Assalamualaikum kepada yang akan menjawab salam ini,
Blog ini hampir sedikit terbengkalai gamaknya buat masa sekarang. Almaklumlah sudah ada dua. Walau sesetia mana sekalipun, kalau sudah ada dua, pasti akan terabai juga pada suatu ketika. Ada cerdik pandai pernah berkata, "Apabila kita mendapat sesuatu, kita akan kehilangan sesuatu". Aku pun tidak berapa ingat siapa yang menuturkan kata-kata itu, tapi aku pernah membacanya seketika sebelum ini.
Sedari pagi tadi ungkapan itu muncul dan memaksa aku memikirkan maksud disebaliknya. Pada pandangan aku, mungkin apabila kita mendapat sesuatu, kita pasti akan kehilangan sesuatu yang lain. Walaupun sesuatu yang kita perolehi adalah bernilai pada kita sendiri. Contohnya, kita belajar dan mendapat ilmu. Ilmu itu suatu kebaikan. Tetapi kita tidak boleh menidakkan yang kita kehilangan masa. Walaupun masa itu digunakan ke arah yang baik, tetapi masih pada hakikatnya adalah kehilangan dan tidak mungkin dapat ditarik kembali atau kita memutarkan waktu semula.
Alahai, aku rasa aku nak cakap tentang blog aje, tersasar ke jalanmu la pulak. Aku nak cakap yang aku kurang memberi perhatian dan update blog ini kerana sedang menfokuskan pada blog projek kursus. Pada projek itu, aku dan seorang kawan ahli kumpulan perlu membuat online module. Dengan ilmu tentang ICT yang kurang atau lebih tepat dikatakan tidak tahu menahu tentang ICT, maka bermasalahlah aku. Jadi, dalam hujan lebat kumembawa diri (lirik lagu Syella), dalam keterpaksaan, buat jugaklah. ini link blog projek aku itu. http://faisalwanpgt436e.blogspot.com/ . Kepada yang berkesempatan, bolehlah layarinya dan komen membina.
Sekian.
No comments:
Post a Comment