Saturday, December 31, 2011

Menyambut Hampirnya Kematian


Suka sungguh rasanya, hari ini sudah 31 Disember 2011. Bermakna hari ini merupakan hari terakhir pada untuk tahun 2011. Maka pada malam ini sudah tentunya banyaklah sambutan akan diadakan untuk menyambut tahun 2012. Ada yang berbentuk hiburan semata-mata, ada yang buat berbentuk keagamaan, dan tidak kurang pula yang menyambutnya dengan kecelakaan serta ada yang menyambutnya dengan penuh kehinaan.

Segala macam itu adalah untuk menyambut tahun baru!! 2012.

Fikiran aku pada masa menulis entri ini ialah, pesta menyambut tahun baru merupakan pesta menyambut hampirnya manusia ke arah kematian. Haha. Betul apa!! Makin tahun melompat-lompat dari tangga ke tangganya, maka usia kita semakin lama semakin singkat. Kematian juga semakin dekat.

Kalau yang dulunya tip top tegang sama sini, apabila beransurnya tahun, kulit yang tegang melepak itu sudah menampakkan kekedutan. Kalau dulu rambutnya hitam (bagi yang rambut hitam), sudah berubah sedikit demi sedikit menjadi putih. Kalau satu atau dua urat, pastinya yang ada isteri atau suami, menyuruh pasangannya mencabutnya. Tak ubah macam beruk  dan kapelnya (couple) mencari kutu.

Jadi, kalau yang sudah ada amalannya, baguslah kiranya. Namun jika sebaliknya, berwaspadalah.

Tak salah kiranya kita saling berpesan-pesan, seperti satu suroh al-Quran, al-Ashr (waktu) :

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
notatapakaki : Selamat Tahun Baru 2012. Sila cepat2 pasang azam baru yang merupakan azam recycle daripada tahun2 lepas yang tak pernah tercapai...haha.

Wednesday, December 14, 2011

RM500, Pelahap, & Pengkianat

Hari ini sudah 4 hari dibuka untuk rakyat mengambil borang daripada LHDN bagi mendapat duit Rm500 yang kerajaan nak bagi tu.

Alhamdulilah...

Akan merasa juga rakyat yang pendapatan bawah Rm3000 dan rakyat susah. Bolehlah digunakan menanti hari malam. Ecece bermetafora la pulak.

Yang aku nak cakap, kat kampung aku. Sebab Bapak Sedara aku tu Penghulu kampung, yang under Kerajaan Malaysia la, bukan under Kerajaan Negeri. 

Faham-faham la bila Negeri dan Pusat tak sama tapuk pemerintahan, akan ada dua Penghulu Kampung. Kampung aku tu di negeri Kelantan Darul Naim. (megah rasa sebut nama negeri..haha)

Yang aku dengar dan lihat, Pak Sedara aku tu ada cop semua borang, tak kira dari Pas atau BN. Penyokong la maksud aku. Sebab kita nak nak bergaduh sama-sama penduduk kampung. Sebabnya yang meluluskan pemberian tu LHDN, Lembaga tu yang luluskan, kita yang bawah-bawah nie pakat-pakat la berbaik dan tolong-menolong.

Setahu aku, kalau cop tu menggunakan kerajaan negeri punya, automatik anda boleh berhenti berharap untuk RM500. tapi kalau cop kerajaan Pusat, insyaAllah akan dapat. tu pun bukan wajib dapat. Ada rezeki, ada la tu.

Kat kampung aku, boleh dikatakan aman lagi la. Pas dan UMNO boleh duduk semeja minum kopi, main bola pada padang yang sama, berbual di wakaf semasa tunggu padi di tuai. Alhamdulilah lagi la.

Perkara yang aku tak puas hati, masa pilihanraya, aduiiii.... masa tu rakyat jadi gila sikit. Mengata sini, masam muka. yang menyakitkan hati, bendera lawan di cabut lempar. Aku tak mengata, tapi aku tengok sendiri, budak-budak PAS cabut lempar bendera UMNO dan BN.

Buang-buang la sikap gitu. DAN yang menyakitkan hati, bila ada penyokong dari luar kawasan datang buat huru hara. Contoh terdekat ialah masa mengundi kecil DUN Pengkalan Pasir. Datang la puak PAs dari hutan mana ntah. Datang buat kacau. Mengata orang, tapi kopiah atas kepala tak buang yang tak tahannya.

