Tuesday, October 6, 2009

aku bertatih...

Benarkah Aku

Thursday, August 06, 2009

1:25 AM


Benarkah langkahku ini?

Bisakah aku berdiri?

Gagahkan aku lalui?

Atau aku hanya berilusi?

Ditengah-tengah fantasi duniawi.


Aku baru dilahirkah?

Atau aku sudah mampu berlari?

Ataupun aku sudah disenja hari?

Yang menanti ajal Ilahi.


Adakah aku berpeluang lagi?

Mengejar kilat dan senja mentari,

Yang sudah mula menyembunyikan diri,

Atau aku yang asyik masyuk sendiri?


Mungkinkah aku pendatang baru direaliti ini,

Yang mula membuka mata dari selaput yang tertutup rapi,

Adakah aku bisa meniti,

Dilautan yang penuh onak dan duri,

Hanya untuk memenuhi lumrah keinginan hati.


Ah! Mungkin aku sudah lama berdiri,

Hanya aku yang tak mengerti,

Bakat dan kurnia dari Ilahi,

Hanya aku yang menyepikan diri.


Ah! Tak mungkin,

Aku tak pernah memegang sebatang pena,

Pena yang mampu membangkitkan dinihari yang berseri,

daripada buta mata buta hati.


Aku mesti,

Kerana aku juga yakin,

Benak fikiranku juga selari,

Aku bisa berdiri,

Dengan petunjuk dan bimbingan Ilahi.


By,

N.A. Faisal

06 Ogos 2009

sesak...

Sesak (buat simata bulan purnama)

Saturday, August 01, 2009

6:20 PM


Jiwa berkecamuk,

Badai melanda hempedu,

Kilat menyambar hati,

Hujan membasahi tubuh,

Meresap ke pangkal jantung,

Sesak bagai nak mati.


Sesak menerkam jiwa,

Tiada yang meminta,

Jauh sekali dipinta,

Suratan takdir berkata,

Harus kita Redha.


Sesak membalut duka,

Sayang tidak menduga,

Abang tidak percaya,

Ini kehendak dari-Nya,

Supaya kita semakin dewasa.


Sesak menghukum jiwa,

Kerana keegoan jiwa,

Bergejolak memberontak jiwa,

Kerana jiwa, sesak jiwa.


Hitam singgah seketika,

Mengugat jiwa lara,

Jernih menjadi keruh,

Adakah peluang berseri kembali?


Ratapan tangis meluluh jiwa,

Sekeras batu menjadi selembut baldu.


Tiada siapa yang menduga,

Kuasa Allah yang Esa,

Hanya berkata akan terlaksana,

Langit gelap kembali ceria,

Pancaran sinar menembusi jiwa,

Sesak ghaib, senang berkuasa.


Hitam kita hanya seketika,

Kita setia putih bertahta,

Kita mesti bersyukur sentiasa,

Kelak kita ditemukan jodoh oleh-Nya.


By,

N.A. Faisal

01 Ogos 2009

nasib kita

Nasib Kita

Friday, July 31, 2009

5:06 PM


Melihat berasa hairan,

Ada sedikit simpati,

Ada sedikit empati,

Tetapi dikunci di hati,

Membantu sedikit geli.


Begitulah manusia,

Perkara baik dipuji,

Perkara buruk dikeji,

Membaiki usah dijanji,

Tidak berfikir dibelakang hari.


Insan berhati seni,

Tidak meminta simpati,

Tidak menaruh empati,

Tidak mengharap ditangisi,

Hanya mahu difahami.


Manusia hanya ciptaan Ilahi,

Baik buruk diperintahi,

Harus kita mensyukuri,

Balik nanti kita sendiri.


By,

N.A. Faisal

31 Julai 2009

manusia tanpa usaha

Manusia Tanpa Usaha

Thursday, July 30, 2009

11:21 PM


Manusia sering meminta,

Tetapi tiada usaha,


Manusia meminta jauh nun untuk digabai,

Namun tiada cara untuk mencapai,

Sebab itu apa yang diminta,

Hanya tinggal permintaan.


Manusia sering melakukan duka,

Tetapi kurang melakukan suka,

Dugaan menimpa mengugat jiwa,

Namun manusia tetap meminta tanpa usaha.


Kalaupun datangnya suka,

Itu hanya sementara,

Kerana kita manusia durjana,

Yang sentiasa lega dan alpa,

Kerana kenikmatan dunia seketika.


Yang kekal selamanya,

Hanya hak mutlak dari-Nya,

Tadahlah tangan berdoa,

Kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan selamanya,

Hanya dengan izin dari-Nya.


By,

N.A. Faisal

30 Julai 2009

rintihan jiwa..

Jiwa

Thursday, July 30, 2009

8:29 PM

Jiwa diragut keegoan,

Kerana jiwa memakan jiwa,

Jiwa yang terseksa,

Jiwa yang terluka,

Jiwa yang menangis,

Jiwa yang kesakitan,

Dek kerana jiwa penentang.


Jiwa yang menghukum,

Menghukum tak pernah puas,

Sentiasa dahagakan kemenangan,

Kemenangan yang tiada untungnya,

Malah makin menderitakan,

Menikam, merobek, mencengkam,

Membunuh jiwa-jiwa,

Yang daif menjadi aib,

Aib menjadi nazak,

Nazak akhirnya mati,

Dek jiwa memakan jiwa.


By,

N.A. Faisal

30 Julai 2009

Monday, October 5, 2009

aku memerhati..

Ketika Mengambil Air

Tuesday, July 21, 2009

2:00 AM

Semasa berjalan ke tempat

mengambil air masak.


Riuh rendah bising dengan gelak tawa makhluk manusia,

Sedangkan jam pukul 1.42 pagi.


Ketika di tempat mengambil air,

Kelihatan begitu saja air ke sinki,

Di atas lantai becak penuh air.


Berhampiran dengan pintu,

Ada sebuah seterika lawa,

Suis dipasang, tahap kepanasan dikuatkan,

Hanya untuk menggosok papan penggosok.


By,

N.A. Faisal

21 Julai 2009

mata memandang...

Kulihat, Kudengar


Tuesday, July 21, 2009

12:31 AM

Masihkah kau ingat…

Masihkah kau ingat…

Masihkah kau ingat…

Masihkah kau ingat…


Berulang-ulang kalinya,

Korus lagu itu berkumandang dilaptopku,

Nyayian kumpulan Kopratasa,

Tajuknya Masihkah Kau Ingat.


Dummm…

Ahhh… aku menjenguk ke tingkap,

Mencari arah bunyi itu,

Kelihatan plastik Tesco,

Bertaburan sampah yang pecah,

Balkoni blok MO1 hanya mampu menangis,

Menahan perilaku sibuta yang celik.


Kreenggg…

Semacam je bunyinya,

Aku mengagak bunyi tin minuman kosong,

Sah! Tin kosong,

Datangnya tiada arah,


Hai…apa nak jadi ni,

Makin tinggi darjat,

Makin rendah adat nilainya,

Langsung tak reti berterima kasih.


By,

N.A. Faisal

21 Julai 2009

cetusan rasa

Dataran Merah

Thursday, July 16, 2009

11:30 AM

Sejenak di Dataran Merah,

Siswa siswi ke sana sini,

Bunga Madras Thorn jatuh,

Ulat gonggok merenget-renget,


Semut lari lintang pukang,

Sesat daripada kumpulan,

Daun-daun pokok jatuh berguguran,

Salah satu jatuh pada bukuku.


Sedang aku berehat di kerusi besi,

Datang kawan mengadu masalah,

Mahu drop kursus,

Tetapi Dekan tiada,

Sibuk entah kemana.


Talefonku pula berbunyi,

Mesej daripada kekasih hati,

Mengingatkan supaya berhati-hati,

Kerana kasihnya pada diriku ini.


Terdengar kicauan burung diatas pokok,

Sangat mententeramkan,

Aku keletihan kembali tenang,

Namun kesunyian mendakap jiwa,

Tanpa sidia disisi sentiasa.


Lagi mesej daripadanya,

Kubaca penuh kelucuan,

Ada nada cemburu dan geram-geram manja,

Kerana Azmeer senyum padaku.


Aku masih di kerusi besi,

Melihat sekeliling Dataran Merah ini,

Ada berbagai manusia lalu lalang,

Ada Melayu, ada Cina, ada India,

Ada Melayu tak serupa Melayu,

Ada Cina yang semacam Melayu,

Namun India tetap India.


Dataran Merah semakin sunyi,

Sama seperti hati ini,

Sayangku cepatlah kemari,

Abang menanti penuh kasih sanubari.


By,

N.A. Faisal

16 Julai 2009