“Nak cari kayu, nak cari kayu!”
Adui pening kepala rasanya, sedih pun ada juga. Kepala yang tidak gatal sudah beberapa kali digaru, gatalnya tidak juga hilang-hilang. Kan bagus masalah keluar ikut rasa lega selepas kepala digaru. Tapi nak buat macam mana, garu kepala pun bukan hilang gatal. Tu pasal masalah tak juga hilang.
Sesekali mengusap-ngusap rambut. Menonyoh-nonyoh pipi, mencari-cari butir sesat jerawat. Dipecet, dikutis, keluar butir nasi jerawat, darah kecil ikut serta. Digahal dengan lengan baju. Darah hilang. Pedih rasa sedikit. Keluar pula sel sabit. Menutup darah kecil.
“Adui! Tak selesai masalah kita gini. Sudah pakat gi cari semua. Bangkit, bangun. Angkat punggung yang berat macam batu dari kerusi tu." Aku seperti menempik tetapi tidak sepatah pun berbunyi tepikan itu. Apa yang ditempikkan pun tidak ada butir pangkalnya.
Nur Faisal
Mac 2011
No comments:
Post a Comment