Aku bukan anti-PAS. tapi aku tak suka ada sesetengah ahli PAS yang mencemarkan kan parti itu sendiri. UMNO pun sama. dapat RM5000 masuk poket sendiri. Asalnya untuk rakyat. Parti banyak duit katakan.

Yang atasan bagus dah beri suruh bagi-bagi kat rakyat. Tapi masuk poket sendiri, buat makan sendiri. Jawab sendiri la berkat atau tak hasil kau makan tu.

notatapakaki : aku masih menunggu baucer buku RM200 yang dijanjikan untuk pelajar IPT.

Tuesday, November 15, 2011

Apa kata ANDA?

apakah yang anda akan rasa kalau :
  1. semua orang di dunia ini adalah OKU, dan...
  2. hanya anda seorang sahaja orang yang normal...
apa komen anda ???

9 Jam vs Buku Jingga

"Lebih baik tersalah kain daripada tersalah cakap". tu kata2 orang tua-tua. dan banyaklah hikmah di sebalik kata-kata itu. kerana mereka lebih dahulu mengalami pengalaman semacam ada di dunia ini.

Yang kau nak cakap di sini ialah ada dalam paper Harakah Daily, bertajuk "Perintis : Mengapa Melaka dipilih?". ada la sorang mamat nie, cakap macam tahu semua dan memahami bebanan dan tugas seorang guru. Bajet smart la kononnya. Cakap kerajaan Malaysia (dia fokuskan kepada BN la bajet2) tidak sepatutnya menambah bebanan kerja guru, dah dengar kerja 9 jam pun guru dah resah.

Waa...bajet bijak la tu cakap gitu. Kat bawah nie aku copy & paste artikal tu, mungkin ada yang fobia nak tengok Harakah :

Perintis: Mengapa Melaka dipilih?
Ahmad Danial

MELAKA, 15 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.

Adly berkata, beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak kerana bukan sekadar bekerja di sekolah tetapi dibawa hingga ke rumah.

Justeru, katanya kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.

"Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan langsung kepada mutu pendidikan negara," ujar Adly.

Menurut Adly fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan di samping meningkatkan kualiti, maka perhatian serius perlu diberikan kepada peningkatan gaji dan insentif.

"Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih?" tanya beliau mengenai Melaka salah satu negeri yang akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam.

"Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sedia ada."

Beliau juga menyokong langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu.

"Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan langsung kepada mutu generasi akan datang. Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji," katanya lagi.

Sebaliknya, menurut Adly cadangan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga bagi memberikan insentif RM500 sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.



Ha... dah habis baca???

Bajet memahami la kononnya tu...

Guru jangan bebankan dengan kerja yang dah terbeban, tapi bagi gaji naik, bagi insentif... Nak kata bodoh pun Peseruhjaya Pas Negeri, tak mengapalah Adly, aku cakap kau kurang tahu la...

Dalam buku jingga kata nak bagi RM500 sebulan? kan? bagaimana nak bagi tu?? kepada smeua guru ke macam mana? buat Adly yang serba tahu kononnya... bukan semua guru ada bebanan kerja yang sama. contoh kalau kau buat kerja banyak dapat insentif RM500, dan aku buat kerja sikit, juga dapat RM500. Kau rasa macam mana??? Adil??? kebijaksaan kau dapat dinilai daripada jawapan kau untuk pertanyaan itu. haha...

Satu lagi, guru jadi terbeban dengan kerja di sekolah dan 'bebanan' (menurut kata si Adly tu), di bawa ke rumah. Tu bukan masalah Kerajaan. Tu masalah mereka sendiri, kenapa tidak pandai menguruskan masa dan tugas??? Dan masa 9 jam tu macam2 boleh dibuat Lie (Adly).

Lepas pelajar balik semua, kalau tak ada kelas tambahan, untuk tunggu sampai masa balik,
1. guru boleh buat perancangan untuk pengajaran & pembelajaran untuk keesokan harinya.
2. guru boleh menyemak kerja pelajar.
3. juga guru boleh menilai pengajaran mereka.
4. boleh juga guru buat ABM untuk pengajaran akan datang.

bla...bla...bla...

Kan sistematik tu kerja guru, kalau 9 jam yang di perintiskan dilaksanakan dengan elok. Nie dah baru nak start Perintis, ada yang cantas, suruh 'suap' bagi insentif. Macam kaya sangat. Lepas tu tak ada duit la, korek duit rakyat pula untuk tampung modal negara. Akal ada ka(bak kata arwah m.Rajoli?

