Thursday, March 31, 2011

Jabatan Masalah


Psikologi = ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia.
Jabatan = tempat @ pejabat yang berkaitan pentadbiran.

Ha…kalau digabungkan, jabatan Psikologi tu bermakna tempat berkaitan jiwa manusia.
Mereka nie memang expert la pasal manusia. Pasal pemikiran manusia. Kan ilmu pasal jiwa dan pemikiran manusia.
Tapi kisah aku ini bukanlah pasal aku menkaji soal jiwa dan pemikiran manusia. Aku bukan ahli p-si-ko-lo-gi, hehe tu cara sebutan untuk psikologi dengan betul yang disebut oleh pensyarah aku.
Tadi, aku pi la kat jabatan psikologi USM. Yak mok cik kerani tu nya marah, gila ke apa? Aku cakap la nak ngesah salinan IC, masa tu ada budak MPD mana ntah pakai baju biru kuning. Dah la budak yang jaga kaunter, sepatutnya kerani la. Dia la sepatutnya. Pastu, nya marah kat aku. Tidak adik mari dah kelmarin. Lain kali buat mai sekali selalu mudah. Aku memang buat bebal la. Ikut aku la. Dah kerja kau layan orang, layan je la keranah orang. Bukan aku suruh kau lari pusing USM. Minta cop je. Aku minta bukan suruh! Celaka geram tengok mak cik tu, nak-nak dia tunduk dan tengok aku melalui mata yang dicelik pada atas spek. Gila sial geram! 
lebih kurang gini gayanya.
Pas tu aku tak tengok dah kat dia, ada pegawai psikologi yang ambil salinan IC aku dan dia sendiri pergi cop dan sign. Aku memang masam tak senyum la walaupun memang manis. Nak keluar tu aku palingkan muka aku kat mak cik tua tu. Tapi tak tengok dia. Gila babi nak tengok muka hodoh gitu. Macam pangkat besar sangat nak marah orang. Kerani je pun. Kalu pangkat besar pun taklah halal marah orang, tak boleh jugak.
Tak bersyukur dapat kerja duk dalam air cond, masa tu pun dia duk baca paper, kelmarin aku pi cop pun dok baca paper jugak. Boleh jadi dok baca artikal cara memikat suami yang curang, tak pun artikal tips-tips memikat suami yang melebihkan bini muda. Tu yak singa jadi tu. Singa tua! Haha.
Dah tahu diri tu kerja dengan orang ramai, kena la tenang, kerana orang ramai pelbagai, tak pun bukan kau mak cik tua yang cop, orang lain. Sign kau tak laku. Sebab kau singa tua sebab tu kau tak ada pangkat tinggi, Allah SWT buat molek dah, kalau kau ada pangkat tinggi tak tau la. Boleh jadi orang yang nak cop borang minta kerja pakai menganggur seumur hidup terus. Mulut macam anjing.
Kerja kat jabatan psikologi, tapi jiwa dan pemikiran tak boleh nak kawal. Jadi gila. Sepatutnya pegawai-pegawai yang pangkat-pangkat tinggi tu kena bagi ceramah dan kaunseling kat orang bawahan dia dulu. Nie bangga jadi pegawai psikologi, bagi ceramah sana sini. Control  jiwa dan bagi motivasi pada orang lain. Tapi orang bawahan sendiri jadi jiwa kacau! (macam tajuk drama la pulak)
Tenang boh (boss), tenang! Kalau dah nama jabatan, karenah birokrasi begini pasti akan berlaku. Sepatutnya, pelajar macam aku nie akan jadi lega dan memudahkan kerja jika pergi ke jabatan psikologi. Jabatan lain tidak tenangkan jiwa dan masalah, bila ke jabatan psikologi jadi tenang. Nie punca masalah ada di jabatan psikologi. Tukar nama la wei…!
****************
Lepas balik dan siap hantar permohonan aku yang ada sekali salinan IC yang cop kat Jabatan Masalah. Aku balik dan nak parking motor. Tempat aku selalu parking dekat dengan tempat timbunan sampah yang akan diambil oleh syarikat Cahaya Delima.
Pemandu tu siap kuek la, lambai kat aku suruh lalu tepi lori dia, dia cakap ada ruang lagi nak lalu walaupun lori dia dah penuh satu jalan tu dia parking masa nak punguk sampah.
faisalrazali.blogspot.com
Pak cik lori sampah, main dengan sampah yang dibuat orang orang ofis, busuk lagi. Orang yang duk dalam air cond, duduk kat kerusi empuk, boleh berpusing, ada tayar, punggung pun tak kere’, tapi banyak songeh!
Tak bersyukur betul!
Baik kutip sampah, gaji anda haram! Tok guru abah aku pernah pesan. Abah aku sering kali berpesan pada abang-abang aku yang dah kerja,  “gaji haram nie tak mesti ke main rasuah, tapi kalau kerja tak sembahyang, tak kerja ikut masa kerja, pastu tak buat kerja dengan elok, pastu rasa jijik dengan kerja kita, tu juga gaji haram!”
Jadi, ingat-ingatlah!
Kau makan gaji haram! Kerja kau tapi kau senangkan dan abaikan! Gila makan gaji haram! Makan bara api tu! Weekkk....tercabut cair kerongkong...!!!!

Nur Faisal
31 Mac 2011

No comments: