Hari nie, aku pergi ke pusat komputer USM. Bertanya model fon mana yang mereka support untuk wireless USM. Tapi, memang diluar jangkaan la. Mereka (pusat komputer USM) memang pro dan bijak berkaitan komputer dan internet atau yang melibatkan teknologi. Aku memang respek la. Ada sorang pekerja yang cakap,
“sekarang kita dah tak buat dah wireless untuk fon, kami hanya support untuk laptop je. Sebabnya ada model fon yang tidak boleh support wireless. Hanya sesetengah fon je. Lepas mesyuarat kami putuskan untuk sekat dan tak buat dah untuk fon, hanya laptop je.” Kata pekerja tu. Dan aku rasa dan memang kata-kata itu mewakili seluruh mereka di pusat komputer.
Hai...cuba bayangkan, kalau anda seorang guru, jadi pengalaman dan kepandaiaan anda ialah mengajar. Jika anda penyelidik mesti kepandaiaan anda menyelidik. Jika anda seorang doktor jadi kepandaiaan anda mesti merawat, jika anda pustakawan kepandaiaan anda mencari buku dan menyusunnya. Jika anda seorang pentadbir mesti kepandaiaan anda mentadbir. Jika anda bomba mesti kepandaiaan anda memadamkan api. Jika anda pemain bola mesti kepandaiaan anda menyumbat bola. Jika anda seorang suri rumah mesti kepandaiaan anda memasak. Jika anda polis mesti kepandaiaan anda menyaman. Opss...hehe.
Ha...jika kau tu dok kat pusat komputer, bekerja di situ, dan pusat komputer bagi satu USM. Mesti la kau tu pandai dan cemerlang dari aspek teknologi. Kalau dah tahu dulu hanya sesetengah fon je boleh support wireless USM. Jadi, buat la supaya semua jenis fon boleh support ! Nak kata bodoh kan marah pulak. Nak kata pandai kan tak kena pada tempat.
Kalau kau tu tak pernah support untuk satu model fon pun tak la salah kau cakap gitu. Nie kau pernah dan ada support wireless untuk fon, jadi tingkatkan la prestasi kau, bukan hapuskan prestasi yang sedia ada. ‘ Marahkan pagar padi ditebas’, ‘marahkan daun gugur pokok ditebang’. Takkan bodoh gitu!
Eh maaf, aku silap, bukan bodoh, tapi pandai. Kalau support sesetengah fon, nanti akan masalah pula orang lain yang model fonnya tak disupport, jadi baik tak payah support semua model fon. Pandai-pandai. Maaf, aku tersilap tafsir. Kau je yang betul! Kalau nak support semua fon mahal la pula modal, banyak kerja lagi, duit habis banyak. Baik tiap bulan dan akhir tahun buat jamuan, hantar pekerja pergi kursus, duduk kat hotel, pusat peranginan. Ilmu dan makan lagi berguna. Nie nak support wireless, gila ke apa? semua pelajar dan pekerja akan mendapat manfaat pula, nie kan bajet untuk kita je. Jangan jadi bodoh, jadi pandai!
Nur Faisal
31 Mac 2011
(untuk pentadbiran yang korup)
No comments:
Post a Comment