Aku tak yang kau cakap tu Lie ada dasar kau sebagai pembangkang, orang buat tu tak kena, nie tak kena, buat kalau 'pihak' kau yang buat, adui... semua bagaus dan perfect.

"sekilas bendera di puncuk kemboja, sudah kutahu warnanya" hahaha

notatapakaki : pepatah asal untuk baris akhir ialah "sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya"

Monday, October 10, 2011

Pensyarah yang KORAP

Pensyarah...

adakah mereka orang yang pandai dalam segala2nya???

aku timbulkan persoalan ini kerana aku sendiri melaluinya, melalui detik berhadapan dengan pensyarah.

pada masyarakat umum, merekalah orang yang paling pandai dan paling bijak. tahu dalam semua perkara.

kalau sebut sahaja, "apa kerja kau?", "aku kerja sebagai pensyarah..."

sangat tinggi tingkat penghormatan yang diberikan oleh masyarakat kepada pensyarah.

walaupun mereka..., ada dalam kalangan mereka yang KORAP!!

mereka itu bukanlah tahu dalam semua perkara! mereka hanya tahu perkara atau pelajaran yang mereka ajar sahaja.

tetapi apabila mask bab di luar bidang ilmu mereka! mereka lebih BODOH daripada KURA2. BENTAP LEMBAP!

oh..!! aku minta maaf pada kura2, nama anda aku terpaksa pinjam untuk melambangkan kebodohan sesetangah pensyarah!

walaupun engkau kura2 tidaklah sebegitu, tapi pensyarah itu sebegitu, dan ada sesetangah pensyarah yang menggunakan nama2 makhluk2 senyawa sepertimu untuk melambangkan diri orang lain. mereka melakukan demikian kerana merasakan diri mereka betul!! TIDAK!

TIDAK sebenarnya! kita manusia sering kali meletakkan hukuman pada sesuatu pada perspektif diri kita sendiri! sama seperti sesetengah pensyarah ini! mereka meletakkan 'hukuman' berdasarkan mata mereka sahaja yang difikirkan oleh mereka yang 'syok sendiri' tahu dan pandai segalanya!!

merekalah sebenarnya KORAP, HAPRAK, dan perkataan seerti dengannya!!

ada orang kampung pernah cakap "kalau engkau pensyarah, engkau pandai dalam bidang engkau sahaja, tapi bidang lain engkau BODOH lebih daripada tunggul kayu"

memang betul, mereka tidak semuanya tahu!! jadi masyarakat perlu ubah persepsi mereka, TIDAK SEMUA PENSYARAH ITU BAGUS DALAM SEMUA PERKARA!!!

Saturday, October 8, 2011

Jabatan keselamatan...


