Alhamdulillah. Pada 18mei yang lepas aku telah tamat Latihan Mengajar.
Pengalaman semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga tidak akan dapat
aku lupakan. Lebih2 lagi bersama murid Pendidikan Khas.
Velan yang mudah hilang tumpuan tapi meminati bola sepak serta sokong
Kelantan, Chee Boon yang suka mengacau kawan dan lambat membuat kerja serta
mengelakkan melakukan kerja, Atikah yang mudah terganggu oleh Chee Boon dan
lambat buat kerja tapi betul hasil kerjanya, Chand yang menjadi rebutan antara
Velan dan Chee Boon, Puteri dengan lagu2 jiwangnya, Mahathir... hmmm...apa ea.
Apa lagi, yang sering tak mai sekolah. Helmi yang kita harus pandai bermain
dengan kata-katanya. Wai Kit yang bercakap dalam tengkok. Farahim yang pandai
memanipulasikan orang lain. Mus yang suka mengganggu kawan. Junyi yang sentiasa
mahukan tempat pertama dan ipadnya serta selalu mahu menang. Hidayah dengan
nyanyianya. Hanisah yang sentiasa perlu dibetulkan tudung oleh PPM. Chobe
seorang yang pandai muzik dan suka pada nyanyian. Humairah...adui ini murid
yang diingklusifkan pada arus perdana. berhati-hati dengan murid ini. ABC kita
cakap ABC lah akan tersebar keseluruh sekolah tanpa ada silap ejaan atau
nahunya.
Dan aku... mengajar kelas 2. Bahasa Malaysia dan Kemahiran Hidup serta
Pendidikan Jasmani. Sesungguhnya masa 3 bulan setengah tidak cukup untuk
mengajar murid2 ini. Pada aku, aku masih memerlukan masa untuk membuatkan tajuk
yang diajar pada hari ini dan dilupakan pada hari esok supaya murid ingati
semula bagi memudahkan aku mengajar tajuk yang lain.
Begitulah hakikatnya murid pendidikan khas. dan itu hanyalah satu
kelemahan mereka. Bagi pensyarah yang tidak memahami walhal bergelar Dr dalam
bidang itu. Sungguh menyedihkan apabila dia sendiri tidak fahami murid dan
memberi komen yang tidak membina semasa aku mengajar.
Apa2 pun. Latihan mengajar telah tamat. Sekarang aku telah bekerja
sebagai Pembantu Penyelidikan pensyarah aku sendiri di USM. Dapatlah aku isi
masa lapang sebelum aku posting kemana-mana negeri yang aku sendiri pun tidak
tahu. Namun aku berharap dapat ditempatkan bagi sekolah bermasalah penglihatan
dan semestinya di negeri aku sendiri. KELANTAN DARUL NAIM...!!!
notatapakaki : aku dapat membuat perbezaan dengan murid sekolah kampung
dengan murid sekolah bandar...menghormati guru! itu yang membezakan walaupun
kepala halian!
31 Mei 2012
Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti
Sains Malaysia.
No comments:
Post a Comment