Friday, May 6, 2011

Berjuang Seorang Diri

     Hari ini, aku bukan ke medan perang, bukan pula masuk bertanding gusti, jauh sekali bertanding sebagai calon pilihanraya.

    Tapi, hari nie, aku ke Sungai Petani hantar motor kat rumah abang aku sendirian, aku balik sendirian walaupun abang aku yang hantar balik USM, aku beli tiket bas balik esok sendirian, hantar novel 1515 Faisal Tehrani di pustaka yang telah habis dibaca semasa minggu study week juga sendirian, hantar anak kunci bilik Sam di CG pun sendirian, walaupun ada kawan membawa motor.

    Mengapa aku sendirian??? Aku tak pernah sendirian begini.... Sepanjang 3 tahun, malam ini aku sendirian....

Notatapakkaki :- malam ini simpan dah barang2 dan I'Allah esok bertolak balik Kelantan.

Nur Faisal
6 Mei 2011
11:26 pm

Merdeka dan Jumpa lagi

MERDEKA...!!!

Aku sudah habis exam untuk sem ini...!

Pagi esok jangka balik kampung di Kelantan.

Ini adalah entri aku yang akhir untuk kali ini, sebab kat kampung rumah aku tak ada internet, jadi tak boleh la nak post entri baru, mungkin aku hanya tulis2 je, dan simpan, nanti masuk sem depan bulan September, boleh la post3 semua tu.

Terima Kasih kepada penyinggah blog baru ini.

Jumpa lagi nanti...

Assalamualaikum...

Nur Faisal
6 Mei 2011
12 : 43 pm

Thursday, May 5, 2011

La...Masalah lagi...

Larangan Interlok di atas rak perpustakaan

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri pimpinan DAP melarang perpustakaan awam negeri meletakkan novel Interlok di rak buku teks sebagai membantah novel itu dijadikan teks sastera di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy (DAP-Prai) berkata kerajaan negeri dalam mesyuarat Exconya semalam telah memutuskan bahawa walaupun buku itu tidak dihalang untuk berada di perpustakaan awam, namun ia tidak dibenarkan diletakkan di rak buku teks.

Menjawap soalan lisan seorang penyokong kerajaan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima)pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, Ramasamy berkata, kerajaan negeri berpendapat kandungan buku itu tetap mempunyai unsur penghinaan etnik walaupun Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa pindaan.
Isu novel Interlok sebenarnya telah selesai apabila kerajaan pusat bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata, daripada 19 perkara itu, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya dan digantikan dengan perkataan 'golongan yang sama'.

Menurutnya, tiga perkara lagi iaitu berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. - Bernama

kredit : [myMetro]

Edisi Interlok yang menjadi pertikaian
     Timbul masalah lagi, dah ubah dah, sobek sini, sobek sana, kebek sini, kebek sana, soyok sini, soyok sana...! Dah la novel teks asal Interlok dah diubah...! Geram betul aku! tak bagi lagi untuk bebas! 

   Bagi aku, kerajaan dengan jawatankuasa yang menyobek Interlok telah membuatkan aku tidak berpuas hati. Contoh gulai la mudah, orang zaman dahulu, buat gulai dengan kukur kepala, dan perah dengan tangan, pastu santang gunakan untuk masak gulai. Sedap sangat tak terhingga. Zaman sekarang, santang diganti siap dengan susu, Biar sama namanya gulai juga selepas siap memasak, tetapi ramuan dan rasa asal sudah tidak sama dan tidak sesedap yang asal. Sama juga dengan Interlok yang diubah !
     Kat Malaysia nie, buku berilmu bermanfaat kepada pemikiran dan cara berfikir untuk otak tak bagi. Kalau mangga yang menyerupai majalah playboy tu ok la pulak. Lulus. Malah tak ada-ada pulak yang nak bakar2. Pelik betul! Padahal menambahkan dosa je kalau tengok dan baca.