Jabatan keselamatan...
Wow...gah rasa... rasa didampingi macam VIP (very important person). Yihaaaa.... aku nak duduk. Nak berdiri. Nak berjalan. Nak tidur lagi la senang hati. Nak menerap. Nak berguling. Nak luncur ais apatah lagi. Senang gumbira rasa hati. Ada pengawal keselamatan. Ada jabatan keselamatan.
Eh...? kenapa penyambung palam pencucuh (plat) motor aku tak ada nie? Sape yang bintang sial celaka yang curi...!!! sape yang gila sangat kat wayar penyambung plat tu?? Ala menda gitu pun nak curi...??? nak makan ke apa?
Sial betul...!!! dengan kekecewaan dengan pentadbiran dan karenah birokrasi yang korup aku mencatat kat sini. Ya! Kat sini. Blog aku sendiri. Pergi ke jabatan keselamatan US*, hampir sejam lamanya laporan diambil! Aku nak lapor penyambung plat aku yang hilang dicuri oleh si sial je...! tak kan sampai dekat sejam??? Gila kerja betul...macam nak siasat kes aku rasuah curi duit rakyat pulak!
Dari jam 9:10 pagi, aku ke jabatan keselamatan. Mula-mula berjumpa dengan sorang guard (pengawal keselamatan) nie. Aku cakap la nak buat laporan penyambung plat aku hilang kena curi. Dia pun tanya la serba sedikit. Aku dengan tenang fikir, “prihatin jugak jabatan kebentapan nie.”  Eh tersilap luah kemarahan pulak. Maap ye.  
Sambung...
Selepas tu, guard tu gi tekan-tekan komputer, pah tu panggil aku suruh isikan maklumat diri dan laporan yang aku ingin lapor. Eh? “kan tu kerja dia,” ya kerja dia. Tapi dia ‘sibuk’. Jabatan kesibukan katakan. Aku pun isi la dengan perasaan maklumat laporan lebih senang aku yang luahkan daripada mereka dengar aku cakap dan misunderstanding pulak. Dan memang dan mis dah pun...!
Kenapa?
Rupanya komputer tu isi laporan yang zaman dinasour punya! Pah tu, ada guard lain pula cakap. Kena guna komputer nie, sambil tunjuk komputer sebelah kanan kaunter jabatan kebentapan tu. (kali kedua cakap dah kira halal). Pah tu ada guard tu isi-isi la, yang guard nie ok sikit, rajin dan tak ‘sibuk’ macam yang tadi. Aku bagi kad matrik dan i/c je, pah tu pepandai la ye. Aku pun dah malas...! aku benci pentadbiran yang korup!
Aku ingatkan dah tamat sakat dia je. Masalahnya sistem tu baru. Ada orang lain pula yang datang tolong. Bukan sekali, tapi 4 5 kali mai tolong buat. Pah tu pandai pula cakap ;
“maaf ya dik, gini la sistem down.”
Eh-eh... oooo aku jawab, tanda layan je...
Biar rasa nak ambik mouse dan keyboard tu nak buat sendiri.
Dah tu, bukan takat yang dua orang guard mai buat. Mai pula dia punya bos aku kira. Sebab dia pakai kameja biasa. Kalau guard rendah tentu pakai uniform guard kan. Dia pun buat-buat la. Masuk-masuk maklumat apa-apa semua. Pah tu boleh submit la.
Aku masa tu tak duk kat mereka dah. Malas. Sambil fikir “nyesal pula mai report, ingat lagi senang, tapi lagi menyusahkan, ambik tindakan tak tau la. Patut pun ramai yang hilang barang sikit-sikit tak mai buat report pun.” Aku mengeluh dalam hati, sambil masa tu la aku ambik gambar-gambar dengan kamera fon. (resolusi baik apa gambar kamera aku).
Hajat nak balik dah. Tapi, ada salah lagi. Sepatutunya laporan aku dimasukkan dalam sistem yang 3k (kecurian, kemalangan, kecurian). Tapi yang tadi punya laporan masuk dalam aduan. Pegawainya yang bagitahu. PEGAWAINYA...! tu pegawai tu, kalau anak buah tak tahu la. Pakai K.O. terus!!!
Duk main kongkalingkong situ je. Dia nak isi semula dalam sistem 3K tu. Pah tu dia isi la, than, dia back kat kolum aduan untuk copy anda paste laporan aku tulis. Ok la boleh. Tapi bila dia back balik ke page 3K tu. Semua yang dia dah isi, lost, sebab tak save sebelum nie.
Aduiiii......... aku janji...! aku janji tak kan bagitau ini di jabatan keselamatan mana. Aku tak bagitahu! Sumpah makan sate 30 cucuk bak kata P.Ramlee dalam cerita Madu Tiga. Kan bagitahu jatuh la maruah depa. Jabatan dalam U. Tapi penggunaan sistem macam budak kat sekolah pendalaman. Tu la pasal, asyik tahu pegang wokie talkie je. Yang tu mahir sangat.
