Saturday, December 31, 2011

Menyambut Hampirnya Kematian


Suka sungguh rasanya, hari ini sudah 31 Disember 2011. Bermakna hari ini merupakan hari terakhir pada untuk tahun 2011. Maka pada malam ini sudah tentunya banyaklah sambutan akan diadakan untuk menyambut tahun 2012. Ada yang berbentuk hiburan semata-mata, ada yang buat berbentuk keagamaan, dan tidak kurang pula yang menyambutnya dengan kecelakaan serta ada yang menyambutnya dengan penuh kehinaan.

Segala macam itu adalah untuk menyambut tahun baru!! 2012.

Fikiran aku pada masa menulis entri ini ialah, pesta menyambut tahun baru merupakan pesta menyambut hampirnya manusia ke arah kematian. Haha. Betul apa!! Makin tahun melompat-lompat dari tangga ke tangganya, maka usia kita semakin lama semakin singkat. Kematian juga semakin dekat.

Kalau yang dulunya tip top tegang sama sini, apabila beransurnya tahun, kulit yang tegang melepak itu sudah menampakkan kekedutan. Kalau dulu rambutnya hitam (bagi yang rambut hitam), sudah berubah sedikit demi sedikit menjadi putih. Kalau satu atau dua urat, pastinya yang ada isteri atau suami, menyuruh pasangannya mencabutnya. Tak ubah macam beruk  dan kapelnya (couple) mencari kutu.

Jadi, kalau yang sudah ada amalannya, baguslah kiranya. Namun jika sebaliknya, berwaspadalah.

Tak salah kiranya kita saling berpesan-pesan, seperti satu suroh al-Quran, al-Ashr (waktu) :

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
notatapakaki : Selamat Tahun Baru 2012. Sila cepat2 pasang azam baru yang merupakan azam recycle daripada tahun2 lepas yang tak pernah tercapai...haha.

Wednesday, December 14, 2011

RM500, Pelahap, & Pengkianat

Hari ini sudah 4 hari dibuka untuk rakyat mengambil borang daripada LHDN bagi mendapat duit Rm500 yang kerajaan nak bagi tu.

Alhamdulilah...

Akan merasa juga rakyat yang pendapatan bawah Rm3000 dan rakyat susah. Bolehlah digunakan menanti hari malam. Ecece bermetafora la pulak.

Yang aku nak cakap, kat kampung aku. Sebab Bapak Sedara aku tu Penghulu kampung, yang under Kerajaan Malaysia la, bukan under Kerajaan Negeri. 

Faham-faham la bila Negeri dan Pusat tak sama tapuk pemerintahan, akan ada dua Penghulu Kampung. Kampung aku tu di negeri Kelantan Darul Naim. (megah rasa sebut nama negeri..haha)

Yang aku dengar dan lihat, Pak Sedara aku tu ada cop semua borang, tak kira dari Pas atau BN. Penyokong la maksud aku. Sebab kita nak nak bergaduh sama-sama penduduk kampung. Sebabnya yang meluluskan pemberian tu LHDN, Lembaga tu yang luluskan, kita yang bawah-bawah nie pakat-pakat la berbaik dan tolong-menolong.

Setahu aku, kalau cop tu menggunakan kerajaan negeri punya, automatik anda boleh berhenti berharap untuk RM500. tapi kalau cop kerajaan Pusat, insyaAllah akan dapat. tu pun bukan wajib dapat. Ada rezeki, ada la tu.

Kat kampung aku, boleh dikatakan aman lagi la. Pas dan UMNO boleh duduk semeja minum kopi, main bola pada padang yang sama, berbual di wakaf semasa tunggu padi di tuai. Alhamdulilah lagi la.

Perkara yang aku tak puas hati, masa pilihanraya, aduiiii.... masa tu rakyat jadi gila sikit. Mengata sini, masam muka. yang menyakitkan hati, bendera lawan di cabut lempar. Aku tak mengata, tapi aku tengok sendiri, budak-budak PAS cabut lempar bendera UMNO dan BN.

Buang-buang la sikap gitu. DAN yang menyakitkan hati, bila ada penyokong dari luar kawasan datang buat huru hara. Contoh terdekat ialah masa mengundi kecil DUN Pengkalan Pasir. Datang la puak PAs dari hutan mana ntah. Datang buat kacau. Mengata orang, tapi kopiah atas kepala tak buang yang tak tahannya.

Aku bukan anti-PAS. tapi aku tak suka ada sesetengah ahli PAS yang mencemarkan kan parti itu sendiri. UMNO pun sama. dapat RM5000 masuk poket sendiri. Asalnya untuk rakyat. Parti banyak duit katakan.

Yang atasan bagus dah beri suruh bagi-bagi kat rakyat. Tapi masuk poket sendiri, buat makan sendiri. Jawab sendiri la berkat atau tak hasil kau makan tu.

notatapakaki : aku masih menunggu baucer buku RM200 yang dijanjikan untuk pelajar IPT.