempur, dan mungkin berhantu, dan ada harimau. Mereka lima sekawan tegar untuk menyiasat rahsia yang ada pada rumah itu. Kepastian yang dituntut membuatkan keinginan yang membuak-buak dalam dada lima sekawan itu untuk teguh walaupun diancam bahaya oleh nenek Munah, Rahimah, Pak Yaakub, dan Pak Salim serta igauan Sulaiman dan Baiyah.
SN A.Samad Said bijak menimbulkan saspen pada peleraian novel ini, iaitu semasa mereka lima sekawan dalam perjalanan menuju rumah rahsia ada orang yang mengintip dan mengekori mereka. Orang itu ialah Pak Yaakup yang datang mencari mereka kerana khuatir dengan keselamatan mereka berlima.
Akhirnya, rahsia rumah rahsia terbongkar jua, ternyata cakap-cakap penduduk kampung adalah tidak benar, sebenarnya ada sekeluarga yang tinggal di atas bukit di rumah rahsia itu. Hussein yang mengidap penyakir malaria yang menanam sayur-sayuran di atas bukit itu.
Peleraiannya, mereka bersama-sama membawa anak Hussein ke hospital dan ayat yang suka aku petik pada rangkap akhir ialah :
“Rakit berlayar terus dengan bendera biru masih megah berkibar-kibar dan tidak pernah mereka berasa begitu bererti dalam hidup masing-masing. Bendera biru yang segar berkibar-kibar itu seolah-olah menyokong perasaan yang luar biasa.” (muka surat 91).
Pada aku, Bendera Biru yang diangkat oleh pengarang melambangkan perpaduan semua orang untuk membantu dan berusaha merancang ke rumah rahsia, dam membantu keluarga Hussein. Perpaduan amat dilatardepankan oleh pengarang dalam karya ini. Dapat dilihat, acap kali Bendera Biru muncul dalam karya ini.
Namun! Hehe, puji-puji pun kena la ada juga “namun”. Ha! Novel ini akan menjadi lebih menarik, mantap, bombastik loba-loba, kalau kelemahan ini diatasi. Nak tahu apa? Nak?? Okey-okey, i will tell you baby. Kelemahannya ialah, terlalu banyak kesalahan ejaan perkataan. Aku tengok, sampai 18 kesalahan ejaan perkataan. Memang banyak sangat la. Aku yang membaca pun jadi terganggu dengan kesalahan yang disaja sengaja atau memang sengaja atau tidak sengaja (silap taip). Pada aku memang salah taip la, kalau disengaja, tidak begitu sekali, pasti konteks ayat pun tak lari.
Jadi, aku listkan kesalahan yang aku cari, susah-susah aku cari, takkan tak mau list plak kan. Hehe. Inilah dia kesalahan ejaan perkataan itu :
1. aiar - air (ms 3)
2. dilakukamn - dilakukan (ms 14)
3. seeliling – sekeliling (ms 19)
4. nama – sama (ms 27)
5. sesuautu – sesuatu (ms 31)
6. iala – ialah (ms 31)
7. Rukian – Rukiah (ms 33)
8. henak – hendak (ms 38)
9. pahir – pahit (ms 41)
10. tenang – tentang (ms 43)
11. lembut-lembu – lembu-lembu (ms 51)
12. lembut – lembu (ms 51)
13. bileh – boleh (ms 54)
14. membawa – membaca (ms 54)
15. sapa – siapa (ms 62)
16. buruk – burung (ms 64)
17. sudak – sudah (ms 75)
18. “Kalau hari saya tidak setuju” (ms 46, ayat ini nampak tergantung)
Pada aku, penerbit tidak menekuni semasa proses penerbitan. Sepatutnya mereka meneliti naskhah novel ini selepas ditaip untuk penerbitan dan dicetak. Jika berlaku kesalahan sebegini, memang mengganggu proses membaca la. Apa-apa pun, novel ini amat sesuai untuk pembacaan remaja, walhal orang muda, dan tua pun boleh sesuai baca. Aku yang remaja nie lagi la sesuai. Wink2. ** hehe.
Nur Faisal
31 Mac 2011
No comments:
Post a Comment