“gini la dik kalau sistem, tambah-tambah nie sistem baru.”
Lailah... sistem orang yang buat ok dah, kalau tak ok lagu mana boleh lulus untuk jabatan kebentapan guna! Sistem yang masalah ke? Engkau guard yang masalah? Selalu je salahkan sistem! Ayat zaman teknologi maklumat. Meluat dengar! Jenis manusia yang ego! Tak mahu mengaku salah sendiri!
Kan kau orang! Manusia! Sistem tu kau yang buat. Jadi kau kena tahu la...!
Maap. Ini catatan mengkritik pentadbiran yang korup!
Pah tu, siap la report aku buat, masa nak balik tu, mereka cakap la nanti Unit Khas akan ambil tindakan.. Alhamdulillah la gitu. Yang rasa tak puas hatinya. Mereka cakap, sekor tu la tanya sekor lagi.
“apa sebenarnya hilang.”
“ala tu je, wayar penyambung plat tu je.”
Memang sial guard pun. Perkataan ‘ala’ dan ‘je’ tu membuatkan aku tak puas hati. Dan aku pun cakap ok tak pela gitu. Terima kasih la. Dan terus keluar. Hampir sejam aku kat situ. Dari jam 9:10 pagi sampai aku keluar 9:50, yang ada hanyalah memenuhi ruang laporan mereka je. Habuk pun tara! Kalau betul ambil tindakan alhamdulillah la.
Aku pun tak hingin dan tak fikir pun akan dapat balik menda tu. Dah kena curi. Orang yang mencuri tu pun sememangnya betul-betul nak curi. Kalau tidak tak kan motor aku yang parking rapat dengan dinding pun dialih dan dicuri wayar penyambung plat tu.
Cuma, laporan aku buat tu supaya mereka (jabatan Kelembapan) tu ambil tindakan dengan letak CCTV banyak sikit. Pah tu buat pemantauan. Pintu utama tu, tutup dan buka hanya untuk pelajar U saha dan buat pemeriksaan selalu. Nie tidak, buka je, sampai ada orang luar pun boleh masuk. Sekarang pun ada pelajar kolej komuniti Balik Pulau tinggal kat asrama aku duduk. Keselamatan down terus! Sampai pelajar tu boleh bawa motor keluar masuk keluar masuk. Mana autoriti kami sebagai pelajar U yang sah!
Tapi aku tak tuduh mereka yang curi, tidak sama sekali. Tapi yang aku tekankan, buat la pemantauan betul-betul. Nie tidak, ada sekor guard tu, orang balik masjid hari Jumaat pun tutup jugak gate nak masuk ke asrama. Gila ke apa? Orang gi masjid mana bawa kad matrik! Tapi ada jugak dia buka gate tu. Tapi time tak ada apa-apa aral. Dia akan buka la. Nana betul.
Dan apabila balik ke asrama aku, aku berhajat la nak gi tengok rakaman CCTV yang dipasangkan betul-betul mengadap motor tempat aku parking semalam. Memang betul-betul arah motor aku. Tapi, kerani tu pulak cakap, CCTV tu bukan mengarah kat parking motor situ. Habis untuk apa CCTV tu, beli yang murah ke apa? Boleh fokus satu tempat je. Ke CCTV beli pasar malam?
Dah! Tutup! Yang hilang kena curi tu kira tak ada rezeki la. Lets gone by gone. Yang aku tuntut! Tak kan berlaku lagi selepas ini. Biar barang yang dicuri tu ala atau je. Tapi keselamatan telah tidak aman lagi dan terancam! Aku pun tak mau fikir dah. Aku pun dah beli yang lain. RM5 jugak yang si sial guard tu cakap ‘ala’ dan ‘je’ tu. Kalau ala dan je tu, barang harga 10sen boleh tahan kira.
Malulah kalau jabatan keselamatan. Tapi US* tak selamat 100%. baik buat tanaman hidroponik kat dalam jabatan tu, boleh juga buat makan dan jana pendapatan. Kan pertanian itu perniagaan sekarang.
Aku menentang pentadbiran yang korup...!!!
Dah3. Kerja3. Kan anda sibuk kan.
Sekarang...! aku dah mula merasai aku memang VIP. Mean? Very Idiot Person. Huhu. (gelaran nie aku dapat sama masa tingkatan 4 kelas Sains. Kami semua pelajar lelaki dapat title VIP nie. Tapi sains SPM aku membuatkan cikgu tu cakap.....)
“Aik...? dah habis?”
“Iye la habis dah. Kenapa?”
“Eh tak kan situ je? Nak dengar lagi cerita kau!”
“Cerita apa?”
“Tu yang kau jadi VIP dan apa cikgu tu cakap?”
“Ooooooo.........”
“Apa oooo? Cakap, cakap tu x!”
“Hai marah...”
“Ok, aku dan kawan dapat title tu sebab tak pandai masa tingkatan 4 sains. Ph tu...aku malas menulis lagi....”
Bersambung......
“eeeeeeeeeeeeeee.........!”
Nur Faisal
20 April 2011

Nyawa hanya berharga RM150.
Sangat murah dan amat jijik nyawa manusia di mata manusia. 

Pada Ahad yang lepas, aku berada dikampung untuk hantar Cik balik kampung lepas konvokesyen si USM. Aku balik kampung pada hari sabtu, dan pada hari ahad, aku dalam perjalanan ke Lati. Lepas selekoh jalan BSN Pasir Mas, aku mula memecut, untuk mempercepatkan perjalanan aku yang mengejar masa.

Sampai kat simpang dekat Tabung Haji di Pasir Mas yang berhanpiran market Bilal. Ada la seekor kancil nie yang dipandu oleh semanusia pak cik tu yang buta aku kira. Sudah la keluar jalan besar, slow2 pulak tu macam itik pulang petang. Kalau betul2 itik tak mengapa, aku pijak terus mampus itik itu.

Ini kereta kancil yang dipandu oleh seekor pak cik! Tadi semanusia, ini dah seekor!
Pada masa itu, aku nampak kereta tu keluar, aku yang tengah laju, tekan la hon moter, peeeeeekkkkkkkk...... aku nampak betul2 nak langgar tengah kereta tu. Tapi nasib aku baik. Aku mengelak sikit, nak aku rungkas (panjat) depan bumper kancil tu, dan terseret dalam kadar jauh 10 meter kot... dalam  4-5 langkah gitu. Aku pun tak sempat nak ukur sebab terkejut. Dan mana ada masa nak ukur, kereta pun banyak!

Lepas tu, aku terseret macam filem Hantu Bonceng tu, yang part Zizan jatuh motor sebab hantu ada tepi dia tu?ingat? Ha... macam gitu la aku jatuh motor!

Alhamdulilah aku hanya luka di tapak tangan, dan ibu jari. Mungkin terheret masa pegang atas tar masa terseret. Kesan di tapak tangan pun masih ada lagi! Kaki aku juga tercalar sikit, dan nasib baik juga aku pakai seluar jeans, kalau tidak memang terlolos habis betis aku di makan tar! Seluar jeans LOIS aku pun ada tercalar warna sikit dimakan tar! (tu yang paling sedih, dah la baru beli)

Masa tu, aku bangun dan cakap dengan sendiri Astagfirullah al-Azim dan Allahuakbar beberapa kali! Aku cuba kawal marah aku. Aku tengok yang pandu kereta kancil adalah seekor pakcik! Jadi walaupun dia yang salah, tidak salah bagi kita untuk bersabar!

Polis pun ada juga masa itu! Polis pun ada bagi pilihan, untuk aku buat laporan kat Balai atau settle sendiri kat situ! jadi aku ambil keputusan untuk settle kat situ aje. Aku pun tak la luka mana. Alhamdulilah sangat2..

Pak cik tu kata selesai lalu la dok. Berapa nak?..amboi3 sedap mulut je! Aku siap terseret atas jalan raya, dia rilek je duk dalam kereta, salah dia, dia boleh main tanya nak berapa.

Aku pun cakap, pakcik nak bagi berapa. Dia pun kata bagi Rm100 la. Aku pun kata tu banyak juga motor punoh, kena beki lagi. Dia pun kata kita pun tak dok pitis jugak. Pas tu aku cakap, tak boleh, Polis pun cakap tu salah pak cik. Dia pun wat keluar la duit Rm100 dan bagi kat aku.

Aku pun kata halal nie pak cik duit nie. Dia pun cakap ya sambil angguk kepala. 

Aku pegang motor dan pijak kat pemijak kaki yang bengkok rapat di kulit enjin. Dan... patah! Aku pun apa lagi... masa tu di adok tengok2 kereta dia yang tercalar dek cat motor aku. Dan aku pun mintak RM50 lagi! Aku kata tu kalau setakat bengkok boleh lagi betul2kan semula, nie dah patah kena beli lain dah nie!

Yang aku geramnya... dia nak bagi Rm10! Naik angin la aku! Aku cakap eh tak boleh, tu patah tu kalau bengkok tak apa lagi! Aku tegaskan suara aku! Sedap2 je nak bagi RM10! Ada apa dengan RM10?beli top up habis licin! Beli ikan selayang pun dapat dua kilo je! 

Dia pun keluarkan RM50 dan bagi kata aku dengan muka nampak nak marah. Aku pun ambil je la, apa aku peduli! Dah memang salah dia! Boleh jadi pengajaran pada dia dan aku!

Dia – pastikan tengok kiri, kanan, dan kiri, dan kanan... dahulu sebelum melintas, dan bila keluar tu, lajukan kereta itu, buka maca itik pulang petang!

Aku – bila naik motor tu perlahan sikit, nak2 dekat ada simpang!

Aku pun start motor dan teruskan perjalanan ke Lati...

Notatapakaki : pastikan baca doa kenderaan agar kecelakaan dielakkan dan kelukaan diatasi!


Alhamdulillah, semalam Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak selamat membentangkan bajet 2012. Banyaklah perkara2 baru terjadi dan dilipat gandakan. Yang untung dan sentiasa tersenyum tidak lain tidak bukan, penjawat awam. 
 
Penjawat awam, atau lebih dikenali kerja kerajaan adalah insan yang paling beruntung, kerana, Perdana Menteri ada cakap semalam merekalah yang membantu kerajaan dalam pentadbiran, dan perancakan pembangunan negara. Sangat beruntungnya mereka. Walaupun kerja kerajaan yang ada memihak parti pemerintah atau pembangkang, bila dapat habuan begitu, yang benci pun senyum, yang menyokong tu sama telah la.

Yang aku nak cakap nie, pelajar Universiti pun dapat habuan juga! Ini yang aku nak dengar, rezeki katakan, 

Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.” Tu aku petik daripada akhbar utusan hari ini.

Yang aku nie pelajar universiti, aku pasti akan menunggu habuan yang telah dijanjikan itu, RM200 baucar buku. Aku pasti akan menantinya. Atau ini hanya untuk pelajar baru??? Zalimlah kerajaan, aku pasti akan sokong pembangkang!!!

Pada aku, biasanya orang atasan sentiasa cakap3, akan beri itu beri ini. Mereka sudah memberikannya. Tapi yang menyedihkan ialah, orang2 bawahan! Orang bawahanlah yang korap!! Atau lebih sesuai dikatakn, lebih sudu dari kuah! Bantuan dan segala macam yang dijanjikan oleh orang atasan seperti Perdana Menteri melimpah ruah. Kalau betul seperti yang diberikan sejujurnya kepada rakyat, rakyat sudah boleh mendabik dada senang hati dengan pemerintahan dan pentadbiran BN. Tapi ini yang berlaku sebaliknya.

Itulah sebabnya sudah 20 tahun lebih BN tidak boleh menang dan menawan kembali Kelantan daripada kerajaan PAS. Kalau lihat pada pentadbiran Perdana Menteri, dan sejujurnya habuan dijanjikan diberikan, aku pasti, Kelantan boleh ditawan oleh UMNO untuk pilihanraya tahun ini.

Biarlah ada yang mengatakan bajet kali ini lebih kepada bajet umpan pilihanraya, bukannya bajet membangunkan negara, tapi kalau rakyat mendapat kesenangan, kami rakyat menerimanya denga hati yang terbuka.

Kadar kenaikan pangkat guru juga membuatkan guru2 tersenyum, daripada dahulu 10 tahun perkhidmatan baru boleh naik pangkat, sekrang diturunkan kepada 8 tahun. jadi ramailah guru2 akan tersenyum…

Ini yang buat aku tak sabar nak habis belajar dan posting awal2.haha.

Apa2 pun, orang atasan perlu sentiasa memantau perkembangan dan perjalanan agihan bajet 2012 berjalan dengan tertib dan adil!!

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2012 hari ini mengumumkan pembinaan lebih 75,000 unit PPR di bawah RMK-10; pembinaan Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan Syarikat Perumahan Negara Berhad”

Ini satu lagi, yang banyak dikorapkan oleh orang2 bawahan, kat kampung aku banyak sangat rumah PPR yang diselewengkan oleh pihak pentadbiran bawahan UMNO! Ada tu, orang dah kaya, tapi diberikan juga rumah tu, lepas tu sekarang rumah PPR yang dibina dijadikan dapur oleh orang tu. 

Jadi? Mana miskinnya orang itu. Orang itu mendapat rumah itu sebab dia baik dan bersaudara dengan ADUN Pengkalan Pasir yang menang ketika pilihanraya kecil tapi kalah kepada PAS ketika pilihanraya umum. Itu telah membuktikan beliau tidak ikhlas bekerja untuk rakyat, oleh sebab itu rakyat tidak mahu dia jadi ADUN.

Kalau sekali lagi UMNO meletakkan belas ADUN tu sebagai calon di Pengkalan Pasir, alamatnya kalah lagi la UMNO. Aku dapat jamin!!!

Notatapakaki : tak sabar menunggu pilihanraya umum akan datang, ura2nya sudah ada!!