Benarkah Aku
Thursday, August 06, 2009
1:25 AM
Benarkah langkahku ini?
Bisakah aku berdiri?
Gagahkan aku lalui?
Atau aku hanya berilusi?
Ditengah-tengah fantasi duniawi.
Aku baru dilahirkah?
Atau aku sudah mampu berlari?
Ataupun aku sudah disenja hari?
Yang menanti ajal Ilahi.
Adakah aku berpeluang lagi?
Mengejar kilat dan senja mentari,
Yang sudah mula menyembunyikan diri,
Atau aku yang asyik masyuk sendiri?
Mungkinkah aku pendatang baru direaliti ini,
Yang mula membuka mata dari selaput yang tertutup rapi,
Adakah aku bisa meniti,
Dilautan yang penuh onak dan duri,
Hanya untuk memenuhi lumrah keinginan hati.
Ah! Mungkin aku sudah lama berdiri,
Hanya aku yang tak mengerti,
Bakat dan kurnia dari Ilahi,
Hanya aku yang menyepikan diri.
Ah! Tak mungkin,
Aku tak pernah memegang sebatang pena,
Pena yang mampu membangkitkan dinihari yang berseri,
daripada buta mata buta hati.
Aku mesti,
Kerana aku juga yakin,
Benak fikiranku juga selari,
Aku bisa berdiri,
Dengan petunjuk dan bimbingan Ilahi.
By,
N.A. Faisal
06 Ogos 2009
No comments:
Post a Comment