      Yang aku peliknya, mengapa sekarang baru timbul isu ini? Cuba tengok pada gambar dibawah :
      Ha...kalau tengok pada gambar di atas, sudah enam edisi novel ini diulang cetak dengan pelbagai edisi yang diperbaiki dan dikemaskini. Mengapa tidak dulu timbulnya isu ini? Hakikat sebenar tidak boleh diubah walaupun menyelam dalam selut, cat seluruh tubuh, bakar menjadi abu! Tidak boleh...! Itulah sejarah hidup anda, dan anda harus menerimanya! Bukan dengan menentang membuta tuli, tapi dengan mata hati...!

     Yang aku tahu juga, novel ini telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, tak caye try la gi kedai MPH, kat Gurney Penang pun ada, MPH cawangan lain aku rasa juga ada. Bermakna novel ini bermakna dan mempunyai nilai yang baik bagi masyarakat.
Interlok yang diterjemahkan oleh ITNM
     Seorang penulis dan merupakan Sasterawan Negara tidak menulis untuk menghina dan menjatuhkan suatu pihak, tetapi membina masyarakat yang harmonis dan berfikir.

     Kalau novel ini tidak baik, sudah tentu novel ini tidak akan mendapat hadiah saguhati peraduan menulis sempena sepuluh tahun Merdeka. Malah pernah menjadi teks untuk pelajar sekolah sebelum ini.

     Tapi, walaupun banyak kerajaan telah beri muka kepada rakyat yang mahu diubah, tapi ada yang masih belum berpuas hati! Geram betul. Pada aku, bukan pengubahsuai yang si penuntut dan penentang Interlok mahukan, tetapi mereka mahukan Interlok ditarik balik sebagai teks pelajar tingkatan 5. Baru isu kontroversi ini akan selesai pada mereka.

Interlok edisi yang dimiliki oleh aku!
Nur Faisal
6 Mei 2011

Dibunuh lagi

     Tengah hari tadi, aku buka internet dan tengok paper Metro Online. Ada lagi kes dibunuh. Kes kali ini macam lebih tragis, kerana suami dibunuh kejam, dengan isterinya juga dibunuh kejam. [klik untuk selanjutnya]

     Kelmarin dah ada juga satu kes dibunuh. Macam3 dah jadi, macam hidup tanpa agama pulak. Bunuh membunuh dengan mengikut hawa nafsu mahu membunuh. Bukankah membunuh itu dosa besar. Kalau tidak bertaubat, masuk neraka...! Neraka bukan api bakar BBQ semasa jamuan akhir tahun persatuan-persatuan. Tapi lagi panas dan pedih...! Hukuman dunia yang pasti, hukuman mati mandatori, 302 Kanun keseksaan.

Minta2 tak akan berlaku lagi la kisah begini lagi...

Nur Faisal
5 April 2011

Terbelenggu

Aku masih terbelenggu...
Huhu... 
Ha...ha kau semua fikir lain. Ini bukan terbelenggu apa. 
      Aku masih lagi dalam mood exam. Kelmarin dan hari nie baru lepas dua paper, esok last paper. Paper U. Kelmarin paper Sastera, dan hari nie paper Pendidikan Khas.

     Semester ini memang terus terbelenggu betul la. Study week biasanya seminggu je, tapi aku dah sebulan study week. Memang letih la nunggu untuk exam. Terbelenggu...

     Harap sangat esok akan senang la sikit, sebab sejam je esok.

     Lusa balik kampung dah...hehe.

Nur Faisal
5 Mei 2011

Monday, May 2, 2011

IKLAN menjual MOUNTAIN BIKE

BERMINAT....?
SILA HUBUNGI : nafaisal24@gmail.com
HARGA BASIKAL INI : RM150
TARIKH BELI : 30/11/2011
basikal masih dalam keadaan baik, hanya digunakan dalam kampus sahaja.