Semenjak
daripada Mei lepas, sekarang sudah masuk Julai. Itu pun tinggal lagi 11 hari
nak masuk Ogos.
Aku
bukan mengira bulan, tapi inilah nasib. Kita merancang dan perancangan kita
tidak semestinya menjadi, tapi kita tidak salah merancang. Namun sebaik-baik
perancangan daripada Allah SWT.
Berbalik
kepada aku mengira hari,
Aku
amat berharap dapat membeli kamera DSLR. Sudah lama aku inginkan, tapi bermula
Mei yang lepas, keinginan itu semakin membuak-buak. Aku mengikat perut untuk
simpan duit. Makan pun biskut cap Hup Seng, sekali dua je Chips More.
RM2000 - Harga pasaran Penang |
RM370 - Harga pasaran Penang |
Aku
berkira-kira nanti dapat gaji aku kerja untuk bulan Mei dan Jun maka dapatlah
aku beli DSLR Nikon D90 dengan lensa 50mm 1.8D. Namun, harapan tinggal harapan,
bila dapat gaji 17 Julai lepas, perancangan untuk duit melebihan duit yang ada.
ginilah rupa kamera D90 & len 50mm tu. |
Maka…senyap
je la aku. Menyimpan hasrat untuk kemasukan gaji yang akan datang. Itupun entah
jadi entahkan tidak.
Boleh
jadi, nak dapat rezeki yang lebih lagi kot. D7000.haha. mantap beb...up sikit daripada D90.
Apa
pun fikir positif. Ada rezeki InsyAllah Taala akan dapat.
Notatapakaki
: berdikari
No comments:
Post a Comment