Rimas, lemas, terembas, bebas, duit samas (50sen). Adui! bangun pagi sekarang nie memang kena pagi betul la. Kalau bangun sedikit pagi, ada saja kesukaran yang bakal mendatang dan membuatkan rimas, lemas, terembas. Menuntut untuk bebas. Ko keh ko keh...! ha tu bunyi begitu bermakna, mereka datang mereka datang. Mereka? Siapa? 'nenek' cleaner la oii.. apa kebenda pun aku tak tahulah, dulu kat Desasiswa R**** uncle2 yang datang untuk cuci bilik air, dan kedatangan mereka tidak menbebankan. atau dengan erti kata lain, tidak menyerabutkan. Tapi yak sekarang, 'nenek2' yang datang. Adui, rimas lemas terembas rasanya. Kita nak mandi dan almaklumlah bagaimana rupanya bila berada didalam bilik air, hanya bertuala sahaja. Mereka pula datang nak cuci. Kalau dulu uncle, kalau datang nak cuci, dan kita nak mandi, mereka akan pergi cuci bahagian lain dahulu, tapi 'sinenek' nie pula, tak mahu berganjak. Alahai, kita la plak kena masuk bilik semula. Nak sekeh atas dahi pun 'nenek'.
TETAPI
Sebut pasal cleaner, aku teringat jugak satu hari, aku kenakan uncle cleaner tu. Bila ingat semula memang lucu la, buat aku ketawa dalam hati sorang-sorang, nak -nak ketika ada kerja, ingat-ingat la perkara lucu, bila lucu hati terhibur, bila terhibur, serabut dengan kerja pun lenyap sedikit demi sedikit. Kisahnya ketika aku lorat gaduh (mean nak cepat/tergopoh gapah) nak pergi ke kelas. Masa tu duduk pun tingkat 5, dan bilik berhampiran dengan lif, jadi jalan utama bila nak turun, lif la jawapnya. Lain la sekarang, bilik pun dekat dengan tangga, nak turun banyak guna tangga dah. Senaman sikit, biar tidak memberi apa-apa kesan pun). sambung cerita, Dan, aku mula menekan-nekan butang lif untuk turun, alahai dengan lorat gaduhnya, lif pula yak lama nenek kebayan, lambat siput babi nak boleh terbuka. Nombor yang tertera kat lif tu, adalah nombor 1. Ini bermakna, lif tu ada kat tingkat 1. Berbekalkan kegeraman dan keloratan, aku mula mencocoh-cocoh butang lif itu dengan sekuat tenaga walau aku tahu lif tu akan terbuka juga kalau tekan sikit pun. Guna jari pun boleh apa...(cam treademark iklan je).
AKHIRNYA
Penantian akhirnya tiba. Tidak lagi satu penyeksaan macam lagu Gemulah Zubir Ali dan band Harmoni. Lif pun muncul dan terbuka. Aku mula menyabarkan diri, dan sampai-sampai kat tingkat 1. Dengan lorat gaduh nak pi kelas nie. Satu pemandangan yang menyakitkan hati berada di depan mata. Adui, menyakitkan hati betul. Betul-betul menyakitkan hati. Hati betul-betul sakit. (macam sama je makna ayat). Ada baldi, dan penyapu lantai yang teguh menghalangi pintu lif. Astaga! patut pun aku yak lamah tumah nunggu kat tingkat atas lif lambat naik. Ada malaun nie rupanya. Dengan tingkat kegeraman daripada kesabaran yang sedang mereda, maka timbullah tanduk sial untuk membuat 'amal jariah'.
AMAL JARIAH
Apabila check line kiri kanan depan belakang dan atas clear, tanpa segan silu dan bangganya, aku menolak Setan sial (baldi berisi air dan penyapi lantai) kedalam lif. Aku memperkenankan kemahuan baldi itu yang mempunyai kemahuan yang melonjak-lonjak untuk menaiki lif. Amal Jariah katakan. Maka sempurnalah kemahuan Setan Sial itu. Aku tanpa segan silu dan dengan tidak diketahui oleh tangan kiri, tangan kanan aku mula mengeluarkan jari telunjuk, dan menekan butang nombor 9. Iaitu ke tingkat teratas sekali. Aku berfikir mesti SS itu berbangga dan beterima kasih denganku.
PENGAKHIRAN
Dalam beberapa saat sahaja, muncullah uncle clener, daripada bilik stor simpanan barang-barang clener dan menuju ke lif tempat SS diletakkan. Dan aku sememangnya nak tergelak dan sudah ketawa dalam dada, apabila melihat muka uncle itu. mesti dia fikir " eh mana baldi aku letak kat depan pintu lif tadi" atau mungkin " eh aku letak mana baldi tadi, rasa sini dah" atau juga mungkin " aku bermimpi atau dimimpikan" atau juga uncle tu blur.
Adui, sorry uncle, kesian jugak kat uncle tu, dia baik dan rajin cuci bilik air blok sini, tapi tu la, bergurau dituntut juga kadang-kadang.
Ikan keli di dalam perigi
Perigi berteduh si pohon ceri
Lain kali letaklah lagi
Uncle boleh mencari-cari
Selepas itu aku pun tak tahu dakah terjumpa atau sebaliknya baldi beliau dan penyapu lantainya. Tapi aku tengaok bilik air hari tu tidak bercuci jugak. hahaha.
No comments:
Post a Comment