Tuesday, November 15, 2011

Apa kata ANDA?

apakah yang anda akan rasa kalau :
  1. semua orang di dunia ini adalah OKU, dan...
  2. hanya anda seorang sahaja orang yang normal...
apa komen anda ???

9 Jam vs Buku Jingga

"Lebih baik tersalah kain daripada tersalah cakap". tu kata2 orang tua-tua. dan banyaklah hikmah di sebalik kata-kata itu. kerana mereka lebih dahulu mengalami pengalaman semacam ada di dunia ini.

Yang kau nak cakap di sini ialah ada dalam paper Harakah Daily, bertajuk "Perintis : Mengapa Melaka dipilih?". ada la sorang mamat nie, cakap macam tahu semua dan memahami bebanan dan tugas seorang guru. Bajet smart la kononnya. Cakap kerajaan Malaysia (dia fokuskan kepada BN la bajet2) tidak sepatutnya menambah bebanan kerja guru, dah dengar kerja 9 jam pun guru dah resah.

Waa...bajet bijak la tu cakap gitu. Kat bawah nie aku copy & paste artikal tu, mungkin ada yang fobia nak tengok Harakah :

Perintis: Mengapa Melaka dipilih?
Ahmad Danial

MELAKA, 15 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.

Adly berkata, beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak kerana bukan sekadar bekerja di sekolah tetapi dibawa hingga ke rumah.

Justeru, katanya kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.

"Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan langsung kepada mutu pendidikan negara," ujar Adly.

Menurut Adly fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan di samping meningkatkan kualiti, maka perhatian serius perlu diberikan kepada peningkatan gaji dan insentif.

"Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih?" tanya beliau mengenai Melaka salah satu negeri yang akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam.

"Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sedia ada."

Beliau juga menyokong langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu.

"Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan langsung kepada mutu generasi akan datang. Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji," katanya lagi.

Sebaliknya, menurut Adly cadangan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga bagi memberikan insentif RM500 sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.



Ha... dah habis baca???

Bajet memahami la kononnya tu...

Guru jangan bebankan dengan kerja yang dah terbeban, tapi bagi gaji naik, bagi insentif... Nak kata bodoh pun Peseruhjaya Pas Negeri, tak mengapalah Adly, aku cakap kau kurang tahu la...

Dalam buku jingga kata nak bagi RM500 sebulan? kan? bagaimana nak bagi tu?? kepada smeua guru ke macam mana? buat Adly yang serba tahu kononnya... bukan semua guru ada bebanan kerja yang sama. contoh kalau kau buat kerja banyak dapat insentif RM500, dan aku buat kerja sikit, juga dapat RM500. Kau rasa macam mana??? Adil??? kebijaksaan kau dapat dinilai daripada jawapan kau untuk pertanyaan itu. haha...

Satu lagi, guru jadi terbeban dengan kerja di sekolah dan 'bebanan' (menurut kata si Adly tu), di bawa ke rumah. Tu bukan masalah Kerajaan. Tu masalah mereka sendiri, kenapa tidak pandai menguruskan masa dan tugas??? Dan masa 9 jam tu macam2 boleh dibuat Lie (Adly).

Lepas pelajar balik semua, kalau tak ada kelas tambahan, untuk tunggu sampai masa balik,
1. guru boleh buat perancangan untuk pengajaran & pembelajaran untuk keesokan harinya.
2. guru boleh menyemak kerja pelajar.
3. juga guru boleh menilai pengajaran mereka.
4. boleh juga guru buat ABM untuk pengajaran akan datang.

bla...bla...bla...

Kan sistematik tu kerja guru, kalau 9 jam yang di perintiskan dilaksanakan dengan elok. Nie dah baru nak start Perintis, ada yang cantas, suruh 'suap' bagi insentif. Macam kaya sangat. Lepas tu tak ada duit la, korek duit rakyat pula untuk tampung modal negara. Akal ada ka(bak kata arwah m.Rajoli?

Aku tak yang kau cakap tu Lie ada dasar kau sebagai pembangkang, orang buat tu tak kena, nie tak kena, buat kalau 'pihak' kau yang buat, adui... semua bagaus dan perfect.

"sekilas bendera di puncuk kemboja, sudah kutahu warnanya" hahaha

notatapakaki : pepatah asal untuk baris akhir ialah "sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya"