Nasib mujur la aku tergerak hati nak pergi kat BSN nak cucuk duit tadi. Terjumpa dengan pensyarah SHE101. Aku pun tanpa bersalah tanya la bila nak kena submit tugasan tu, dan bila nak kena present. Yang aku rasa nak lucunya, dia kata minggu lepas lagi last submit. Hah!!! Jap-jap, jangan terkejut lagi. Jawapan ke dua beliau yang patut terkejut, petang nie la lepas jumaat (sembahyang Jumaat) kena present.
Alamamak...!!! gelabah betul, lorat gaduh la aku, munasabah, takde sape pun yang bagitau. Dr. Cakap ada ketua kelas yang bagitau, tapi kami semua kumpulan takde pun sampai apa-apa info. Celaka sakit hati betul. Nasib baik la Dr. tu mudah fiil sikit, dia kata kumpulan kau hantar isnin la report, balik buat slide, present lepas Jumaat, kalau kau tak present, takde markah la. Gila sial! 20% tu markah, mana boleh tak present!
Tanpa berbanyak kerja, aku gerak la bagitau semua ahli kumpulan, main suruh je buat, yang penting present jalan, markah dapat, berapa belakang kira la, janji ada, daripada tak dapat terus. Nasib baik juga aku ada motor (DV4107), jadi cepat la kerja-kerja menginfokan kepada kawan-kawan dan aku balik buat slide present aku punya.
Aku kena Amalan Harian (kepercayaan) yang berkaitan dengan Perubatan. Hehe. Aku buat yang masyarakat Melayu amalkan. Kami kena buat multi masyarakat. Cina dan India serta tambahan Sabah. Semua etnik la kiranya. Sebab tu kursus Hubungan Etnik.
Aku memang betul tak tahu la apa kebenda yang nak kena buat. Nak call kampung? Hai tak mungkin! Tapi kena call jugak, sebab kajian nie memerlukan responden original yang ada autoriti. Jadi call la jugak.huhu.
Mula-mula siti angkat, aku suruh bagi kat abah aku, tapi banyak soal la pulak. Tanya bakpo.bakpo. bagi jela. Yang lucunya, abah aku macam blur-blur, mana taknya, biasanya aku call tanya khabar, tanya pasal motor, tapi hari nie call tanya pasal amalan harian.
Lucunya, aku tanya, “abah bakpo orang zaman dulu simpan rambut lepas gunting rambut?”, abah apa lagi, terpinga-pinga la. Yak bakpo anak aku nie tetiba tanya pasal kerat simpan rambut. Aku dapat faham la sebab abah yak “eh...eh, simpan rambut?” hehe. Aku pun terangkan satu-satu la, nak tanya pasal amalan harian, sebab kena buat tugasan, nak tanya la gapo amalan orang zaman dulu-dulu buat. Ngee... lepas tu baru abah faham, dan jelaskan...
nampak abah aku buat apa? hehe. |
Jadi aku letakkan jugak la bawah nie yang amalan harian abah aku bagi, amalan nie dah orang tak buat lagi dah. Dilupakan dek zaman (padahal orang, letakkan kesalahan pada zaman).
1. Menyimpan rambut dan kuku
— Rambut dan kuku yang telah dipotong disimpan dengan elok.
— Diletakkan dikelopak pisang.
— Diamalkan daripada masa dahulu lagi.
— Hanya orang cermat masih amalkan – lebih-lebih lagi perempuan.
— Rasionalnya :
÷ menjadi sejuk kepala.
÷ Rambut susah gugur.
÷ Tidak dikianati orang.
2. Melebatkan rambut
— Buatkan lubang pada tunggul batang pisang.
— Lubang itu dipenuhi oleh air yang sejuk.
— Apabila ada air pada lubang itu, ambil dan sapukan pada rambut.
— Orang tua masih amalkan.
— Rasionalnya :
÷ Rambut menjadi lebat.
÷ Kepala jadi segar.
3. Selepas bangun pagi
— Urutan muka :
÷ Letakkan tangan di bawah mulut (dagu)
÷ Pusingkan jari anda ke pipi.
÷ Pipi ke hidung.
÷ Seterusnya ke bahagian dahi.
— Bangun pagi minum air suam tanpa basuh muka.
— Mandi air telaga yang pertama- embun
— Kajian sekarang – air liur ada mempunyai enzim.
— Rasionalnya :
÷ Badan jadi segar.
÷ Mengelakkan daripada penyakit.
÷ Wajah jadi berseri – tidak kusam.
4. Adab kencing
— Buang air kecil juga mengikut adab.
— Kencing hanya pada batu dan kayu.
— Tidak dalam air.
— Masyarakat dahulu teguh mengamalkannya.
— Rasionalnya –
÷ Jadi lemah tubuh.
÷ Lemah tenaga batin.
Ha, tu amalan harian yang abah aku bagitahu, memang sah la, aku pun ada tak tahu amalan harian begitu ada diamalkan oleh orang tua-tua zaman dahulu. Nasib mujur aku ada tanya abah juga, dapatlah ilmu dan boleh diamalkan. Tapi memang ada pun aku amalkan, satu je. Iaitu minum air suam selepas bangun pagi sebelum basuh muka atau gosok gigi. Mujarab juga, amalan orang tua-tua. Tubuh jadi segar, wajah memang awet muda la, sebab aku memang muda remaja pun. Haha. Mungkin nanti tua-tua la baru nampak keberkesanan amalan nie, kan dah tua, tapi kalau nampak wajah masih muda, berkesan la jawabnya.
Satu lagi amalan yang mengawetmudakan wajah, hehe, macam pelik je perkataan tu. Nak tahu? Kalau orang Islam memang mereka amalkan selalu pun. Ha… memang anda amalkan tapi mungkin tidak tahu sedang mengamalkannya. Iaitu dengan ambil air sembahyang untuk Solat. Umat Islam semuanya Solat, jadi mereka akan mengambil air Sembahyang. Wajah akan ada NUR, cahaya la. Wajah jadi berseri-seri. Tidaklah malap kusam je. Jadi, Solat jangan tinggal!!! Untuk Solat kena ambil air sembahyang, secara tidak langsung akan bercahayalah wajah kita umat Islam. InsyALLAH. Tapi macam mana ek orang Islam yang tengok bola, lepas tu cat muka, buat bendera la, tulis RED WARRIOR, hehe kesian muka mereka. Macam comel sangat!
Tadi, present kami berjalan lancar, walau ada kekalutan, biasa la orang duk present, masa tu jugak aku edit slide present, cari gambar apa semua dengan tambah maklumat lagi. Short, Sweet, Simple and Trouble. Hehe. Itu tema present kami. memang terabur (trouble) pun. So, sekarang, siapkan report, isnin nie last hantar, tidak 30% akan hilang melayang. Memang nasib kami tadi, mujur aku terjumpa dengan pensyarah, tidak melayang markah 20%. Nasib mujur katakan. Huhu.
Nur Faisal
25 Mac 2011
No comments:
Post a Comment