Saturday, March 26, 2011

Mereka yang terpilih



Alhamdullah…hehe. Eh, anda jangan fikir bukan-bukan pada gambar diatas! Itu gambar aku ceduk daripada paper Metro hari ini. Aku sama bersyukur la kepada Allah, mereka yang taf-taf body dalam gambar di atas terbuka hati untuk kembali menjadi lelaki. Hah! Lelaki??? Mereka perempuan ke?
Haaa…persoalan bukan? Mereka sebenarnya lelaki. Siyes (serius) mereka lelaki. Tapi dengan tapi dengan istilah baru (tak la baru), iaitu Mak Nyah. Apa ek maksud mak nyah? Aku rasa, mak tu – ibu, emak, mama, orang yang melahirkan kita la. Manakala nyah – buang, singkirkan, hapuskan, delete, dan seerti dengannya. Jadi kesimpulannya, maksud mak nyah ialah, mak menyingkirkan kau. Hah! Jadi mak mereka tak mengaku mereka anak la???
Em…boleh jadi, mereka ini tidak diakui sebagai warganegara dalam keluarga, terutama sekali mak mereka.hehe. Menusuk tau kalau mak tak layan kita sebagai anak dia. Sebab tu mereka cenderung untuk bersama ahli geng mereka. Tapi selebihnya aku tak tahu la. Nak komen banyak-banyak pun takut jugak. Mereka tu bukan perempuan, hanya lembut di jari, lengan kental wooo…
Tak caye tengok gambar atas la, aku pun nak gayut gitu payah, gayut gitu ala latihan askar je. Tapi mereka boleh gayut gitu! Hah! Maknanya mereka sekental askar??? Hehe, boleh jadi kot.
Tapi alhamdullah la, aku tumpang syukur Allah SWT bukakan hati mereka untuk kembali ke jalan-NYA. Kalau Allah sudah memilih, bapak Firaun pun boleh jadi Tok Lebai. Itu tidak mustahil. Kun Fayakun, (ayat 82, Surah Yasin)
Nur Faisal
26 Mac 2011

No comments: