Tuesday, January 25, 2011

Interlok

     Karya agung tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang ditulis sekitar selepas kemerdekaan. Novel ini berkisarkan tautan. Kenalah pada tajuk, yakni perkataan asalnya Interlock yang bermaksud berpaut. Pada konteks novel ini, Interlok adalah tautan atau pautan dan ikatan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu pada sekitar tahun itu. Gambar di bawah ialah teks KOMSAS Bahasa Malaysia yang bermula pada tahun ini. Aku sekarang sedang menanti novel ini yang sudah ditempah daripada kedai Mahasiswa USM, nasib baik la mereka ada tempah, walaupun novel ini sudah lama benar diterbitkan. Itu pun bersempena ada pensyarah PPIK yang menempah, dan mereka (kedai mahasiswa) tempah banyak untuk dijual sekali. Aku bernasib baik la kiranya, kalau tidak kena pergi kat kedai DAWAMA la di PERDA sana untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP. Ilmu berguna susah didapati.
     Aku juga merasa gembira sebab bukan naskhah ini (gambar di bawah) yang akan ditempah, kerana itu naskhah budak sekolah. dan...
BUKU Interlok yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.

Ya, Insyallah naskhah ini yang bakal menjadi milik aku. Baru original lama punya buku sikit. Mantap.



Pasal buku ini kontroversi? Hmmm...baca dulu baru tahu. Tak kenal maka tak Cinta.

No comments: